PAS ‘Kudakan” Anwar atau Anwar ‘Kudakan” PAS…atau DAP ‘kudakan’ dua2 pihak?? – malaysiakini

Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.

Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata “ kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.

Ezam berkata, beliau terkejut kenyataan itu yang keluar daripada Naib Presiden PAS.

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Cabaran itu ekoran kenyataan terbaru pemimpin kanan PAS itu semasa kempen pilihanraya kecil ini mendakwa Ezam masuk UMNO kerana hendak cari makan.

“Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya,” tegasnya.

Menurut Ezam, sebelum ini beliau tidak mahu sentuh perkara itu tetapi beliau cukup terguris dengan tuduhan dibuat oleh Husam yang menjejaskan kredibilitinya.

“ Dia tahu sebab saya keluar Keadilan tetapi mungkin kerana terpengaruh janji Anwar nak bagi jawatan menteri atau apa, dia sanggup buat kenyataan saya masuk UMNO kerana nak cari makan.

“Kerana Husam sudah mencabar maruah saya, dengan lafaz sumpah saya tadi, saya cabar beliau, dua malam lagi supaya turun Kuala Terengganu dan buat sumpah nafikan kenyataan saya ini,” ujarnya.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ‘ pusing keliling’ seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.

“Kalau nak perang, kita perang. Kerana apa, kerana Anwar juga kata saya jadi alat pada UMNO. Saya bukan diperalatkan tetapi dulu Anwar peralat saya untuk bebaskannya,”.

“Tetapi untuk agama dan bangsa saya, saya rela diperalatkan malah seluruh nadi, denyut jantung dan darah saya rela,” tegasnya.

Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Menurut Ezam lagi, selepas membaca kandungan surat Anwar kepada Dr Mahathir, beliau mencabar PAS menyatakan prinsip dengan membuat keputusan segera meninggalkan Anwar kerana daripada surat itu, jelas Anwar pemimpin paling hipokrit pernah dilahirkan dalam negara.

“Dan kalau PAS tak berani buat keputusan prinsip itu, rakyat dan pengundi Kuala Terengganu harus buat keputusan pada Sabtu ini buat keputusan tolak pemimpin hipokrit itu serta parti yang bersekongkol dengannya termasuk PAS,” katanya.

Mengenai surat Anwar yang diserah padanya pada 8 September,1998 itu untuk disampaikan kepada Dr Mahathir sebenar adalah untuk mendedahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu bersikap hipokrit dan munafik yang berbahaya kepada negara.

Menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir.

“Ini surat dibuat selepas dia dipecat dan kritik hebat Dr Mahathir. Daripada surat ini, seluruh rakyat boleh menilai jenis pemimpin apa Anwar Ibrahim ini,” katanya.

Menurut Ezam bekas bosnya itu adalah jenis yang boleh bercakap dengan Lim Kit Siang lain dan kemudiannya cakap lain dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Katanya, surat itu sudah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri selepas terlewat sampai untuk menyerahkan surat berkenaan.

Ezam menegaskan, selepas 17 Januari ini beliau akan ke seluruh negara melakukan perhitungan dengan Anwar bersama kawan-kawannya dengan surat ini dan beberapa kotak-kotak tersebut yang belum selesai.

Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.

Beliau turut menjawab kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar kononnya Anwar akan membongkar surat Ezam kepada Perdana Menteri yang meminta jawatan politik sebelum masuk UMNO.

Ezam menafikan ada membuat surat memohon jawatan atau secara lisan berbuat demikian.

Ezam turut mencabar Anwar meletakkan jawatan daripada politik jika selepas tujuh hari beliau gagal meunjukkan surat berkenaan.

“Saya juga cabar dalam tempoh kempen pilihan raya Kuala Terengganu, Anwar tunjukkan surat itu. Kalau ada, saya akan berhenti politik. Tetapi selepas 7 hari jika dia tak buat juga, saya cabar dia lepaskan jawatan daripada politik,” katanya.

“Kalau dia ada maruah , dia mesti letak jawatan. Kalau dia tak buat, jatuhlah maruah dia kerana berbohong,” tegas Ezam yang percaya Anwar tidak pernah menjawab isu yang dibangkitkan termasuk ketika berkempen di Permatang Pauh. – agendadaily

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “PAS ‘Kudakan” Anwar atau Anwar ‘Kudakan” PAS…atau DAP ‘kudakan’ dua2 pihak?? – malaysiakini

  1. fztt

    If anything, these letters actually STRENGTHEN Anwar instead of weakening him.

