Anwar oh Anwar – ref malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap guna pelbagai cerita untuk tarik simpati atau tunjuk dirinya hebat bila berceramah atau kempen.

Di Kuala Terengganu malam Rabu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau tidak dapat bersama-sama dalam perarakan mengiringi calon PAS ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu kerana berada di luar negara.

Katanya, beliau bukanlah orang besar dalam isu perang Israel – Palestin tetapi berada di Ankara, Turki sebagai menyatakan sokongan terhadap umat Islam di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Dengan nada sedih berbaur bangga, Anwar berkata beliau di situ kerana mahu menghubungi beberapa pemimpin negara Islam termasuk pemimpin Hamas di Gaza bagi berkongsi kesedihan terhadap peperangan yang dilakukan Israel terhadap Gaza di bumi Palestin.

Maka terpukaulah lebih 20 ribu penyokong PAS, PKR dan sebilangan DAP yang di depan pentas mendengar betapa prihatinnya Anwar terhadap rakyat Islam di Gaza malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dua tiga kali mengulangi cerita beliau menghubungi pemimpin di beberapa negara Islam.

Walaupun cerita Anwar menarik dan mengundang simpati tetapi penasihat PKR itu terlupa satu perkara besar atau barangkali beliau buat-buat lupa.

Umum mengetahui Anwar memang ada hubungan rapat dengan Amerika malah negara itu kerap kali mengkritik undang-undang negara ini yang mahu membicarakan Anwar dalam kes tuduhan liwat bukan sahaja dalam kes terbaru malah yang terdahulu.

Umum juga tahu Amerika adalah sekutu rapat Israel dan negara yang masih dipimpin Presiden George Bush terus menyokong serangan yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap penduduk Islam di Palestin.

Timbul tanda tanya, kenapa Anwar tidak menghubungi rakan-rakannya di Amerika terutama Bush meminta negara itu mengarahkan Israel berhenti membedil dan membunuh penduduk di Gaza?.

Inilah yang pelik. Dalam ceramah hampir satu jam itu, Anwar langsung tidak menyebut soal Amerika sebaliknya berputar-putar cerita bagi menagih perhatian orang ramai yang mendengar ceramahnya itu.

Malangnya Agendadaily tidak dapat bertanya soal itu kepada beliau. Jika tidak, pasti Agendadaily akan terus kena balun dengan Anwar seperti kerap berlaku dalam sidang media beliau di pejabat PKR.

Itulah Anwar yang pandai menagih simpati rakyat dengan cerita yang rakyat hendak dengar walaupun skripnya ada kala bercelaru dan ada kala tidak logik macam cerita pelan 16 September.

Secara sinis Anwar seoalah-olah menggambarkan UMNO juga zalim seperti Israel.

Di pentas PAS malam tadi juga Anwar berputar-putar soal hukum Hudud dengan mengatakan DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR bukan pertikai hukum itu tetapi mahu penjelasan daripada PAS.

Datuk Husam Musa sebelum ini berkata, PAS tetap laksana hukum itu jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan manakala Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebaliknya berkata, kena langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan Hudud.

Anwar jelas cuba menjernihkan ketegangan hubungan DAP dan PAS dalam isu itu dengan berulang kali menyebut nama Tian Chua (PKR) dan Ronnie Liu (DAP) yang mahu tahu fasal hukum itu bukannya menentang.

Seperti biasa , media dan UMNO menjadi sasaran ketua pembangkang itu.

Katanya, RTM pasti akan putar belit kenyataannya malam ini manakala UMNO dituduh akan terus pukul canang dengan menggambarkan ada permusuhan DAP dengan PAS.

Menurut beliau, perbezaan pendapat antara DAP dan PAS berhubung isu Hudud tidak bermakna parti itu bermusuhan.

Malah, Anwar menganggap ‘kerja sial’ sesiapa yang hendak melaga-lagakan DAP dan PAS.

