Hindraf Burukkan Imej Negara Di Chennai – malaysiakini

Kumpulan yang diharamkan Hindraf memberi gambaran yang salah tentang Malaysia di persidangan antarabangsa di sini yang dihadiri ribuan masyarakat keturunan India seberang laut termasuk dari Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam yang mewakili MIC di persidangan Pravasi Bharatiya Divas ke-7 selama tiga hari itu, berkata beliau akan melaporkan perkara itu kepada Kabinet minggu depan dan telah menjelaskan kepada beberapa pemimpin India tentang status masyarakat India Malaysia, semasa melawat New Delhi minggu lepas.

“Saya boleh membawa perkara ini ke Kabinet. Saya juga telah menjelaskan kepada beberapa pemimpin India tentang situasi di Malaysia. Kesemua mereka komited terhadap hubungan baik dengan Malaysia.

“Mereka sedar tentang perkembangan pesat yang dicapai masyarakat India di Malaysia,” katanya kepada pemberita di luar persidangan itu.

Subramaniam, yang juga setiausaha agung MIC bertemu Menteri Dalam Negeri India, P. Chidambaram, Menteri Luar Pranab Mukherjee dan Menteri Hal Ehwal Masyarakat India Seberang Laut, Vayal Ravi minggu lepas.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berketurunan India termasuk pemimpin Hindraf, P.Waytha Moorthy turut menghadiri persidangan itu yang bermula hari ini di bandar raya selatan India ini.

Anggota Hindraf turut menyebarkan laporan tahunan mereka kepada media tempatan dan para perwakilan di Pusat Dagangan Chennai.

Beberapa stesen televisyen tempatan turut menemu bual Waytha Moorthy yang tiba dari London.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengetuai perwakilan MIC berkata sesetengah dakwaan Hindraf itu adalah bohong semata-mata dan menyebarkan maklumat salah tentang kebajikan masyarakat India di Malaysia.

“Kenyataan bahawa 150,000 masyarakat India Malaysia generasi keempat dan kelima tidak bernegara adalah bohong semata-mata. Hanya 21,000 yang tidak mempunyai sijil lahir dan Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan sijil lahir diberikan kepada mereka.

“Kerja meroboh satu kuil setiap hari adalah cerita basi yang dia (Waytha Moorthy) masih laungkan. Sekiranya sebuah kuil di roboh setiap hari, maka dalam tempoh 25 tahun lepas, tiada lagi kuil yang ada,” kata Samy Vellu kepada wartawan Malaysia.

Mengenai desakan Hindraf agar kerajaan India menghentikan perdagangan dua hala dengan Malaysia, beliau berkata kumpulan itu gagal memahami bagimana kedua-dua negara melakukan perniagaan dan pemimpin India adalah lebih bijak menangani isu berkenaan.

“Kita akan memberi penjelasan kepada kerajaan India bersabit pembohongan Hindraf,” katanya.

Kira-kira 1,500 peserta dari kalangan keturunan India dari 50 negara menghadiri persidangan tersebut. BERNAMA

nota: Hampir setahun dok kat luar Malaysia (Waytha Moorthy) mau cerita banyak pulak!!!

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Hindraf Burukkan Imej Negara Di Chennai – malaysiakini

  1. Kali

    Inilah dia pembelot bangsa india yang bertopeng sebagai pemimpin kaum india.Semi Value kata ” Hanya 21,000 yang tidak mempunyai sijil lahir dan Kementerian Dalam Negeri ” bukankah ini satu angka besar dan bagaimana angka ini boleh muncul secara tiba tiba. Semivelu kata lagi dia telah mengarah KDN memberi sijil kelahiran. Sekarang siapa yang bohong? Sipa dia nak mengarah KDN, ingat Menteri lago kot? Siapa yang bohong Hindraf atau MIC?
    Perkembangan peast apa yang dia maksudkan? Mana statistiknya, tolong diamlah Sami & kuncu2 dia. Indian are margilanised in this country, just look at the statistic and you’ll know the truth,period!

