Daily Archives: January 6, 2009

Israel Laknat Guna Bom Kimia – malaysiakini

Israel didakwa menggunakan bahan kimia penuh kontroversi fosforus putih dalam bedilan bom ke atas sasaran di tengah Gaza, ketika tenteranya mula mengepung bandar terbesar kawasan Palestin dikuasai Hamas berkenaan semalam.

Bahan kimia itu tidak diharamkan badan dunia jika digunakan sebagai lindungan asap tetapi amat kontroversi kerana ia menyebabkan kulit terbakar. Penggunaan bahan kimia ke atas kawasan kepadatan tinggi penduduk seperti semenanjung Gaza, menambah lagi kecaman ke atas Tel Aviv yang dituduh bertindak melampaui batas terhadap roket dilancar Hamas ke atas kawasan diduduki oleh Yahudi.

Ketika tentera Israel mengetatkan kepungan ke atas Bandaraya Gaza, asap tebal kimia fosporus putih itu kelihatan melindungi kemaraan tentera rejim Zionis itu, menurut laporan online akhbar Britain, The Times, semalam.

“Letupan bahan kimia ini hebat diperhatikan kerana ia membentuk asap tebal yang menyukarkan penglihatan musuh kami, sekali gus membenarkan askar masuk kawasan mereka,” kata seorang pakar keselamatan Israel. Asap tebal fosporus itu menyebabkan kecederaan kepada sesiapa yang diselubungi dengannya dan penembak akan dapat menjalankan tugas, di samping bom kawalan jauh dapat digerakkan ke kawasan musuh.

Walaupun Perjanjian Geneva 1980 menetapkan fosporus putih tidak harus digunakan sebagai senjata di kawasan awam ia tidak mengharamkan penggunaan bahan kimia itu sebagai pelindung asap atau untuk mencerahkan kawasan operasi.

Bagaimanapun seorang pakar keselamatan dan bekas pegawai tentera Britain, Charles Heyman berkata: “Jika fosporus putih sengaja dilancarkan ke atas kawasan awam yang padat, mereka yang bertanggung jawab boleh didakwa di mahkamah jenayah antarabangsa di The Hague,” katanya.

Tentera Israel semalam menafikan menggunakan bahan kimia itu tetapi tidak mendedahkan kimia yang digunakannya dalam menyerang Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk itu.

Menurut badan perubatan Gaza, 530 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 87 kanak-kanak dan hampir 2,000 cedera sejak Israel melancarkan serangan ke atas wilayah Palestin itu 27 Disember lalu. Di pihak Israel pula, seorang tentera terbunuh dan 55 cedera. – bharian

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 penjuru di Kuala Terengganu – malaysiakini

KUALA TERENGGANU: Pertandingan bagi merebut kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan bebas.

Mereka adalah Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endot (PAS) dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pengesahan calon-calon yang bertanding itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

Proses penamaan calon selama sejam bermula pukul 9 pagi tadi, diikuti dengan sesi bantahan juga selama sejam berakhir pukul jam 11 pagi.

Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.

Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.

Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid yang hadir memakai baju berwarna biru tua diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid yang berbaju hijau tua pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin yang memakai jubah putih masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.

Seorang lagi calon bebas yang semalam mengesahkan untuk bertanding, Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut.

Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang.

Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan ‘survival masa depan’ yang paling sengit.

Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.

Wan Ahmad Farid berkata: “Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan.”

Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.

“Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini),” katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.

Sebelum ini, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin.

Pertandingan pada kali ini dijangka empat penjuru termasuk Harun.

Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri – tempat berlangsungnya penamaan calon.

Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon.

Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.

Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.

Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.

Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.

Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pusat penamaan calon.

Kata beliau lagi, sebaik sahaja sesi bantahan berakhir, pihaknya kan mengumumkan status calon yang bertanding, dijangka antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Cuaca pada pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan. – mstar

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Simpan Dana Punca BN Kalah – malaysiakini

Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin Umno yang tidak menggunakan peruntukan kempen pilihan raya umum ke-12 yang lalu untuk menggerakkan jentera.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Umno itu berkata, ketua-ketua bahagian berkenaan menyimpan wang berkenaan untuk digunakan bagi kempen pemilihan Umno yang ada sejurus selepas pilahan raya 8 Mac.

“Ada pemimpin Umno simpan wang yang diberikan untuk pemilihan Umno,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya sayap-sayap Barisan Nasional (BN) dan Puteri Umno di sini, malam tadi.

Pelancaran itu dibuat sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terenagganu.

Lebih 5,000 penyokong BN menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam, di sini.

Difahamkan, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN telah membangkitkan perkara yang sama pada pertemuan tertutup jentera Umno tengah hari semalam.

Sehubungan itu, kata Najib, beliau membangkitkan perkara tersebut secara umum bagi menekankan bahawa kepentingan parti dan BN perlu diutamakan bagi memastikan kemenangan calon BN.

“Kita sendiri yang mangkhianati parti kita. Kita cemburu sesama kita.

“Kita mesti patuh dan sayang pada parti,” katanya.

BN telah kehilangan lima negeri dan sebagahagian besar kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada 8 Mac lalu.

Malah BN juga telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. – mstar

nota: takkan dah lebih 9 bulan baru nk sedar …. memang masa pilihanraya dulu bukan sekadar ketua bahagian yang simpan….calon pun simpan gak…yang lagi best….dah lah kalah pilihanraya….bole tukar kereta baru… …

DS Najib…jangan lambat bertindak..sikap tamak macam ni yang menghancurkan UMNO….

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda