DAP letak ramai Melayu tanding pilihan raya umum – malaysiakini

DAP Perak berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu termasuk daripada kalangan mereka yang beragama Islam dan bergelar ustaz bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Katanya suasana politik negara kini sudah berubah dan ia memperlihatkan parti berkenaan mula mendapat tempat di kalangan pengundi pelbagai kaum terutamanya orang Melayu.

“Di sekitar tahun 1990, pengundi terutamanya orang Melayu begitu takutkan DAP sehinggakan poster dan bendera parti menjadi sasaran mereka.

“Tapi kini semuanya berubah, pengundi Melayu mula berlumba-lumba mendekati parti dan mendaftar menjadi ahli termasuk mendirikan cawangan baru yang majoriti ahlinya orang Melayu,” katanya selepas majlis penubuhan cawangan DAP Kampung Ayer Tawar di sini, semalam.

Pada majlis itu, pengerusi penaja cawangan DAP Kampung Ayer Tawar, Ahmad Ikram Abdul Karim, 45, menyerahkan 53 borang keahlian baru terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk wanita yang kesemuanya orang Melayu.

Ngeh berkata dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak tahun lepas, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangan DAP di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan yang DAP tidak bertanding.

“Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon di kalangan ustaz serta peguam,” katanya. BERNAMA

nota: rancangan strategik DAP utk jawat jawatan MB Perak pada PRU akan datang….nasib baik undang2 tubuh negeri ada…kalau takde…tepuk dada tanya selera

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “DAP letak ramai Melayu tanding pilihan raya umum – malaysiakini

  1. begorgeous

    ok lah tu

  2. Salam,
    ‘bagus’ rancangan mrk ni..
    tp org melayu tak nampak.
    nxt PRU kasilah mandat kat DAP..nk merasa jugak mcm mana negara di tadbir mcm kat Singapore.
    time tu melayu nk melukut tepi gantang kt negara sendiri pun…
    sndiri mau hengat lah.hehe

  3. eagle

    Keadaan dah berubah. Ini lah peluang marhaen dapat mentadbir negara. Kalau tidak tu lepas razak, Onn lepas tu Madey lepas tu Badawi in law dan seterusnya mereka sahaja lah yang berkuasa.
    Beri lah peluang kepada semua anak Malaysia yang berwibawa , buat perubahan supaya rakyat yang berkuasa, asyik asyik kroni sahaja yang lain tukang sokong sahaja, mereka kaya raya.
    Yang mustahak kesedaran politik yang ada pada rakyat dan itulah yang akan membuat perubahan.
    Buka lah mata dan hati untuk melangkah jauh kedepan. Kepad

  4. Merrybj

    Salam ….
    Saya begitu rimas , dengan keadaan ini , kerana kini ramai rakyat tidak faham apa itu parti PAS , DAP , UMNO atau lain lain , mereka hanya kenal dengan pemimpin mereka yang boleh dapatkan tanah 999 thn pajakan …. .
    Mereka tidak menilai berapa penat lelah , jereh , orang melayu dahulu ingin mengekalkan tanah air ini di perentah oleh MELAYU , mereka seolah olah tidak mengenang jasa baik nenek moyang mereka , atau mereka sememangnya tidka mempunyai nenek moyang nya di sini .

  5. kuntakinte

    Salam, bravo…bravo… tengah melayu buta hati ketika ni, memang sesuai strategi tu..bravo DAP.. SELAMAT MEMERINTAH!!!!

  6. Ya betoi mungkin generasi muda la ni banyak buta sejarah perjuangan nenek moyang depa. Asik dok ingat nak dapat ganjaran aje baru nak sokong parti yang boleh dapat lebeh habuan. Bila tak dapat habuan atau jawatan depa lari kat PAS, PKR, dan DAP jadi batu api . Lepas itu kutuk balek UMNO. Dah tak da lagi semangat nasionalisme sayang bangsa kita. Sia sia saja nenek moyang berkorban memerdekakan negara kita.

  7. jebat

    eagle…kalo kasi DAP memerintah pn de untung duit msk poket ang ke? psl isu rasuah ni jgn nak kata UMNO la..sapa yg pegang kuasa tetap akn mkn rasuah. alaa…kira mcm ‘sedekah’..
    UMNO berkuasa skrg pn ramai melayu dh kaya, kroni yg mkn projek pn ramai melayu. tp kalo DAP memerintah…ko tgk ramai la gagak2 hitam plak yg kaya. bleh la ang join depa raya hindu sakan nanti 😛

  8. ooo..aaala

    Petric Lim kroni paklah dah jadi melayu ke ?

  9. kuntakinte

    Salam, jaga2 lah Paih oi… teman conggak Nizar tak lama jadi MB, DAP dah mula fikir dah letak calon dari melayu agar senang tendang Nizar, lain lah kalau Nizar lompat sikatak lompat ke DAP he..he… PAih jugak yang ternganga… yang si PKR pulak jadilah kera sumbang.

  10. Salam..kah..kah kuntakinte…Mamak belanja daging masak itam nasi kandaq…Hang kalau pii..Ipoh nanti jengok-jengok kat Dewan Sekolah Cina atau tokong kat gG.rapat kalau ada melayu duduk semeja sambut Tahun baru Cina dialah wakilnya..ambil gambar dia..kita buat poster “Pengkhianat Bangsa Melayu” gantung kat semua blog-blog sahabat…untuk rujukan generasi akan datang.Sikit-sikit singpore…esok lusa mayat melayu Islam tak kuburkan bakak abu simpan kat mesjid.Baru ada akai.Jenis tak tahu untung diri jadi Melayu kat sini nak cakep pasai Melayu singapore konon..!!!ceh.. piiirah…Dimana bumi dipijak disitulah junjung langit.!!!!.bodoh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s