  2. tinakaran kanesan

    memang cerita banyak. kalau tak nanti tak takut.

    tk

  3. Suria

    Baguslah kalau MIC boleh menidakan tuduhan sebagitu. Percayalah kalau mahu apa yang di katakan oleh pemimpin MIC.
    Pemimpin MIC tiada suara. Mereka tidak lagi mewakili orang keturunan India di Malaysia. Saudara tidak tahu presiden MIC telah dibaling kasut oleh ornag keturunana India berkali-kali -jauh terlebih dahulu dari Presiden Bush? Pada adat India, ini adalah penghinaan terbesar-sama seperti kepada orang Arab.

    Malaysia memang terkenal – tak payah bagi Hindraf membuat apa-apa. Terutamanya sebab ISA!
    Adakah tidak benar seorang rakyat Malaysia keturunan India -wanita mengandung 6 bulan, ditahan selama 11 bulan kerana dituduh sebagai pendatang asing?
    Anak-anak tidak dibenarkan masuk kesekolah sebab tak ada sijil kelahiran? Telah didedahkan beribu-ribu kanak tiada sijil kelahiran dan MIC terlari-lari cuba bantu mereka. Siapa yang dedahkan? Bukan MIC!
    Pembunuhan / seksaan sewaktu dalam tahanan polis. Ada kes terbaru dilaporkan minggu lepas?

    Adalah nyata; malang dan kejam bila seseorang rakyat terdiri dari kalangan minoriti dan miskin serta tak berpendidikan di Malaysia, terutamanya bila berketurunan India!Ini adalah kenyataan.

    MIC mahu meraih keyakinan UMNO sebagai rakan setia BN. Saya yakin tiada seorang pemimpin MIC akan sanggup duduk dalam tahanan ISA walau sehari. Kerana sikap penting diri dan tamak mereka, mereka akan melepaskan diri dengan menjadi penghianat kepada bangsa/rakan mereka sendiri.
    MIC tak ada nilai atau pendirian murni yang boleh di akui oleh rakyat keturunan India di Malaysia. MIC akan mengangguk kepada apa sahaja jika di beri ‘ganjaran’ oleh UMNO!Anda tak perlu percaya segala apa yang diutarakan oleh MIC.

    Dalam zaman internet/cyber ini tak kira di mana saudara berada berita dapat disebarkan. London tak lah sejauh mana dari Malaysia.
    Saudara blogger pun tahu segala apa yang berlaku di dunia kan?

  4. Saya hairan kenapa pemimpin MIC kena memberi penjelasan kepada kerajaan India mengenai pem-bohongan pemimpin-pemimpin HINDRAF. Malaysia negara yang berdaulat dan merdeka. Tidak perlu kita nak berlembut dan jawab dengan India hal-hal dalaman Malaysia. Kalau kerajaan India bersimpati sangat dengan kumpulan HINDRAF yang konon di anak tirikan oleh kerajaan Malaysia, sila lah ambil mereka balek ke India dan kerajaan malaysia hendaklah tarik balek kerakyatan HINDRAF. Mana-mana pemimpin HINDRAF yang terlibat menghina dan memalukan Malaysia dengan pembohongan menghapuskan etnik India (ethnic cleansing) adalah perbuatan derhaka kepada Malaysia. Berapa banyak orang india mati di Malaysia. Tau ke apa itu “ethnic cleansing” HINDRAF? Cuba lihat di Gaza apa Yahudi lakukan kepada Palestinin, itu barulah dinamakan “ethnic cleansing”. Pemimpin-pemimpin HINDRAF yang hadhir di Chenai Konvensyen hendaklah dilarang masuk balek Malaysia dan tarik kerakyatan mereka. Baru mereka tahu langit tinggi rendah dan bumi di pijak adalah bumi Malaysia dan bukan India atau Britain.

