Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac – malaysiakini

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.

Kata beliau, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.

“Saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri dan meneruskan reformasi yang diperlukan seperti dalam bidang pilihan raya dan beberapa bidang lain,” kata beliau.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.

Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.

Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan sistem pilihan raya di negara ini berikutan kemenangan PAS hari ini, Abdul Hadi berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem tersebut termasuk sistem pengundian secara pos. – mstar

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac – malaysiakini

  1. zackdanial

    Saya pun sokong Pak La la la kekal PM . Najis takutlah nanti jadi PM kena C4 . Nasib baik bukan menteri Pertahanana lagi .

  2. kuntakinte

    Salam, c4 elok disuap dalam mulut mike dan AN War, Najib tersilap guna c4 pada altantuya lebih baik di c4 kan pada mamat 2 ekor tu. tentu negara aman.

  3. zackdanial

    si bodoh kuntakinte ,

    mengaku jugak najib guna c4 ye “Najib tersilap guna c4 pada altantuya”

  4. kuntakinte

    salam, si tengging zack si najib tu nak c4 kau dgn AN War kebetulan altantunya lalu depan korang, terkena lah dia, tengging…

  5. ikankecil

    salam….

    name da la mcm botol arak…..bengong plak 2…..
    bute ati…..bute kayu…bodoh sombong….

    ske ati ko la bodoh oii….

    asal x puas ati???
    meh la….

    wasalam….
    ikankecil berenang bebas…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s