    Let’s face it, looking at it from neutral point of view, the letters are strenous denial on Anwar’s behalf of the perceived conspiracy against him and he’s defending himself. ANY SANE person would have done the same.

    If Anwar is a hypocrite in this instance, he would have begged and pleaded Dr M to see him and say he’ll do anything if Dr M is willing to give him a chance. Do you detect such tones in the letters?

    So Ezam, you are Judas and you are irrelevant. Thank you for proving that by bringing up petty issues like this. In fact, UMNO and every political party out there should learn from this incident about you:

    At the time, you were loyal to Anwar so you fail miserably in your job for something as simple as delivering a letter to the intended recepient 🙂 Furthermore, the fact that you kept copies of the letter shows up your character, you keep dosiers about everyone ‘just in case’ you need it in the future, the character of a real snake, even then.

    PKR should be happy to be rid of you, goodluck to UMNO for taking you in, it’s people like you who give UMNO a bad name.

  2. Sharifah Halimah

    It is UMNO yang kudakan MCA, MIC, dan semua parti komponennya……..

  3. eagle has landed

    Kesian si ezam bangang ni. Dah dia pula bersumpah, buat malu UMNO je.
    UMNO Trengganu elok lah suruh Ezam sesumpah tu balik Indonesia-entah mana dia dapat duit nak hidup kat Jakarta tu.

  4. kalau saya dah miskin nanti pun saya buat macam2 macam ezam buat

  5. Salam,
    Ezam adalah seorang yang kuat pegang pada Agamanya.Ini tidak boleh nafikan.Dia menjadi kuda anwar dulu pun kerana berpendapat Anwar adalah seorang tokoh agama dan berjuang mengikut akidah Islamnya.Sukar kita membuat keputusan pada peribadi anwar yang terlalu banyak andaian diperkatakan.Ada yang kata dia diperalatkan oleh Amerika..dalam hal ini berkemungkinan benar kerana pada masa ini keadaan penguasan laut China selatan telah dilemahkan dengan kekuatan tentera Negara China.Di Asia tenggara selain dari Malaysia semua pemimpin negara-negara di Asia tenggara terlalu bias dengan Washington.Malaysia mempunyai kekuatan sendiri dari segi Ekonomi atau politik yang mantap.Malaysia juga mampu membangun sendiri dan akan menjadi sebuah negara yang terkuat di rantau Asia Tenggara di suatu masa nanti.”The Rising Tiger” yang di gelar untuk negara Malaysia masih mempunyai taring dan boleh bangkit sekelip mata tanpa bantuan kuasa-kuasa besar dunia.Ini yang amat dirisaukan Washington.Kita perlu akui pemimpin-pemimpin di negara ini adalah yang terbaik di rantau ini.Jangalah oleh kerana kita tak suka pemimpin Umno atau kerajaan kita membuat tuduhan melulu terhadap mereka.Setiap pemimpin yang terdahulu atau sekarang memang mempunyai karisma tersendiri.YM Tungku adalah seorang Pemimpin Negara-negara Islam yang termasyur.Tahun 80an kalau anda singgah di mana-mana negara Islam didunia Malaysia tidak dikenali tetapi sebut saja nama tungku mereka akan kenal..bagitu juga Tun Dr.Mahatir beliau mengenalkan negara Malaysia diserata pelusuk dunia dengan bidasan yang sukar tandingi oleh ahli politik barat.Seluruh pemimpin Afrika dan Timur Tengah memuji beliau sehingga di goncangnya kesatuan Komenwealth pada suatu ketika dulu.Negara Australia dan Britain tunduk pada beliau apabila dibawahnya orientasi “Pandang Ke Timur..Perdana Menteri sekarang apa kurangnya cuma kita dalam negara tidak menghargai beliau sebagai pelupor dalam Perhubungan Antara Bangsanya..kian lama beliau menerajui dalam Kementerian Luar negara.Beliau merupakan pemangkin dalam menginteragasikan dasar luar negara.Cuma kita ini selalunya tidak menitik beratkan ketokohan pemimpin kita di arena antara bangsa.Beratus-ratus forum antara bangsa di anjurkan di Negara ini.Tetapi yang menyedihkan rakyat negara ini mahu kepopularitian hero Kampung sebagai calon mereka..minda kita masih di peringkat kampung lagi.Kita memileh pemimpin mengikut kepopularitian jaguh kampung.Sarjana-sarjana ahli sains politik juga seperti rakyat biasa cuma memeberi penekanan mengikut kepopularitian jaguh kampung bukannya memileh pemimpin yang mempunyai karisma Antarabngsa.Contoh yang nyata adalah calon pilihanraya KT.Bandingkanlah ketokohan dan Karisma Calon Barisan Nasional dan Pas dan juga Calon Bebas ini.Yang gembar- gemburkan adalah kepopularitian di kampungnya.Calon BN sombong kat orang kampung!.Ahli-ahli politik di Malaysia ini selalunya dari profesion Guru/ustaz,Doktor atau Peguam kenapa?.Kenapa kita tak memilih calon ahli sains,ahli ekonomi,ahli sains politik atau sosiology untuk menjadi calon pilihanraya?.Ini kerana mereka ini jarang tonjol dalam perkhidmatan masyarakat dan jarang dikenali oleh masyarakat tempatan.Pada kebelakangan ini karier sebagai ustaz amat popular untuk menjadi calon politik dikalangan orang Melayu.Adakah mereka ini betul-betul berkarisma sebagai ahli politik untuk negara atau antarabangsa?.Kita perlu anjak dari pradigma lama kalau ingin negara ini maju dan berjaya.

