Pantang Dapat Peluang..Isu Palestin Pun Dipolitikan – malaysiakini

Umno Pulau Pinang membidas aktivis politik Hishammudin Rais kerana menyalahgunakan forum mengenai keganasan Israel di Palestin yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini Rabu lepas bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau bersama lima lagi rakannya dari Umno bertindak keluar dewan apabila Hishammudin menyamakan kerajaan BN dengan Israel pada forum anjuran negeri itu.

“Dia tuduh kerajaan BN runtuh kuil Hindu dan macam-macam lagi, menyamakan BN seperti Israel. Mana boleh dia kata macam tu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azhar berkata semua anggota panel forum itu antaranya Ketua Menteri Lim Guan Eng, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P.

Ramasamy dan beliau sendiri, hanya menyentuh soal kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin.

“Saya ada bercakap dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu pada malam itu dan beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Hishammudin itu,” katanya.

Azhar berkata dalam usaha membantu rakyat Palestin, semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik masing-masing.

“Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya.

— BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Pantang Dapat Peluang..Isu Palestin Pun Dipolitikan – malaysiakini

  1. kuntakinte

    Salam, terfikir teman, KETERBUKAAN yang dibawa oleh Pak Lah di guna secukup – cukup nya oleh haprak2 parti pembangkang dan orang2 yang lupa diri dan asal usul seperti botol kicap dengan botol cuka, satu kesilapan atau satu kealpaan oleh PM dalam memerintah negara berbanding zaman pemerintahan TDM mengunakan konsep demokrasi terpimpin, contoh Singapura pembangkang membuat tuduhan melulu akan di saman berbillion2 oleh kerajaan, pembangkang yang lantang mengutuk kerajaan akan ditangkap dan dimasuk kedalam penjara entah dimana penjaranya pun tak diketahui, itu kerajaan Singapura hinggakan maju dan membangun megah yang kahirnya nikmat dikecapi oleh keseluruhan rakyat Singapura. berbeza pula dengan Malaysia kerterbukaan, kebebasan akhirnya menjerut tengkuk sendiri bagai kan tak puas2, tak kenyang2 , tak cukup2 rakyat diberi nikmat oleh kerajaan akhirnya apa saja yang dilakukan oleh kerajaan tidak dihargai oleh segelintir golongan yang lupa diri ini.

    Langkah demokrasi terpimpin harus di kembalikan amalannya, kata2 tuduhan melulu, mancaci, mengutuk harus di ambil tindakan tegas, atas isu kestabilan negara dan keselamatan umum. jangan diberi muka, jangan di beri ruang, jangan berlembut dengan golongan2 ini, tindakan harus berani, kita kerajaan, kita berkuasa, kita lakukan demi kestabilan negara demi rakyat yang majoriti yang mahu kan keamanan, kestabilan ekonomi, keselamatan umum itu harus diutamakan, jangan diperjelaskan kepada mereka sekiranya penjelasan itu tidak mahu mereka dengar, jangan dibenarkan Agensi2 kerajaan yang mashyur sebelum ini seperti Kehakiman, Kepolisian, BPR diperkecil2kan dan dipertuduhkan seperti anjing oleh mereka2 yang berniat jahat, tangkap dan terus tangkap mereka ini nescaya rakay akan menyokong.

    Baik tak di terima lagi, lembut tidak dihormati lagi, bersabar tak di layani lagi, jadi apa yang harus kita takutkan…negara hampir hancur, alang2 seluk perkasam biar sampai kepangkal lengan. Hapus kan pembangkang pemfitnah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s