Karpal: DAP keluar Pakatan jika hudud dilaksana – malaysiakini

DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

“Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan surat untuk Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Dis lepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.BERNAMA

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Karpal: DAP keluar Pakatan jika hudud dilaksana – malaysiakini

  1. slyderrose

    Yg pasti karpal yg keluar, DAP tidak. Karpal kalau menyalak pasal hudud, aku tak heran, sebab dia bukan islam pun. Tapi kalau orang Islam sendiri mempersendakan dan memperlekehkan hudud, itu sudah kes amat berat. Kalau dah lebih 50 tahun memerintah dan berkuasa tapi masih mempertikaikan hudud atau masih tidak membuat sesuatu supaya semua rakyat faham islam yg sebenarnya, ini memang berat. So, bukan memperjuangkan islam namanya. Bererti doa iftitah yg dibaca 5 kali sehari itu..untuk apa tak tahulah?

  2. bl4ck

    Hidup PAS..Hidup Hudud.. Hidup Islam..

  3. yohen

    Bila lagi Pas nak laksana hudud? Janganlah guna isu untuk raih undi..Jangan guna ugama untuk mainkan rakyat…. Kalau berpolitik untuk jawatan sebagai exco atau mp inilah jadinya..berpolitiklah semata-mata kerana Allah..bila nak pilihan raya sibuk dengan hudud..habis pilihan raya kena tanya pendapat dap yang dah terang2 anti perlaksanaan undang2 islam……takutlah pada tuhan. Apalah sangat ada pada pakatan rakyat tu …karpal singh dan lim kit siang dah tua ..tak lama lagi padamlah tuhan tu kekal abadi. Laksana saja hudud tu..kalau tak berani dan tak boleh buat besar-besaran buat cara kecil-kecilan..kalau tak boleh di selangor buat lah di kedah..kalau tak boleh di kedah buatlah di kelantan .. tak kisahlah..janji laksanakan…jangan cakap aja.. apa pakatan rakyat tu lagi hebat dari tuhan ke sampai nak dapat persetujuan dulu? Buatlah macam perlaksanaan islamic banking..slow and steady dan sekarang bukan sahaja dah ada islamic accounts ..bank islam pun dah ada..cakap aja tak guna..buktikan.. bn tu penuh dengan orang islam yang cerdik pandai..dia orang pun tak berani nak menentang perlaksanaan hukum allah..semua menyokong dalam diam pun ..silap haribulan boleh terkeluar akidah kalau silap cakap dan menentang perlaksanaan hukum allah… apakah hukum gubalan manusia itu lebih baik dari hukum allah? jangan cakap aja dah letih nak dengar..buat jangan tak buat..

  4. GNN

    If it wasnt for Karpal….non-Muslims in this country would be dead meat…..

  5. PAS TO AS

    dah dapat lima negeri… hudud masih tak jalan …
    tanpa politik hudud …pas pasti terduduk…

    politik hudud hanya untuk kayakan tok2 garu pas…
    tak lebih dari itu…

    sebab orang2 pas hanya pandai bercerita pengliporlara…
    apa hebatnya pas untuk pembangunan khasnya sosial dan ekonomi bagi orang2 pas sendiri…

  6. nak tau

    AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular dalam masyarakat Melayu. Hukum Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati seperti Allah dan rasul-Nya.

    Kekalutan ini lahir daripada input yang mengelirukan mengenai tugas rasul Allah yang sebenar. Para ulama tidak menjelaskan seperti yang dijelaskan Allah iaitu tugas rasul hanyalah untuk menyampaikan al-Quran kepada umat. Firman Allah 5:92 yang berbunyi “Ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas (al-Quran)” tidak disampaikan kepada orang Melayu.

    Mereka terus membisu dengannya walaupun Allah menyebut mesej itu sekali lagi dalam ayat al-Quran 24:54. Lantas, Islam ajaran ulama bukanlah Islam yang disampaikan oleh rasul.