  5. Katharina Sri (former Noor Aza Othman)

    Why can’t you be more intelligent?! The real traitors are the Umno sadist fascists who does not know how to respect the rule of law or of civilized nation! Imagine, simply imprisoning and torturing barbarically like in medievalism, other human beings for having different views, and yet they called themselves as Muslims and promoting waht was supposedly peaceful and just Islam?

    Katharina Sri,
    Germany.

  6. coffee n tv

    cuba kite tgk balik..siapa sebenarnya yang bermasalah……saya rasa..back to the root of the problem…masyarakat itu sendiri yang bermasalah///macam mana tak bole ada surat beranak??nak salahkan kerajaan ke….kerajaan tau ke bila sipolan ni nak beranak dan sebagainyaa…..sebg rakyat…kite kene laksana tanggungjawab sendiri……maafkan saya sekiranya menyebabkan rakan2 lain marah…bukan semua masyarakat itu bermasalah dan tak semua masyarakat tak bermasalah…MIC dan hindraff patut bermuafakat duduk semeja berbincang..mungkin MIC ni hidung tinggi sket….tak nak berbincang…dan mungkin hindraff ni terlalu tidak diplomatik…
    saya cadangkan agar bukan sahaja kerajaan malahan ketua2 masyarakat india itu duduk semeja berbincang….jangan salah kan kerajaan,mic dan hindraff..
    hindraff pun jangan lah buat tuduhan melulu je….

    tetapi kenapa hal ini berlaku..??

  7. ha!ha!ramai blogger keturunan India disini..baguslah itu…seronok mamak tengokan mereka berbicara…tahniah pada moderator yang beri peluang pada mereka!.Agaknya diblog lain tak beri laluan ….Mamak suka mereka berbicara disini!.kita pun nak faham juga isi hati mereka ini..Mamak Penang reservekan dulu komen.Kita kena hormati “Freedom of speech”.Voltaire berkata “Saya tak setuju apa yang anda kata tetapi saya akan mempertahankan hak untuk anda berkata walau pun nyawa saya sendiri terkorban”.

    Hari ini nak pekena air suam saja!.”Air suam free satu angkat mari kasi sama mamak”!.Wassalam.

  8. Bg aku la Hindraff ni x lebih sebagai klon komunis yg nak menghancurkan negara… Betul kata Coffee n tv… Knp org india (hindraff) xde surat beranak??? Dan knp ada org india lain kat malaysia ni ada surat beranak…. Apa yang india MIC tu bukan india???… Bak kata pepatah pandai beranak pandai la pg daftar anak tu… Biasanya la kan org yang takut nak daftarkan kelahiran anak dia adalah org yang beranak secara tidak sah… ala org tua2 cakap lahir tanpa perkahwinan…. Tu yang nak rahsiakan kelahiran…. Mintak2 china doll yang kat perak aritu x mengandung anak adun sana…. Kalau x mana nak daftar kelahiran nanti…Tp maybe bukan semuanya mcm tu… memang aku akui ada org india dulu susah duduk estet xde kemudahan nak daftar kelahiran… tp kenala usaha…. Kalau mudah sangat KDN nak taraf warga negara habisla satu negara India mengaku kat sini warganegara Malaysia… Nak taraf warganegara tp cakap Bahasa Melayu sepatah pun x tahu… Boleh ker kita percaya kadang2…. So apa2 saja masalah rujukla dgn Pemimpin yang betul2 sah bukan nya pemimpin haram yang pandai putar belit cerita jer…