    Kebelakangan ini hujah politik menggunakan agama Islam dengan Bersumpah di atas Nama Allah sering digunakan.Adakah cara ini berkarisma sebagai ahli politik?.bukankah Allah melarang kita bersumpah?.Tohmahan atau fitnah ada dimana-mana sukar dibendung maka gunakanlah hujah-hujah yang betul untuk mematahkan tohmahan lawan.Bagi saudara Ezam Berani kerana benar takut kerana salah!.Ungkit – mengungkit perkara yang telah berlalu bukan cara berpolitik.Berpolitik perlu ada karisma semula jadi sekiranya kita tidak mempunyai karisma dan lemah dalam perjuangan ,tidak sanggup berkorban,tidak sanggup menerima fitnah pihak lawan tidak harus memasuki arena politik.Socrates berkata “To Be or Not To Be”!!!.Kita sebagai Rakyat biasa Tidak Mahu ahli politik tetapi mahu Negarawan yang ulung memimpin Bangsa Malaysia ini kearah menjadikan negara ini terunggul didunia!!!!.Kalau calon itu hanya popular di kampung jadikanlah dia sebagai penghulu atau Imam untuk masyarakat tempatan.Bagi Negara untuk maju perlukan ahli politik yang dinamik dan berkarisma!!!!.wassalam.

  6. Ezam insan kecewa,sepatutnya mb selangor tu untuk dia…..

  7. Battleship

    Tapi Ezam tak kecewa gila macam AI yang gelojoh nak jadi PM tak jadi 916….Tahniah Ezam, bongkar lagi…pedulikan cakap orang..Anda telah buktikan maruah anda dengan tidak mengikut AI,UMNO sememangnya bukan parti yang terbaik untuk sesiapa pun.Tapi ada PRINSIP.

  8. ooo..aaala

    ezam kuat pegangan agama tuui….wek..macam amana boleh sokong parti yang pernah mengatakan isteri sendiri menjalinkan hubungan sulit dengan boss..1998..surat umi afilda..masih kah kau ingat ezam oooi

  9. hampeh

    mamak…..aper yg menyebabkan kau kata ezam tu kuat agamanye sampai kau kata benda ni tak leh dinafikan…..aku tak nampak pun sumbangan dia pada agama islam atau ketingian ilmu agama nye. Yg si ezam tu tahu menyalak jer dn itu memang tak leh dinafikan.

  10. Salam Hampeh,
    Sudah lama kita tak bertemu dengan saudara.maksud Mamak … secara peribadi seorang kuat pegang pada agama..kawan-kawan yang rapat dengan dia memang mengaku tentang ini..selepas keluar dari berkursus dari kemunting!!!.Memang kita tak dapat menilaikan keImanannya kecuali Allah S.W.T.Orang beragama dan orang beriman adalah dua perkara berbedza.Maksud mamak disini dia seorang beragama…bukan yang beriman kerana iman sesaorang itu adalah hak Allah yang menentukan.Bukan mamak!.Harap kita jangan panjangkan cerita keaiban peribadi orang (azam tahun baru mamak he!he!).hampe jangan marah ye!.Wassalam.

  11. din

    UMNO nie kaki pembohong, tipu seluruh rakyat malaysia… meluat saya tengok pemimpin UMNO…. mendedahkan keburukan orang mengaibkan keburukan orang…. persetankan… khairi al- juboriiiii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s