    Rasul mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah – “Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) – dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian. Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun.

    Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan. Hukum Hudud adalah satu daripadanya.

    Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.

    Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,

    “Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

    Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,

    “Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa” (2:179).

    Tidak pula dengan Hukum Hudud Pas. Padanya bau zalim begitu ketara. Beberapa contoh akan dikemukakan di sini, dipetik daripada “Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil karya ulama Pas yang disucikan oleh ramai orang Melayu.

    Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:

    “Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

    (a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;

    (b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan

    (c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)

    Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,

    “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).

    Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,

    “Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

    Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak:

    “Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

    (a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;

    (b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;

    (c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki …..” (Bahagian I, perenggan 9).

    Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,

    “Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan – mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).

    Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).

    Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41).

    Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,

    “Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178).

    Contoh ketiga ialah hukuman bagi penzina:

    “(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

    (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.” (Bahagian I, perenggan 11)

    Hukuman ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi “Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.

    Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun.

    Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,

    “Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).

    Contoh keempat ialah hukuman bagi kesalahan liwat:

    “Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.” (Bahagian I, perenggan 17)

    Penggubal hukuman ini jelas tidak menyedari mengenai kewujudan hudud Allah bagi perempuan dan lelaki yang sedemikian rupa nafsu seksnya. Diturunkan di bawah ini dua ayat al-Quran yang berkaitan:

    1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).

    2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih” (4:16).

    Contoh kelima ialah kesalahan meminum arak:

    “(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22)

    Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu” (4:105).

    Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.

    Contoh keenam dan terakhir ialah hukuman bagi kesalahan murtad:

    “(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah.

    (4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:” (Bahagian I, perenggan 23)

    Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada ulama jahiliah bernama Uzair yang Allah gelar “anak Tuhan” (9:30) kerana memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud,

    “Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui” (5:54).

    Seperti itu juga akan terjadi kepada orang Melayu jikalau mereka tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran. “Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114).

    Yang hina lagi keji adalah dari kita yakni manusia…Dan yang terbaik dan termulia adalah datangnya dari ALLAH…

  7. Bakal PM

    Sekali lg PAS terketar2 untuk menjawab sergahan abg besar Pakatan Rakyat… Nampaknya PAS slalu sebut UMNO pembuli…. Tp yang aku nampak PAS pulak dibuli DAP…. Nasib badan… Tu la kalau pemimpin yang ada dalam PAS lembik2 semuanya macam ni la jd nya…. Ibarat lembu dicucuk hidung…. Mengutuk UMNO tidak bercirikan islam sedangkan PAS sendiri bertuan kan org kafir…

  8. Battleship

    Ceh…hudud kunun…..sendiri banyak dosa kafirkan orang….tambah kandang babi lagi pulak tu….sepatutnya kita jadi macam Ungku Aziz, mempertabatkan bangsa dan agama dengan kepandaian yang kita ada. Nah, lahirlah koperasi & tabung haji. Berapa banyak antara umat islam malaysia yang senantiasa memperkasa bangsa & agama…ni tak, dengan sifat gelojoh menjadi ketua pemimpin & anggap diri lebih islamik lagi banyak menguasai diri.

    UMNO 50 tahun dah macam2 buat untuk semua bangsa Malaysia, slow & steady…huh,harapkan PAS? Cakap degar2 boleh la…aku pun boleh cakap buat Hudud kat mana2 kampung…tapi bila dah ada tanggungjawab dan kuasa…..CAKAP JE LEBIH!

    UMNO takde pun nak janji hukum, hudud atau berkaitan dengannya, tapi senantiasa berubah dari segi fatwa atau enekman. Hm….alangkah baik jika PAS datang dengan cadangan memperkasakan Mahkamah Syariah…ada la terbela anak2 yang ditinggal bapa tanpa nafkah yang berlambak ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s