Daily Archives: January 9, 2009

Senarai Produk Yahudi/Amerika Yang Patut Kita Boikot – malaysiakini

1. Coca Cola
2. Huggies
3. River Island
4. McDonalds
5. Clinique
6. Disney
7. DKNY
8. Starbucks
9. GAP
10. Garnier
11. Perrier
12. Kotex
13. Sanex
14. Lancome
15. TCHIBO
16. Revlon
17. Loreal
18. Vittel
19. Wonderbra
20. Kleenex

selebihnya klik sini.

34 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hindraf Burukkan Imej Negara Di Chennai – malaysiakini

Kumpulan yang diharamkan Hindraf memberi gambaran yang salah tentang Malaysia di persidangan antarabangsa di sini yang dihadiri ribuan masyarakat keturunan India seberang laut termasuk dari Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam yang mewakili MIC di persidangan Pravasi Bharatiya Divas ke-7 selama tiga hari itu, berkata beliau akan melaporkan perkara itu kepada Kabinet minggu depan dan telah menjelaskan kepada beberapa pemimpin India tentang status masyarakat India Malaysia, semasa melawat New Delhi minggu lepas.

“Saya boleh membawa perkara ini ke Kabinet. Saya juga telah menjelaskan kepada beberapa pemimpin India tentang situasi di Malaysia. Kesemua mereka komited terhadap hubungan baik dengan Malaysia.

“Mereka sedar tentang perkembangan pesat yang dicapai masyarakat India di Malaysia,” katanya kepada pemberita di luar persidangan itu.

Subramaniam, yang juga setiausaha agung MIC bertemu Menteri Dalam Negeri India, P. Chidambaram, Menteri Luar Pranab Mukherjee dan Menteri Hal Ehwal Masyarakat India Seberang Laut, Vayal Ravi minggu lepas.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berketurunan India termasuk pemimpin Hindraf, P.Waytha Moorthy turut menghadiri persidangan itu yang bermula hari ini di bandar raya selatan India ini.

Anggota Hindraf turut menyebarkan laporan tahunan mereka kepada media tempatan dan para perwakilan di Pusat Dagangan Chennai.

Beberapa stesen televisyen tempatan turut menemu bual Waytha Moorthy yang tiba dari London.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengetuai perwakilan MIC berkata sesetengah dakwaan Hindraf itu adalah bohong semata-mata dan menyebarkan maklumat salah tentang kebajikan masyarakat India di Malaysia.

“Kenyataan bahawa 150,000 masyarakat India Malaysia generasi keempat dan kelima tidak bernegara adalah bohong semata-mata. Hanya 21,000 yang tidak mempunyai sijil lahir dan Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan sijil lahir diberikan kepada mereka.

“Kerja meroboh satu kuil setiap hari adalah cerita basi yang dia (Waytha Moorthy) masih laungkan. Sekiranya sebuah kuil di roboh setiap hari, maka dalam tempoh 25 tahun lepas, tiada lagi kuil yang ada,” kata Samy Vellu kepada wartawan Malaysia.

Mengenai desakan Hindraf agar kerajaan India menghentikan perdagangan dua hala dengan Malaysia, beliau berkata kumpulan itu gagal memahami bagimana kedua-dua negara melakukan perniagaan dan pemimpin India adalah lebih bijak menangani isu berkenaan.

“Kita akan memberi penjelasan kepada kerajaan India bersabit pembohongan Hindraf,” katanya.

Kira-kira 1,500 peserta dari kalangan keturunan India dari 50 negara menghadiri persidangan tersebut. BERNAMA

nota: Hampir setahun dok kat luar Malaysia (Waytha Moorthy) mau cerita banyak pulak!!!

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar oh Anwar – ref malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap guna pelbagai cerita untuk tarik simpati atau tunjuk dirinya hebat bila berceramah atau kempen.

Di Kuala Terengganu malam Rabu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau tidak dapat bersama-sama dalam perarakan mengiringi calon PAS ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu kerana berada di luar negara.

