Contoh Negara Berkebajikan – malaysiakini

Perbuatan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.

“Inilah dia contoh “Kerajaan Berkebajikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kempen Tabung Bantuan Bencana Alam di Pasar, Seni,Kuala Lumpur,Ahad.

“Saya amat dukacita dan berharap Kerajaan Negeri Perak memikirkan semula tindakan drastik ini kerana kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa,” tambahnya.

Muhammad berkata beliau sudahpun memberi arahan kepada pegawai-pegawainya mencari tempat alternatif dan kerajaan akan menampung bayaran sewa tempat-tempat yang dipilih itu.

“Walaupun saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai supaya mencari tempat yang berhampiran dengan kawasan lama, sekiranya tidak ada pilihan, kita mungkin terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh. Ini pastinya akan menyukarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka. Tetapi buat masa ini, itu sahaja yang kami dapat buat,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa hampir 13,000 murid tadika di Perak terjejas pembelajaran mereka berikutan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 tadika milik agensi itu.

Ahmad Zahid berkata, beberapa pengerusi Jawatawankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika kepada pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN).

Menyentuh Pilihanraya Kecil Terengganu, Muhammad berkata, beliau yakin calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

“Kita sudah melihat ada keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan pemilihan calon. Pada mulanya mereka mencalonkan A, kemudian B, dan selepas itu kedua-duanya ditolak dan calon C pula dipilih.

“Ini pasti membawa kesan kepada pengundi. Selain itu pengundi di Kuala Terengganu juga akan mengambil kira kesanggupan Datuk Wan Ahmad Farid melepaskan jawatan Timbalan Menteri dan juga senator kerana membuktikan beliau akan lebih fokus jika menjadi wakil mereka, berbanding calon PAS, Abdul Wahid Endut, yang pada ketika ini memegang tanggungjawab sebagai ADUN Wakaf Mempelam.

Bercakap mengenai tindakan tentera Zionis Israel mengebom Gaza dan mengorbankan 452 orang di Rafah semalam, dan di Masjid Ibrahim Al-Maqadna, hari ini yang mengorbankan 13 orang termasuk dua kanak-kanak serta mencederakan 60 ketika jemaah sedang solat, Muhammad, yang juga Ketua Penerangan UMNO menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua produk keluaran Israel dan juga negara-negara yang menyokongnya.

Advertisements

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Contoh Negara Berkebajikan – malaysiakini

  1. zackdanial

    Mungkin Tadika Kemas akan diganti dgn Tadika Pasti . Apa kelas Kemas milik UMNO yang tak releven lagi . Tadika Pasti akan mengeluarkan anak2 yang bijak dan pandai . Wahai org2 UMNO yang bodoh , hantarlah anak2 anda ke tadika Pasti k

  2. UMNOkiniselamanya

    We have to face the fact that UMNO is no longer accepted by “rakyat”. Something needs to be done. To Muhamad Taib, please look carefully to alot of areas that needs development, not to condemn what Pakatan Rakyat govts are doing.
    Sorry I have to write comment in English, if not the word UMNO can make the bahasa Melayu mixed with ENglish as the word UMNO is an English acronym. Even this needs correction.

  3. Itula org PKR…. Asyik2 dengan MUNGKIN…. Ni penyakit berjangkit dari bapak sampai ke anak la… Slalu dengan andaian sahaja…. Tanya la khusus2 betul ker diaorg nak buat Tadika Pasti…. Knp la zakdanial ni x paham2…. Asyik nak MUNGKIN jer…. Kerana mungkinla korang kena tipu sampai skarang Mat Jenin x jd PM… atau yang lebih jelas MUNGKIN korang dah kena kencing….. Mungkin korang akan terus berangan sampai akhir hayat….

