‘Erdogan’ tidak menonjol di T’ganu – malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong mendakwa pemimpin-pemimpin PAS “beraliran Erdogan” wujud di negeri itu tetapi tidak menonjol.

“Ada orang Erdogan di Terengganu tetapi tidak ada masalah walaupun mereka ada pengikut.

“Syaitan pun ada pengikut, tak kan orang tidak ada pengikut,” katanya dalam sidang media harian di pejabat PAS kawasan Kuala Terengganu sempena pilihanraya kecil kawasan parlimen itu.

Wan Abdul Mutalib diminta mengulas peranan “kumpulan Erdogan” – dipercayai termasuk wakil rakyat Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – dalam pilihanraya yang sedang berlangsung.
Isu ini berbangkit susulan wujud tanggapan bahawa kumpulan tersebut termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan ketua Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkifli Ahmad tidak serius membantu calon parti Mohd Abdul Wahid Endut.

Pergeseran kumpulan ini dengan jentera PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya negeri Datuk Mustafa Ali didakwa akibat pengguguran Dr Syed Azman daripada pertandingan di pilihanraya kecil ini walaupun ahli jawatankuasa pusat PAS itu seorang tokoh muda yang paling digemari.

Abdul Wahid menentang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharudin Mamat @Adam pada 17 Januari ini.

Wan Abdul Mutalib menjelaskan, tanggapan negatif mengenai konflik dalaman membabitkan kumpulan Erdogan hanya spekulasi politik dan “bukan satu isu.”

“Dalam parti (PAS) ada pelbagai pandangan, jadi tidak timbul isu tersebut,” katanya lagi.

“Saya tidak tahu siapa Erdogan, cuba awak sebut siapa Erdogan?”

“Saya pun Erdogan juga,” tambahnya, sambil ketawa.

Istilah “kumpulan Erdogan” pertama kali muncul di blog Anti Husam yang dibangunkan menjelang muktamar PAS Ogos lalu dan dipercayai dibina oleh orang dalam parti itu sendiri.

Istilah ini yang mula popular di kalangan media dan ahli politik merujuk kepada beberapa tokoh utama PAS termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Kamaruddin Jaafar – selain Husam dan Dr Hatta – yang membantah projek parti itu untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno.

Muzakarah senyap-senyap PAS-Umno tidak lama selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas melibatkan Nasharuddin dengan sokongan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa dipercayai tokoh penggerak usaha ini.

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “‘Erdogan’ tidak menonjol di T’ganu – malaysiakini