  9. Salam,
    mamak setuju dengan Bakal PM..memang komennya agak keras tapi inti-pati komen beliau perlu difahami dengn hati terbuka.Dasar atau pun ideologi bagi Parti Barison Nasional sengaja tidak dibuat boleh pemimpin lampau.BN bukanlah sebuah parti yang perkauman.Parti perkauman adalah parti UMNO,MCA dan MIC.Sebagai parti perkauman MIC perlu memainkan peranan yang utama dalam kemajuan Masyarakat India terutamanya di estet-estet,kawasan setinggan dan juga diluar bandar.Di bandar-bandar kaum India agak maju dan boleh bersaing dengan kaum-kaum lain.Projek-projek pembangunan minda tidak semestinya di sokong 100% dengan dana kerajaan.MIC perlu mencari dana yang perlu dari sumber-sumber yang sedia ada.Kalau membelanjakan beratus ribu untuk sebuah kuil atau pun mengadakan konsert dari bintang filen India tidaklah mustahil membina sebuah sekolah Tamil yang canggih.Di Pulau Pinang ini kalau kata kaum India miskin mustahil dan tidak dapat terima.Melawatlah ke Penang semasa Taippusam sepanjang Jalan Water Fall anda boleh menikmati makanan yang percuma untuk pengunjung yang mencecah pada ratusan Ribu.Berebut-berebut khemah-khemah mereka menyajikan makanan dan minuman secara percuma sepanjang hari.Pada malam pulak puluhan ribu nyior (kelapa) dipecahkan sebagai nazar.Tidak ada satu perayaan keagamaan yang berbelanja besar sedemikian di negara ini.Patung-patung yang bernilai beribu ringgit dipesan di Tamil Nadu untuk kegunaan kuil di negara ini.Tanah-tanah wakaf kuil bernilai berjutaan ringgit dan tidak di majukan untuk menjana ekonomi penduduk beragama Hindu tempatan.Nilai Tanah Wakaf Hindu di Pulau Pinang memcecah kepada jutaan ringgit dan keluasannya boleh menandingi keluasan Tanah Wakaf Orang Islam.Bukankah Tanah Wakaf ini dianjurkan untuk menjana ekonomi kaum?.Kenapa tak seragamkan Tanah-tnah wakaf ini kepada satu badan yang menguruskan.Nilai-nilai keagamaan adalah untuk memakmurkan penganutnya.Satu pemikiran dinamik dan realisasi untuk menjana minda penganut-penganut ini.Ketaksuban tanpa memahami nilai-nilai kemurniaan keagamaan akan memundurkan masyarakat itu sendiri.Apabila agama yang dianuti tidak dapat memajukan kreadibialiti penganutnya maka wujudlah kemiskinan dan kemunduran masyarakat tersebut.Yang penting agama adalah untuk manusia mencapai kemajuan kerohanian.Kerohanian yang jitu akan memajukan masyarakat itu sendiri.Contoh yang tepat adalah Zaman ‘Reformation’menyebabkan Eropah berpecah dan berperang mengikut Mahzab Roman Katholic dan Proteston.Zaman kegemilangan Islam tercapai dengan Keagamaan Islam yang memberi ruang kepada penganutnya berdaya mencipta dalam bidang-bidang yang sukar ditandingi bangsa lain didunia pada masa itu.Kenapa zaman kegemilangan Islam hilang begitu sahaja?.Pada masa sekarang orang Muda Islam lebih mengenali Einstein daripada Ahli-ahli sains terkemuka Islam seperti Ibn al-Nafis!.Apabila agama yang dianuti telah memundurkan diri mereka maka timbullah segolongan manusia yang ingin mempergunakan agama itu untuk kepentingan peribadi.Kesanya lahirlah kumpulan-kumpulan radikal-radikal keagamaan seperti JI dan juga Hindraf.JI nak jadikan Negara Republik Negara Islam ia itu mengabungkan Singapura,Brunei,Indonesia,Filipina dan Malaysia.Yang Hindraf pula nak ingin memperjungkan nasin kaum Hindu di Malaysia.Maka pengikut yang tidak berfikir dan rakyat yaOleh kerana rakyat Islam di negara ini tidak mundur seperti negara jiran pergerakan JI di negara senang dihapuskan.