Maka bergemalah takbir oleh penyokong-penyokong PAS malam itu.

“Jangan ikut gendang mainan UMNO dalam isu Hudud. Tak ada hak bukan muslim pertikai hukum Islam,” katanya yang kemudian meneruskan ceramah berkempen bagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang akan menentang calon BN dan Bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Selain Anwar, turut berucap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mustapa Ali, serta bekas Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan yang baru menyarung baju PAS, Datuk Zahar Hashim dan rakan rapat Anwar, Kit Siang – agendadaily

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Anwar oh Anwar – ref malaysiakini

  1. danny

    Bro..Ko ni main tuduh jek erk..Lahanat punye UMNO

  2. zackdanial

    mmg lahanat UMNO dan pengikut2nya

  3. kuntakinte

    salam, Sabar yeop… lahanat tu boleh balik pada mike. muhasabah diri, mandi air 7 jenis termasuk air limbah….

  4. zenkarya

    Bro….klu kamu muslim adakah kamu menolak hukum hudud ni n kalu kamu non muslim adakah kamu takut dengan hukum islam ni sedangkan hukum ini berkesan untuk menggalakkan jenayah yg skg ni amat menbimbangkan….jawab la!
    Sebagai org Islam saya bangga sekiranya hukum ini dilaksanakan sebab ape? sebab saya menurut ajaran yg sebenar2 nya melalui kitab & sunnah.
    Dua perkara inilah yg akan membantu kita sebagai membuktikan kita taat kepada Allah s.w.t.
    Saya dapati saudara teramat bimbangkan dengan keterampilan DSAI..knape? adakah dia musuh saudara? mungkin fahaman saudara dgnnya berbeda?
    Saya dah lama mengikuti blog saudara n maaf cakap lah ye…saya lihat saudara terlalu ANTIKAN PR………banyak komen saudara yg membuatkan saya tertanya2…..
    Dan saya juga dahulu adalah penyokong UMNO tapi untuk pengetahuan saudara UMNO sekarang bukan seperti UMNO yg dulu……….
    Saya kesal dengan ape yg terjadi pada UMNO skrg..kecewa teramat…..terlalu sombong & bongkak!
    saya tak kata menyokong DSAI tapi kalu dilihat dari sudut sokongan pada masa sekarang terhadapnya sungguh menakjubkan……
    Saudara perlu tau rakyat m’sia skrg amat bijak memikir dan saya percaya dari pemikiran inilah yg menyebabkan mereka tau mana yg benar & mana yg salah…..
    Saudara dilihat hanya berada di satu pihak shj….seolah2 ada kepentingan lain yg saya tak tau….mungkin!
    Saudara perlu sedar Hukum Islam adalah dicipta oleh Allah s.w.t untuk umatnya dan diturunkan kepada kita untuk melaksanakan nya…..dalam konteks politik di negara kita ini cuba saudara lihat siapa yg beriya2 & bersungguh cuba melaksanakan Hukum Allah ini? dan siapa yg bersungguh2 menggagalkannya? jangan libatkan orang bukan Islam lagi…..mereka tak fasih sebenarnya dengan hukum ini dan kita perlu menjelaskan kpd mereka……..Hukum Allah ini amat sempurna…..dan cukup sempurna!
    Saya malu terhadap segolongan orang Melayu yg mengaku Islam tapi berdolak dalik dengan Hukum Allah ini….Saudara cuba lihat siapa n dimanakah kedudukan org2 ini….majoroti saya boleh katakan datang dari golongan UMNO………….
    Saudara jawab & fikirlah………………………………..

  5. Battleship

    Hm..ironic-nya, orang yang paling tak berani bersumpah dengan NAMA ALLAH bercakap pasal Hudud dan hukum Islam. Dan orang yang mengkafirkan orang lain bercakap pasal hukum Islam juga…Kita sememangnya tak layak berbicara …Bukan UMNO tapi tak Bodoh dan juga bekas sekolah Agama Tinggi.

