Oh Ezam Oh Anwar – malaysiakini

Bekas ‘orang kuat’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor mendedahkan surat bertarikh 8 September 1998, ditulis bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai percubaan berdamai di sini malam tadi.

Ezam menunjukkan surat itu ketika berceramah di kawasan Kuang Parit manakala pada masa yang sama Anwar pula muncul di Kuang Ikan – kedua-dua lokasi yang masing-masing terletak di bahagian Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam dan Batu Burok, dikuasai PAS.

Beliau membacakan kandungan surat dua halaman, tulisan tangan Anwar, pada penghujung ceramahnya yang berakhir pukul 12 tengah malam tadi.

Antara kandungan surat itu ialah:

“Perkembangan beberapa hari kebelakangan ini sungguh mencemarkan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

“Saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat – khususnya Azizah yang sentiasa di samping mereka.

“Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menyatuhkan saya. Harapan saya ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Seperkara lainya ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka tidak terus ditahan. Memadailah penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

“Betapa getir dan cemar kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan. Meskipun perhubungan di antara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Dato Seri.”

Terdahulu Ezam dan Anwar tiba di lapangan terbang di sini dengan menaiki pesawat yang sama.

Anwar yang ditemui selepas ceramahnya pula berkata, beliau mempunyai isu yang lebih besar dalam usaha beliau berkempen dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini.

“Jadi apa masalahnya? Saya tak berdamai dengan siapa? Apa masalahnya, umpamanya kalau ada usaha damai dengan sesiapa pun, nyatakan apakah masalahnya?” soal beliau.

Anwar menambah, “masalah kita ialah tumpu pada pilihan raya (kecil Kuala Terengganu)… itu yang penting.”

“Saya lihat kita ada isu yang besar dalam pilihan raya ini, soal genda dalam Pakatan Rakyat dan perubahan yang kita harap hendak bawa, jurucakap dalam Parlimen lebih berkesan, dengan isu-isu pokok, membela soal rakyat, royalti itu soal pokok, tengok poster serang peribadi saya banyak, moral dan sebagainya,” kata Anwar.

Ezam berkata, beliau sendiri menghantar dengan tangan surat tersebut ke Pejabat Perdana Menteri pada 8 September 1998 iaitu hari Dr. Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Umno bagi menerangkan isu pemecatan Anwar dari parti dan kerajaan.

“Anwar minta saya menyerahkan sendiri kepada Dr. Mahathir pada hari berkenaan sebelum pertemuan dengan pemimpin-pemimpin.

“Bagaimanapun saya lewat lima minit tiba di Pejabat Perdana Menteri, dan tidak berpeluang menyerahkan sendiri kepada Dr. Mahathir… sebaliknya hanya diserahkan kepada pegawai beliau,” katanya.

Ezam mengulangi bahawa beliau memutuskan untuk menyerahkan kandungan surat itu bagi menunjukkan personaliti kepimpinan Anwar yang tiada pendirian konsisten.

Beliau pertama kali mendedahkan kewujudan usaha Anwar untuk cuba berdamai dengan Dr. Mahathir pada Isnin lalu.

Pada sidang media lewat malam tadi, Anwar turut ditanya tentang kempen Ezam di sini.

Sambil berkata “siapa?, siapa?” merujuk kepada Ezam, Anwar menambah: “Saya ada agenda yang lebih penting, saya tidak mahu memberi respons kepada kenyataan ini.”

nota: naik pesawat yang sama tu?takkan tak tegur bos lama..penulis pun penah satu pesawat ngan anwar…

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Oh Ezam Oh Anwar – malaysiakini

  1. eagle has landed

    Elok lah suruh UMNO Trengganu ni halau si Ezam sesumpah tu cepat kalau tidak tu lebih banyak merosot undi BN lagi memalukan UMNO.
    Ezam sesumpah perangai macam budak kecil yang perlukan perhatian. hai sedih nya.!!!

  2. Suhaimi Shah Abdullah

    Ezam seorang pengintip UMNO atau tidak? Soalan ni memang TAK PENTING. ANWAR IBRAHIM seorang yang tak boleh dipercayai & ni memang dah jadi kenyataan.

    Pemimpin BN memang tak padan untuk menjadi PM, begitu jugapun dengan si Anwar Ibrahim.

    Dulu cakap 916 & sekarang nak cakap lagi “Takeover”….cukuplah! cukuplah! cakap aje pandai tapi tak perdaya nak buat apa-apa. Main buntut jantan dia pandai.

  3. azisirikit

    Ezam kempen macam budak-budak hingus. Dia digunakan dan dilembukan oleh BN. Bodohnya budak ni!!

  4. Comelwangi & Hubby

    Ezam, why do you have to stoop so low of yourself. It makes you very cheap!. Would be better if you could nicely zip your good mouth. Think of ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s