    Matlamat membina tempat Ibadah adalah untuk menyatu padukan masyarakat setempat dan memajukan masyarakat itu untuk menjana minda dan taraf kehidupan yang lebih baik dan maju.Sekiranya tempat ibadah itu dibuat kepentingan peribadi atau didirikan diatas tanah orang adalah satu kesalahan maka kita perlu hadapi perobohannya.Patuhi undang-undang negara.Maka apabila tempat Ibadah itu dirobohkan siapa yang perlu disalahkan?.Adakah tuan tanah zalim?.Bukankah yang salah itu adalah pengurusan tempat Ibadah itu!. Dalam kes ini kenapa kerajaan pula dipersalahkan.Dalam kes Hindraf apakah pemimpin-pemimpinnya telah berjaya atasi masalah rakyat Hindu di negara ini dengan cara memburukan Negara ini yang sedang dilakukan.Bukankah ia seperti “Hujan emas di negeri orang dan Hujan batu di negeri sendiri”!.Rakyat kaum India dinegara ini sepatutnya mempersalahkan pemimpin mereka yang wakili di dalam kerajaan.Banyak perkara mereka lakukan adalah kepentingan sendiri.Mamak ingin menceritakan kisah benar perilaku serang pemimpin kaum India di negra ini.Pada tahun 1881 semasa Mamak bertugas di Johor Bahru ada seorang penjaja rakyat johor berketurunan India telah memohon mendapatkan lesen penjajah dari MBJB.Walau pun beberapa kali beliau memohon beliau tidak dapat memilki lesen tersebut.Maka dia mat memohon bantuan.Mamak bawa penjaja India ini berjumpa dengan YDP Johor Bahru.Apa yang diberitahu oleh YDP ialah lesen untuk penjaja adalah mengikut pola kaum masyarakat.Dan semua lesen untuk kaum India dikawasan itu telah diberi kepada persatuan kaum India Muslim.Beliau juga menyatakan bahawa dasar MBJB,lesen penjaja memang digalakan diberi kepada perstuan kerana penjaja senang di kawal.Memang satu cara yang baik.Beliau juga menyarankan sekirannya pemimpin India dikwasan itu beri surat sokongan kemungkinan besar pihak Majlis akan di pertimbangkan permohonan beliau.Maka Mamak pun pergilah berjumpa si pemimpin kaum India ini.Bukan main sombong.Dengan kasar pemimpin ini beritahu penjaja ini lesen semua sudah habis!.maka terlinanglah air mata si kawan yang nak lesen ini..oleh kerana kesian maka Mamak juga ada kenalan di pemimpin MIC peringkat Negeri.Maka Mamak ajaklah kawan tadi pergi jumpa pemimpin MIC diperingkat negeri ini.Tetapi jawapan si pemimpin negeri lagi mengejutkan Mamak!. Jawapannya berikut:
    “Datuk bukan tak boleh rekomen Mamak,tapi sikit susah ada..saya tak boleh kasi pasai itu ketua cawangan tarak kasi rekomen..saya tak musuh sama dia..lu taulah ini sistem MIC….Ini orang ahli biasa..dia tak ada undi sama saya duduk ini post!.Yang undi ini ketua bahagian..itu ketua bahagian MIC dia punya abang…Kalau dia tarak kasi saya kasi lain kali dia tarak undi sama saya..semua pochilah”.(Habislah jawatan saya)….”Jangan marah mamak…kalau mamak ada hal saya musti tolonglah!!!!”.Maka anda memahamilah sistem MIC yang unik ini.Maka dengan sebab itulah Presiden MIC masih lagi memegang jawatan kerana beliau cuma kena jaga orang di sekeliling saja untuk menjadi Presiden Parti…(Akhirnya Mamak berjaya juga dapatkan lesen penjaja itu melalui kaedah yang sedia ada..maka disini ingin mamak memuji sikap YDP MBJB kerana menggunakan dasar perikemanusian demi membantu rakyat Johor tanpa mengira agama atau pun Keturunan..memang Mamak tabik orang Melayu Johor).Wassalam.