  1. Salam,Kenapa kumpulan Erdogan ini terbentuk dalam parti Pas..adakah ia baru atau sudah lama berlaku dalam parti Pas ini “seperti bara di sekam”!Kita perlu memahami Sejarah Penubuhan Parti Pas dan di katakan perjuangan mewujudkan negara Islam di Negara ini.
    Pada 23hb.Ogos 1951 persidangan kedua UMNO di Adakan di Klab Sultan Sulaiman,Kula Lumpur. Dalam mesyuarat ini segolongan ulama dan ahli-ahli yang senior telah mendesak Jawatan Kuasa Umno supaya diadakan sebuah Persatuan Ulama dalam perjuangan kemerdekaan tanah air.Kebanyakan Ulama-ulama dan Ahli parti senior ini terdiri dari bekas ahli Hisbun Muslimin yang telah diharamkan oleh Kerajaan British pada masa itu.Pada 24 November 1951 Sebuah Persatuan Islam Sa-Malaya ditubuhkan hasil dari perbincangan yang telah di adakan Di Kepala Batas,Seberang Perai,Pulau Pinang(tempat kediaman Pak lah).Allahyarham Haji Abdullah Fahim ia itu bekas Ketua Biro Agama UMNO dan juga Haji Ahmad Badawi iaitu Datuk dan Bapa kepada Perdana Menteri Sekarang adalah salah seorang pengasas Parti yang kemudian hari digelar Parti PAS!.Congan-Kata Parti Pas pada masa itu ialah “Merdeka” ia sejajar dengan Congan Kata UMNO.Dasar Perjuangan partinya ialah yang pertama ialah Menjalankan Ikhtiar dan langkah-langkah menegakan Kemerdekaan Negara dan Umat islam di negara ini dan yang kedua ialah Menjalankan cita-cita Islam dalam Masyarakat dan di pemerintahan.Tak timbulkan pula Perjuangannya adalah untuk Menjadikan Negara ini sebuah negara Islam.Sandiwara Pas dalam matlamat mewujudkan negara Islam dari penubuhanya meleset sekali. Hakikatnya, Pas hanya menggunakan isu penubuhan negara Islam sebagai modal untuk menarik sokongan umat Islam di negara ini. Namun, apabila berhadapan dengan masyarakat bukan Islam, hasrat penubuhan Negara Islam bukan hanya disembunyikan malah dinafikan untuk memikat hati golongan tersebut. Sebagai contoh, demi untuk mendapatkan kerjasama parti-parti pembangkang lain khususnya DAP dalam pilihan raya umum negara ini.Kenapa?.Apabila Parti Pas mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya pertama pada 1955 yang cuma menang satu kerusi di parlimen.Maka senjata politik PAS ialah telah beraleh kepada“Pemerintahan Negara Islam” !maka bermulalah perebutan kuasa politik orang Melayu dianatara Parti Pas dan UMNO!.
    Keputusan-keputusan Pihan-Raya Umum kerusi Parlimen yang di menangi oleh Parti Pas dan kajilah dasar Parti Pas ini sentiasa berubah mengikut kerusi parlimen yang dimenangi:
    1955 – 1,1959 – 13, 1964 – 9 , 1974 – 14 , 1978 – 5 , 1982 – 5 , 1986 – 1 , 1990 – 7 , 1995 – 7 , 1999 – 8 , 2004 – 6.
    Seperti di ketahui umum Parti Pas tidak akan dapat menubuhkan Pemerintahan Islam di Negara ini kecuali mereka mendapat mandate dari Negeri-Negeri Pantai Timur Sabah dan Sarawak.Pada masa ini adalah sukar nak diramalkan keadaan Parti Pas yang belum pernah memenangi sebarang kerusi parlimen di negeri-negeri tersebut.Politik PAS cuma di Negeri kurang maju dan kadar kemiskinan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.Seperti biasa di negeri yang kurang daya maju parti keagamaan akan timbul untuk meraih simpati rakyat yang putus asa.Dan isu hangatnya pasti agama kerana modal ini payah nak ditentang oleh pihak lawan.Bagi parti Pas modal negara Islam telah banyak menarik penggundi-pengundi yang tersebutkan di atas.Tanpa mengetahui hakikat sebenar dan blue print negara Islam itu Para pemimpin pas sentiasa berdolak-dalik dalam isu penubuhan negara Islam sehinggalah Tun Dato Seri Dr. Tun.Mahathir Mohamad mencabar Pas untuk mengemukakan secara bertulis perincian(Blue Print) konsep negara Islam yang mereka perjuangkan. Cabaran ini dikemukakan oleh Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO, 21 Jun 2001. Parti Pas jelas dilihat terperangkap dengan cabaran itu kerana khuatir sandiwara mereka selama ini akan terbongkar. Kerisauan ini tergambar dengan ulasan-ulasan para pemimpin Pas terhadap cabaran tersebut, antaranya.Berbagai-bagai alasan diberi pemimpin parti Pas untuk mengelak dari terperangkap isu berkenaan perjuanganNegara Islam ini Cerita – Cerita karut mulai di sebarkan kepada ahli-ahli melalui surat khabar parti seperti:
    1. Kalau UMNO ikhlas untuk mengetahui konsep ini, ia boleh dapatkan maklumat-maklumat ini dari institusi yang mereka bentuk seperti IKIM. Pas akan kemukakan kepada rakyat dan bukan kepada Dr Mahathir tentang konsep negara Islam tidak lama lagi bekas Presiden Pas, Dato Fadzil Noor (Harakah, 1-15 Ogos 2001). Pas akhirnya menerbitkan Dokumen Negara Islam Pas yang dilancarkan oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas pada 12 November 2003. Dokumen ini memperincikan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.Parti Pas telah terperangkap diantara dasar Pemerintahan Islam dan Msyarakat Islam.Di sinilah datangnya kumpulan edorgon yang diwakili orang Muda Pas dan Generasi yang tua dalam Pas.Orang-orang yang lebih tua kehendakan negara pemerintahan Islam di mana sedikit sebanyak membuatkan rakyat bukan Islam gusar.Kalau PAS ingin memerintah negara ini perlukan sokongan rakyat bukan Islam.Orang-orang Muda dalam Parti pulak nak jadikan Masyarakat Islam dengan konsep baru dengan penglibatan Datuk Anwar Ibrahim yang biasanya dipanggil erdogon yang mewakili Dato’Nik Aziz.Pemimpin Pas sebilangan oaran tua cuma kepingin nak memerintah Negeri-negeri..tetapi kaum muda Pas pula kalau boleh nak memerintah secara Islam negara ini.Untuk memerintah negara perlu pengabungan parti bukan Islam inilah teras masalah Pas sekarang.Golongan muda bercita-cita besar tetapi golongan tua pula terlalu fundamentalist…maka wujudlah perpecahan yang dikatakan golongan erdogon diketuai Naib presiden dan didukung oleh Tuan Guru dan Maha guru Anwar.Orang Muda erdogon kepingin Pemerintahan Islam dan Golongan Tua diwakili Tuan Guru Hadi pulak nak Masyarakat Islam….dengan berfikiran minyak dengan air mana boleh campur?.Perjuangan Pas ering ubah..dari Merdeka kepada Masyarakat Islam…dari negara Islam (Ulama-ulama telah mengistiharkan Negara ini adalah negara Islam) kepada Perjuangan baru Hudud..katakanlah hudud telah terlaksana..apa pula lagi perjuangan Pas..mungkin Revolusi Islam dan jadikan negara ini “Republic Of Islam Malaysia”!!!!!!!! Allahwuallam niat parti Pas!!!!!!!!!!!!!!.Wassalam.

