Kandungan Surat Anwar Kpd Tun – malaysiakini

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.

8 September 1998

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Kandungan Surat Anwar Kpd Tun – malaysiakini

  1. Sharifah Halimah

    Tak ada apa salahnya surat Anwar kepada tun mahathir. Dia hanya sekadar membela dirinya. Tak da pun dia cakap tolong maafkan dia dan bagi balik jawatan DPM? Memang UMno dan EZam ni dah gila agaknya.

  2. eagle has landed

    Nothing in the letter, very rational as a young leader at that time to write to an oldman like Che Det.
    Tapi Bahasa nya macam bahasa ezam sesumpah tak macam ayat Anwar pun.
    Tak usah la nak tipu, yang nak tulis surat tu si Ezam sesumpah kot tapi salah strategi dengan Che Det dan sekarang nak gunakan Pak Lah dan Najib.
    Orang macam ini pun UMNO nak terima–lingkup lah UMNO!!!

  3. ini lah bangsa malaysia baru. nasib baik hang tak duduk kat sarawak

  4. XDA APA PUN YANG PELIK..KATAK TU AMBIK SURAT KAT NA ERK…WAT MALU ORANG UMNO JE LA

  5. Old Timer

    Yang tersirat ialah Ezam guna ‘reverse psychology’ untuk bantu bekas bosnya. Mungkin rasa bersalah tinggalkan PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s