  6. ikankecil

    salam……

    bro bkn mandi air limbah je…tp kne mandi air indah water skali…..baru la suci skit otak 2…….

  7. kuntakinte

    Salam, sdr zenkarya masalahnya kita guna kan hukum Allah bagi mengelirukan umat, kita kata kita perjuangkan hukum hudud tapi kita tunding orang lain tak laksanakan sedangkan kita yg tak laksanakan apabila kita juga berkuasa laksanakan di Kelantan, buktikan dan pamerkan kebaikan hukum hudud sekiranya kita jujur dan ikhlas perjuangkan hudud. persoalan adakah hudud saja gambaran yg kita ini Islam , adakah hudud saja hukum mutlak yg ada dalam Islam, sedangkan berbagai hukum telah dilaksanakan kenapa tidak di war2 dan beri kepujian pelaksananya. usaha kearah hudud teman yakin kerajaan sedabg usahakan tetapi sentiasa buntu kerana ada anasir2 yg sentiasa berpolitik menghentam, menghasut, memecahkan usaha kerajaan dengan berbagai2 tuduhan liar, hingga kan kuasa mutlak kerajaan hilang disebabkan itu, kerana kita mempunyai rakyat berbilang kaum. didunia Islam ini pun hanya 2 ke 3 saja negara 100% penganutnya Islam yg laksanakan hudud itu pun hanya satu2 kes saja digunakan hukum hudud(teman perlu rujuk semula fakta yg dah lama teman simpan).

    hudud pun hanya ranting daripada pokok undang2 Islam yg dah dilaksanakan seperti hukum Aqidah, Syariah rangkumi Ibadah, muamalah pula rantingnya ahwal shaksiah iaitu urusan peribadi manusia seperti hukum munakahat dan warathah selepas itu ranting yg lain Qanum am rantingnya pula jinayat, hudud,perniagaan dan sebagainya. akhirnya kita lihat keseluruhan hukum Islam telah dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia kenapa ini tidak diakui dan dihargai, sehingga kita sanggup untuk menjatuhkan pemerintah dan tidak taat kepada ulil amri yg wajib kita taati selagi ia tidak merampas, menghalau kita dari negara kita, selagi ia mengajak kejalan yg lurus, selagi ia melindungi kita.

    ingat ragam manusia berbagai2 tidak kepada satu golongan ahli saja, jangan kerana seorang dipalit kepada keseluruhan organisasi, tiada yang mahsum, jangan kerana marah agas2 kelambu pun kita bakar, jangan kacang lupa kan kulit, bila kuat semua mengaku adik beradik bila lemah lari mencicit2 ditinggalkan…akhirnya ingat dan renungkan hidup kita hingga kini atas siapa.

    Fikir2 kan lah wahai sahabat2, ibarat 5 jari, satu menunding kepada orang lain apa kata 4 jari lagi…..

  8. hidup kalau selalu dan mudah sangat ditipu macam saudara zenkarya la jd nya…. Baik dr pemimpin teratas sampaila yang kat luar parti semua penipu… Sorang tu tipu nak jd PM 16 sept tp habuk pun xde… Yang sorang lg nak laksanakan hudud tp kena sergah skit dah menggelabah…. yang sorang lg nak contohi kepimpinan Khalifah kat P.Pinang tp diala bapak membangkang negara islam…. Yg satu lagi spesis pakai tinted gelap sampai India burukkan negara kononnya tertindas kat malaysia ni…. X bersyukur langsung dari estet kerajaan majukan dia tapi biasala dah senang lupa la lirik… eh silap lupa diri… So lu pikir la sendiri….

  9. ooo..aaala

    Umno akan menafikan semua apa yg diperkatakan pembangkang…pembangkang akan menafikan semua yg dikatakan umno…masing2 mengiyakan walau tidak betul tentang pemimpin mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s