Babi di Melaka sudah tiba di UM pula… – malaysiakini

Pelajar Universiti Malaya (UM) pagi ini gempar dengan penemuan kepala seekor khinzir terbelah dua di hadapan pintu dalam surau Akademi Pengajian Islam universiti tersebut.

Kepala khinzir berkenaan dijumpai diletakkan di atas bendera PAS yang ditulis ‘PMI, PRO M, PAS’.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi setelah disedari oleh penyokong kumpulan pro-Mahasiswa yang bertugas dalam kempen pilihan raya kampus Um yang akan diadakan 19 Januari depan.

Presiden pro-Mahasiswa UM, Norazali Zainuddin berkata kejadian itu merupakan provokasi terbaru pihak-pihak tertentu terutamanya sewaktu musim kehangatan pilihan raya kampus.

“Ini adalah satu lagi provokasi melampau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tapi kali mereka lebih agresif kerana ‘bermain’ dengan sentimen agama dan perkauman,” katanya kepada mStar Online.

Suaru Akademi Pengajian Bahasa menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dipercayai kerana akademi tersebut merupakan kubu kuat bagi kumpulan pro-Mahasiswa.

Malah calon kumpulan berkenaan bagi kerusi akademi tersebut juga telah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon yang diadakan Rabu lalu.

Menurut Norazali lagi, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Brickfield awal pagi tadi berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan, beliau enggan membuat sebarang spekulasi namun percaya ia adalah perbuatan pihak yang ‘tidak senang’ dengan kumpulan pro-Mahasiswa terutamanya dengan pembongkaran isu rasuah yang didakwa melibatkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti itu, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris.

“Saya tak mahu tuduh siapa-siapa, namun kita berharap pihak polis menyiasat perkara ini.

“Sepanjang saya terlibat dengan pilihan raya kampus, ini adalah kejadian terburuk yang pernah saya alami,” katanya. – mstar

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Babi di Melaka sudah tiba di UM pula… – malaysiakini

  1. Macam modus operandi penyokong UMNO aje bunyinya….

  2. tun perak

    Mengapa tak hairan?
    Ini memang kerja khianat negara dan agama.
    Jikalau Umno melaka berbiadap, datang ke Selangor, nak buat kenduri tepi KUIL INDIA, di Shah Alam dan nak sembelih lembu, tidakkah ini menunjuk perangai biadap kepada agama bangsa lain.
    Adakah ini phenomena Baru remaja melayu masa sekarang, hinggakan berani bermain dengan kepala babi. Tak hairannlah bila di tangkap, akan di tunjukkan in perbuatan remaja melayu yang kurang ajar kepada ajaran islam. Ini adalah satu bencana, berpolitik tak kisah agama, perpaduan & kaum, dan memang politik orang dalaman umno yang bertopeng islam tetapi berperangai syaitan. Inilah pengikut ajaran politik wang yang tak malu, yang tidak kisah mengenai ajaran ALLAH S.A.W , tetapi ajaran sesat kafir yang menyembah tuhan wang syaitan.
    Bertaubatlah remaja muda kita, pulang kembali kepada ajaran agama Islam yang tulin bukan yang bertopeng sesat.

  3. tun perak

    umno is bankrupt for ideas so this provocation, do you people have no respect for relegion.

  4. kuntakinte

    Salam, di Melaka tak tercatit sebarang unsur tulisan membabitkan PAS dan haprak yang lain pun UMNO di tuduh oleh mereka2 yang berperangai macam umpama syaitan dari neraka aje bercakap, ini kan pulak ada catitan mengaitkan si PAS haprak lagi le UMNO di tuduh umpama jeritan suara syaitan dari dalam neraka bunyinya…ish..ish… tak heran…tak heran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s