  4. Salam,
    Ini bukan menjaga kebajikan rakyat tapi merebut kuasa siapa yang hebat!.yang hebat Allah(bukan samseng nanti salah tafsir pulak).Sikap amar makruf perlu ada dalam diri setiap muslim.Biarkan mereka jalankan apa yang patut setakat nyanyi negara ku dan lagu negeri tidak salah kalau di tadika itu dimestikan nyanyi UMNO adalah salah!.Gajah sama Gajah lawan yang mati semut …Sekiranya ahli politik masih lagi bercakaran sesama sendiri walau dah setahun pilihanraya dah lepas…. sebenarnya mereka ini berkhidmat untuk parti ke Rakyat?.Semakin lama semakin celaru dan keliru dengan ahli politik negara ini yang bermentaliti “tak ada class’!!!wassalam.

  5. Wirawaja

    Lupakah kita dengan apa yang pernah berlaku di Trengganu apabila PAS menguasai kerajaan negeri.

    Cerita yang sama berulang.

  6. MahadeyBersiong

    Dewan orang ramai adalah hak milik orang ramai. Faham tak maksud dewan dan orang dan ramai? Tak faham kalu, tanya sama encik google. Yang pegi buat tadika kat dewan orang ramai tu buat ape dol?? Faham tak fungsi dewan orang ramai? Kalo tak faham boleh tanya encik google. Macam mana boleh jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ni..fungsi dewan pun tak tau..adooo

  7. kuntakinte

    salam, sdr Mahadey itu namanya tidak membazir, mengunakan kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan semaksima yang mungkin, yang bodoh kemaruk sangat konon ada kuasa mcm ketua kampung PAS tu pegi kunci dewan dari digunakan oleh anak2 kecil bangsa tak kena namanya seperangai macam belanda dapat tanah. sudah le tanah dewan diluluskan oleh Kerajaan Negeri tak kira le zaman siapapun perintah, bangunan dan sebagainya di biayaai oleh kerajaan Persekutuan, awak satu sen pun tak pernah keluar belanja, setitik peluh pun tak pernah di tumpah kan untuk dapat semua tu, baru perintah mula tunjuk konon aku berkuasa, kalau macam tu tanah yang kita duduk buat rumah pun boleh rampas le senang2 hati, bodoh punya fikir, dah lulus bermakna suadah jadi hak kita selaku pemilik sah, walaupun kerajaan bertukar. jangan tunjuk buruk siku walhal bukan hak awak pun. geleng kepala teman nengok kelaku orang kera dapat bunga. he..he.

  8. Salam,
    Teh Tarek kurang manis dan Roti canai kuah banjir kasi sama En.Kuntakinte..Mamak Belanja!.
    Saudara Mahadey..fungsi dewan orang ramai jadi ibubapa kanak-kanak tadika itu bukankah orang ramai jugak!.Kamu tanya kembali kat Mr.Google..apa maksud orang ramai..bukan kah bermaksud “the Public” dalam erti kata sama dewan masyarakat atau balai masyarakat…Masyarakat setempat boleh menggunakan dewan ini untuk apa jua tujuan yang elok yang hampa lepasan ijazah ini buatlah tuition pada waktu malam atau petang untuk murid-murid sekolah ada juga pahala daripada dok melayan ‘friendstar’di internet!.Dewan itu Kalau menggunakan untuk berpolitik mungkin salah kerana dah lah hampa dari parti Paih ini habih gunakan Masjid dan surau untuk berpolitik dan jangan pulak kemudahan awam ini digunakan untuk politik berparti….Dewan orang ramai yang diperbuat dengan wang rakyat perlu digunakan untuk manfaat rakyat seperti mengajar anak-anak pra-sekolah tak ada salahnya.Lagi pun kos Tadika yang di uruskan oleh kerajaan lebih murah dari yang swasta.Golongan ibubapa kurang pendapatan bolehlah juga kurangkan beban kesukaran menampung kehidupan mereka!.Ada sejenis spesis orang Melayu di negara ini yang katakan pembangkang dan mangkak (orang penang kata tak masak dan kalau durian gugur sebelum cukup masak!) sering menggangap apa saja niat kerajaan yang baik selalu dianggap salah..payah nak perbetulkan mentaliti orang macam ini!.Wassalam.