Katanya, beliau bukanlah orang besar dalam isu perang Israel – Palestin tetapi berada di Ankara, Turki sebagai menyatakan sokongan terhadap umat Islam di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Dengan nada sedih berbaur bangga, Anwar berkata beliau di situ kerana mahu menghubungi beberapa pemimpin negara Islam termasuk pemimpin Hamas di Gaza bagi berkongsi kesedihan terhadap peperangan yang dilakukan Israel terhadap Gaza di bumi Palestin.

Maka terpukaulah lebih 20 ribu penyokong PAS, PKR dan sebilangan DAP yang di depan pentas mendengar betapa prihatinnya Anwar terhadap rakyat Islam di Gaza malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dua tiga kali mengulangi cerita beliau menghubungi pemimpin di beberapa negara Islam.

Walaupun cerita Anwar menarik dan mengundang simpati tetapi penasihat PKR itu terlupa satu perkara besar atau barangkali beliau buat-buat lupa.

Umum mengetahui Anwar memang ada hubungan rapat dengan Amerika malah negara itu kerap kali mengkritik undang-undang negara ini yang mahu membicarakan Anwar dalam kes tuduhan liwat bukan sahaja dalam kes terbaru malah yang terdahulu.

Umum juga tahu Amerika adalah sekutu rapat Israel dan negara yang masih dipimpin Presiden George Bush terus menyokong serangan yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap penduduk Islam di Palestin.

Timbul tanda tanya, kenapa Anwar tidak menghubungi rakan-rakannya di Amerika terutama Bush meminta negara itu mengarahkan Israel berhenti membedil dan membunuh penduduk di Gaza?.

Inilah yang pelik. Dalam ceramah hampir satu jam itu, Anwar langsung tidak menyebut soal Amerika sebaliknya berputar-putar cerita bagi menagih perhatian orang ramai yang mendengar ceramahnya itu.

Malangnya Agendadaily tidak dapat bertanya soal itu kepada beliau. Jika tidak, pasti Agendadaily akan terus kena balun dengan Anwar seperti kerap berlaku dalam sidang media beliau di pejabat PKR.

Itulah Anwar yang pandai menagih simpati rakyat dengan cerita yang rakyat hendak dengar walaupun skripnya ada kala bercelaru dan ada kala tidak logik macam cerita pelan 16 September.

Secara sinis Anwar seoalah-olah menggambarkan UMNO juga zalim seperti Israel.

Di pentas PAS malam tadi juga Anwar berputar-putar soal hukum Hudud dengan mengatakan DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR bukan pertikai hukum itu tetapi mahu penjelasan daripada PAS.

Datuk Husam Musa sebelum ini berkata, PAS tetap laksana hukum itu jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan manakala Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebaliknya berkata, kena langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan Hudud.

Anwar jelas cuba menjernihkan ketegangan hubungan DAP dan PAS dalam isu itu dengan berulang kali menyebut nama Tian Chua (PKR) dan Ronnie Liu (DAP) yang mahu tahu fasal hukum itu bukannya menentang.

Seperti biasa , media dan UMNO menjadi sasaran ketua pembangkang itu.

Katanya, RTM pasti akan putar belit kenyataannya malam ini manakala UMNO dituduh akan terus pukul canang dengan menggambarkan ada permusuhan DAP dengan PAS.

Menurut beliau, perbezaan pendapat antara DAP dan PAS berhubung isu Hudud tidak bermakna parti itu bermusuhan.

Malah, Anwar menganggap ‘kerja sial’ sesiapa yang hendak melaga-lagakan DAP dan PAS.

Maka bergemalah takbir oleh penyokong-penyokong PAS malam itu.

“Jangan ikut gendang mainan UMNO dalam isu Hudud. Tak ada hak bukan muslim pertikai hukum Islam,” katanya yang kemudian meneruskan ceramah berkempen bagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang akan menentang calon BN dan Bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Selain Anwar, turut berucap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mustapa Ali, serta bekas Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan yang baru menyarung baju PAS, Datuk Zahar Hashim dan rakan rapat Anwar, Kit Siang – agendadaily

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Karpal: Kenyataan Anwar mengenai hudud mengelirukan – malaysiakini

Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.

“Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Dis tahun lepas sebagai berkata: “Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat”.

Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

“Mungkin Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian,” katanya.

Karpal Singh berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda