10 Usul utk Rakyat Palestin – malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengusulkan 10 ketetapan pada sidang khas Parlimen mengenai Gaza bagi membela nasib rakyat Palestin yang kini menderita akibat serangan rejim Israel ke atas mereka.

Berikut adalah 10 ketetapan yang diusulkan:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak- kanak, termasuk bayi dan warga tua,dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas Perhimpunan Agung PBB – “Uniting For Peace” -di bawah Resolusi 377a(v) sekiranya pelaksanaan ketetapan Majlis PBB gagal menguatkuasakan ketetapannya yang diputuskan pada 8 Januari 2009.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di timur tengah sekarang;

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta;

9. Menggesa Perhimpunan Agung PBB untuk menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin untuk menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua dewan perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah. – mstar

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “10 Usul utk Rakyat Palestin – malaysiakini

  1. maw

    jangan lupa buat 20 usul untok bebaskan rakyat yang di-isakan oleh pemerintah.Sampaikan resolusi pada hak asasi kemanusian antarabangsa.

  2. bakal PM

    agak pelik rakyat yang tersia2 macam MAW ni pandai jgk tekan komputer… Makna nya Maw ni yang mensia2kan nikmat kerakyatan malaysia…. dasar tak tau bersyukur… Dah dapat pendidikan lg nak complain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s