Daily Archives: January 7, 2009

Venezuela usir Duta Israel – malaysiakini

Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.

Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.

“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”

Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP

nota: elok sekiranya negara2 lain mengikut sama langkah kerajaan Venezuela.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Foto Menyayat Hati – malaysiakini

mh_011

Lihatlah semua pembaca…betapa kejam dan rakusnya kaum Laknatullah Yahudi ke atas bumi Palestin. Fikirkan semula sokongan yang diberikan kepada Barack Obama yang sehingga kini tidak mengutuk sepatah ayat pun terhadap Laknatullah Yahudi. Sebaliknya beliau ‘play-safe’ tidak mahu mengeluarkan kenyataan kerana ingin mengelakkan situasi ‘dua suara Amerika’.

Ini bukan soal dua suara tetapi soal perikemanusiaan.

al fatihah buat saudara2 kita yang terkorban di Palestin.

Harap para penyokong Hindraff dapat menginsafi kejadian ini kerana tuduhan ‘ethnic cleansing’ oleh anda sebenarnya adalah palsu semata2.

– ihsan utusan

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda