Venezuela usir Duta Israel – malaysiakini

Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.

Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.

“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”

Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP

nota: elok sekiranya negara2 lain mengikut sama langkah kerajaan Venezuela.

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Venezuela usir Duta Israel – malaysiakini

  1. ikankecil

    salam…..

    tahniah pada kerajaan venezuela…..lihatlah bangsa2 lain yg berani…harap kerajaan islam lain mengambil langkah sama untuk hapuskan keganasan……

    p/s:ade org 2 bkn nk usir tp nk bwk msk lagi ade la….masyaallah…

    ikankecil berenang bebas…

  2. citizen

    adalah prinsip sebuah negara sosialis mengutamakan kepentingan dan hak rakyat. Sebab itu komrad Chavez membuat keputusan berjiwa rakyat kerana sosialisma adalah suatu ideologi untuk rakyat dan merupakan suatu ideologi releven pada masa kini .

    Hidup Sosialis dan Hidup Chavez

  3. Putera81

    Assalamualaikum..

    Ikan Kecil..agak2 kalau Hugo Chavez tu seorang Islam, mau dah kena si israel yahudi lahanat tu dikerjakannya..bagus dan syabas untuk Venezuela..wassalam

  4. ikankecil

    salam…..
    bro putra…btol2 kalau dye islam xtau la mesti da diserangnye israel yahudi 2..
    ni ade mamat ni jd adk kesygngan plak…
    hahahhaa…
    pelik2……

    ikankecil berenang bebas….
    wasalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s