  10. bgees

    banggang betui la SV dan kuncu-2. ada ke orang suka-2 nak buat hal. si hindraf tu bukan nak jadi menteri ke or PM. kalau MIC buat apa yang patut di buat. takkan lah orang india nak buat kecoh. gi tanya Tun Dr M, dia kata SV tak pernah mintak apa-2 pun kat dia untuk org india. dok selamba la UMNO / BN. bukan salah sapa, salah org india jugak, support BN,IPF,PPP .Sekarang padan muka…., 100 tahun lagi, jadi la kuli kat M’sia. pasai apa??? pasai ketua-2 hampa tu selfish, penyamun tarbus.

    Join la DSAI….,ada gak harapan. Macam aku.
    OK lah macan…..i just told my tought. It’s not Msia…, or M’sian…., or Malay …, it’s us the indians who are not united and greed. so dont blame others.

  11. assalamualikum.

    ANTARA PERBEZAAN INDIA DAN MAMAK
    terpanggil juga teman bila ada yang mempertikai … terutama mamak oleh penghuni yg berjiwa HASAD.. kebelakangan ni tidak kah ternampak dari peristiwa2 yg berlaku sampai adakalanya fanatik PakatanRakyat terutama yg berhijrah ke blog ni, yg kuat berbaur menghina Mamak yg dari dulu sentiasa cool menjawab persoalan dgn tenang, steady mamak!
    terpikir juga teman si kaki busuk yg kononya malaysian malaysia kononya tanpa mengira kaum..disebalik itu mengejek mamak yg ste
    ady tanpaambil hati walaupun cuba memalukan terutama Mamak,
    kebelakangan ni teman sedor (walaupun barua Pakatan rakyat yg buta hati) betapa bezanya antara mamak dan india, lihat saja ler bagaimana bermacam kes yg melampau tersebar didada akhbar, kerap kita dengar dan lihat terutama di segi kes jenayah rompak bersenjata, samsengan, menyamun, menghuruhara, perhimpunan haram, pembunuhan, rompakan kedai emas, ragut, mencabar undang2, biadap, dan lain-lain sudah kerap kita lihat penjenayahnya india. apa ygteman tengok inilah yg sebenarnya punca pencetusnya adalah the bold brother di pakatan rakyat yg sebenarnya gagal melahirkan formula untuk menjadikan sebarisan walaupun malu mengaku tidak ngam langsung sebagai satu team. lihat saja le dari ceruk kampung sampai parlimen sikap kurang ajar dan menepikan terus kuasa partner senior yg konon abang besar yg paling otai yg juga menerajui sesebuah negeri terutama pas dan pkr yg kononnya mempunyai setrategi yg telus membangunkan kerajaan baru,
    disebalik itu pulak pekara didepan mata tak lak ternampak sebesar gajah kelebihan orang lain, perasan atau tidak kebelakangan ini keturunan mamak lah yg paling banyak menabur budi tanpa minta publisiti saentaro malaya, kita lihat semasa kejadian tanah runtuh, kaum mamak ni yg memastikan semua petugas sentiasa tidak kelaparan dengan menaja makanan dan minuman percuma tanpa dibayar sesen pun, mamak juga dilihat paling aktif membantu fakir miskin semasa hari raya korban, membantu peralatan dan keperluan sekolah anak2 miskin, membina rumah utk fakir yg daif dgn tempat tinggal, bersuara lantang menentang penjajahan gaza dibumi palastin, membantu rakyat palastin dan yang paling manis terlibat penuh menurunkan harga barang utk membantu kerajaan memerangi kaum si pencekek darah ni, walhal kita sendiri tak pasti adakah PR ini sebenarnya untuk rakyat. tengok saja semasa dikejadian tanah runtuh yg sedia maklum kawasan kubu kuat azmin ali, sunyi sepi, kononya pemuda PKR cukup aktif, tengok saja ler betapa samseng nya, tambah pilihanraya.. tiba2 cukup terkenal yg paling lantang, sepatutnya semasa kejadian kita tentu dapat lihat pemuda2 PKR dan PAS paling ramai membantu. entah apa sebabnya hilang entah kemana… hmmm terpikir juga mungkin pilihanraya tebal masuknya, kalau tolong kejadian tanah runtuh tak da masuk kot.
    apapun golongan atau kaum yg digelar mamak paling ketara memberi bantuan dan memahami peranan sbgai rakyat malaysia… terima kasih mamak!
    he he eee teringat juga bukan main kuat satu ketika mengatakan mamak ni pengotor dan malas.. sekarang apa dah jadi, [ergilah kerestoran mamak dapur stainless steel, kedai bersih dan jamban (toilet) mamak cukup bersih berjubin dan pintu stainless steel. payah nak jumpa yg betul2 kotor

  12. PBS 2K9

    Hi Salam kepada semua,

    Saya juga telah menyertai Persidang Pravasi di India. Lebih lebih lagi persidang itu adalah medan perjumpaan NRI (Non Resident Indian) untuk kebaikaan, kebajikan dan juga untuk meningkatkan taraf ekonomi India. Bukannya medan untuk menyebarkan isu tidak releven dan isu yang tidak betul ( penipuan keseluruhan). Saya pasti dengan fakta yang diterbitkan oleh P.WathyaMurthy dalam laporan tahunan HINDRAF adalah tidak relevan dan penipuan semata mata untuk menarik perhatian semua. Senang cerita kalau fakta tersebut betul, bolehkah rakyat India berjaya dalam hidup, berpelajaran dan bebas bergerak? Adakah ini satu cara yang betuk untuk berkomen dengan mengeluarkan komen dan fakta yang tidak tepat dan palsu. Semua orang boleh berkomen, tetapi biarla komen itu bermanfaat, betul dan yang penting tepat. Bukan komen dan mengeluarkan fakta palsu boleh menukar keadaan serta merta. Pernahkah anda berganding bahu menyelesaikan masalah? Semua orang mementing diri sendiri dan kemudian bersuara parti itu tak tolong la…, parti ini tak tolong. Bila susah saja nak jumpa pihak berkenaan dan meminta tolong. Kita mempunyai sistem untuk menolong kita, tetapi bukan semua yang kita hendak boleh dikabuli. Kita hendak berusaha sedikit mencari penyelesaian daripada mengkritik atau komen kosong semata mata hendak menyalahkan orang lain. Saya berharap biar kalian berkomen, komen yang konkrit. Tolong sesama sendiri. Jangan mementingkan diri sendiri dan mengharapkan parti untuk menolong anda dalam segalanya. Bukan semua orang boleh berkuasa, tapi janganlah jadi terlalu bossy hingga keluarga sendiri tak boleh dijaga tetapi hendak mengkritik komuniti dan parti. Ini boleh menjejaskan imej negara sama sekali. Kita patut bersyukur kerana menikmati hidup yang aman dan bersistem. Daripada hidup berkucar kacir, tidak bersistem dan hidup ketakutan. Seperti sesetengah negara yang berperang, racism, dan berkomunis. Senang cerita berterima kasih la kepada leaders kita yang telah membawa kita Malaysia muncul dipeta dunia dan arena antarabangsa. Belajarlah berterima kasih daripada menjejaskan nama keluarga sendiri diluar. Keluarga kita Malaysia memerlukan komen yang baik untuk meningkatkan imej. Kita satu bangsa Malaysia. Janganlah kucar kacirkan nama keluarga diluar sempadan.

    Sekian Terima Kasih.
    Kalian kemungkinan ayat saya boleh menyingung perasaan seseorang tetapi ayat tersebut adalah untuk membuka mata kalian, berfikir dan berterima kasih dengan keadaan kita.
    ps: Dont be like (Nande Kathe).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s