  9. Mnnassier

    kuntakinte,

    Hang ni elok pi belajar pasal kuasa negeri, persekutuan dan kerajaan tempatan. Pi kaji beza UMNO/BN dan kerajaan.

    Tanah dibawah kuasa negeri. Pembinaan dewan/bangunan sepatutnya di atas tanah yang jelas hakmilik. Baru la tak ada kecoh belakang hari nanti.
    Kalau tak de tanah, kena pajak ke, sewa ke atau sewa bangunan.

    Hang nak tau nape jadi cam ni, pemimpin yang jahil pasal undang2 dan dan nak pau peruntukan bahagian dengan projek. he he he he

    Jgn jadi penyokong yang bawa rebah.

  10. ehem

    Dah jangan gaduh-gaduh…sebenarnya apa yang berlaku adalah satu salah faham dan telah disalah ertikan oleh TV3…percaya atau tidak…sila pergi ke ampang dan bertanya sendiri dengan guru tabika di sana dan ia akan menyatakan perkara yg sebenar….sedikit propaganda, terus menjadi persepsi, membentuk tragedi, sembunyi diri, tidak terungkai kembali, kekal sebagai tragedi, sebelum mendapat jawapan yang pasti…akan menunding jari sesama sendiri….sekian

  11. kuntakinte

    Salam, mamak nasi kandar satu kita kasi belanja sama ini species mahadey dan munaser ni…..

    Bro mnnassier, biar teman pulak paham kan mike, apa bila tanah nak dibangun memang asal berstatus tanah kerajaan, maka rakyat atau pemimpin kampung mewakili penduduk setempat memohon untuk tanah tersebut di gazetkan sebagai tapak untuk Dewan ke, Surau ke, Masjid ke, Sek gama Rakyat ke, Balai raya ke, Dewan Serbaguna ke, mengelak sebarang permohonan dari piha individu atau syarikat, maka Kerajaan melalui Pejabat Tanah dan Galian akan luluskan dan gazetkan diatas plan Tanah tersebut atas tujuan tersebut diatas, maka tanah tersebut menjadi hak untuk tujuan tersebut maka selesai cerita hak kerajaan, lepas lah tanggungjawab kerajaan, maka dengan itu tanah tersebut menjadi hak penduduk kampung tersebut. selepas itu owner akan bangunkan tanah tersebut dengan memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk membina sebarang bangunan yang di hajatkan..kelulusan peruntukan bergantung kepada status tanah mesti sudah di gazet.

    Ha…. sekarang ini semua dah lengkap, tanah dah lulus, bangunan dah diberi peruntukan dan telah dibina tersergam indah, kenapa nak timbul pulak kunci2 dewan ke apa ke… itu nama nya kera dapat bunga… mentelaah apa yang mamak cakap, apa bentuk kegunaan oleh sesiapa sekali pun malah untuk kenduri kahwin pun dibenarkan kerana semua itu rakyat, Kemas badan Kerajaan membuka tadika untuk rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak kah itu kemudahan untuk rakyat yang kita perolihi.

    bukan rumah sendiri nak kunci2, ini Dewan dan diguna kan sebagai Tadika untuk kebaikan rakyat, sudah tentu untk kebaikan maka biar lah rakyat yang mengunanya seperti amalan kerajaan sebelum ini berkurun2 lamanya.

    Jangan jadi bodoh sombong yeop…

    Ehem… ya le tu… teman duduk di Desa Perwira sebelah Kg Seri Ampang… yang terpacak budak kecik tak leh masuk tu apa ke benda nya… Ketua kampung Paih sekor tu yang mengunci dewan lari kan diri … tu apa ke benda nya… yang berani datang ketua kampung Paih dari Sungai Rokam nak jadi hero pertahan kan tindakan sahabat nya, dapat maki dari mak bapak budak, konon masuk kampung orang nak tunjuk hero…

    p/s mamak teh cam dgn kopi campur tongkat ali cam dgn kacip fatimah satu!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s