  2. ooo..aaala

    biarlah erdogan asal jangan jadi golongan minum arak sudah…

  3. Palohotox

    Salam Mamak Penang..

    Kawan rasa penulisan mamak tentang perjuangan PAS ni lebih kepada propaganda berniat jahat dan jelas terdesak sebab umno dah nak jadi species terancam.
    Taktik yang mamak gunakan juga lebih kurang taktik British atau Amerika iaitu Pecah dan Perintah..
    British masuk tanah Melayu dulu dgn cara pecahbelahkan raja2 melayu biar gaduh sama sendiri.. pastu senang2 depa masuk kaut hasil bumi bawak balik.. Kalau tengok Amerika sekarang pun sama jgk.. Dekat Iraq depa dok pelaga puak pro Saddam dan Anti Saddam.. Dekat Palestin ari ni pun ada puak Fatah dgn Hamas.
    Bagi kawan percubaan memisahkan PAS dgn label ‘Erdogan’ ni orang umno jer dok sebok2 pelagaa. Bukan apa.. sebab dah takdak orang nk sokong depa , dok pi cari taktik jahat ni nk pecahbelahkan parti lawan.
    Hang kena ingat Mamak.. PAS ni bukan negeri miskin jer yang sokong.. Negeri paling Kaya kat Malaysia ni pun dah sokong PAS.
    Jangan dok plaeceee noo…!!!!1

    Setahu kawan 2 negeri paling miskin kat m’sia ni masih lagi bawah BN.. Ye lah.. ada minyak pun duit royalti kena kebas kat geng2 yang mamak ‘pooja’ tu..
    Wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s