Daily Archives: January 20, 2009

Nasib Baik Org Melayu Masih Ada Raja – malaysiakini

Pada minggu lalu Raja Muda Perak, Raja Datuk Dr. Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap telah mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Titah Raja Narin, penempatan semula di bawah Rancangan Briggs itu yang memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Raja-raja Melayu kerana orang Melayu sendiri masih banyak yang tidak bertanah.

Pendedahan Raja Nazrin itu telah mengundang pelbagai rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak organisasi dan individu Melayu masa kini kerana sejarah yang lebih hitam kini kembali berlaku gara-gara kerajaan negeri Perak di bawah ‘pimpinan’ Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik pajakan 999 tahun kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Para pemimpin organisasi bukan kerajaan untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu mahukan Mohamad Nizar bewrtanggungjawab terhadap pendedahan dan teguran Raja Nazrin itu.

Malah ada juga suara yang mahukan Nizar segera meletakkan jawatan dan insaf akan tindakannya yang amat menyayat perasaan orang Melayu Perak khususnya dan Melayu lain amnya.

Walaupun sering dikatakan bahawa sejarah ibarat pusingan roda yang membawa maksud sesuatu peristiwa itu akan berulang, para pemimpin Cina negara kita nampaknya mahu menidakkan perkara itu. Lantaran itulah, MCA dan Gerakan meminta semua pihak berhenti mengungkit soal sejarah kerana ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum.

Apabila Raja Muda Perak menyebut kembali pendirian Raja-raja Melayu menzahirkan teguran berkenaan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950, tentulah Baginda tidak bermaksud untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Persoalannya, jika mengungkit-ungkit sejarah boleh menjadi punca ketegangan kaum, tidakkah pula mengambil tanah Melayu lebih awal mengundang ketegangan?

Apabila mereka mengingatkan semua pihak agar tidak mengungkit kembali fakta sejarah, adakah mereka juga bermaksud untuk meminta Raja Nazrin atau mana-mana Raja Melayu agar ‘tutup mulut’?

Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai yang meminta tindakan mengungkit itu amat penting dihentikan pada saat-saat negara menghadapi krisis ekonomi dan semua pihak hendaklah berfikiran terbuka serta berganding bahu mengukuhkan hubungfan muhibah.

Setiausaha Agung MCA, Senator Wong Foon Meng pula memberitahu setiap anggota masyarakat di negara ini telah memainkan peranan masing=masing membangun dan memajukan negara.

Oleh itu, katanya, sumbangan mereka tidak harus dipertikaikan, sebaliknya harus diiktiraf.

Benar sangatlah kata kedua-dua tokoh politik berkenaan. Cuma, kita tertanya-tanya adakah mereka benar-benar mmemahmi erti pengiktirafan yang diperkatakan itu.

Jika usaha mereka membangun dan memajukan tanah Melayu harus diberi iktiraf, pernahkah pula agaknya mereka memikirkan apakah iktiraf yang harus diberikan kepada orang Melayu yang bukan sahaja menjadi penduduk asal negara ini yang dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu, juga mempertahan dan memertabatkan negara ini.

Dengan usaha dan titik peluh dan adakalanya titisan air mata serta darah inilah menjadikan Malaya dan kemudiannya Malaysia sebqgqi tarikan untuk orang asing khususnya dari China dan India mencari rezeki di sini.

Sudahlah rezeki iaitu bidang ekonomi mereka ‘pulun’, tanah orang Melayu juga hendak disapu bersih.

Secara pentadbirannya, mereka tidak kelihatan menyapu bersih tanah milik Melayu kerana kelulusan pajakan dari 99 tahun yang menjadi tradisi di seluruh negara dipanjangkan kepada kira-kira 12 generasi iaitu 999 tahun diputuskan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Benarlah seperti yang ditegaskan oleh Pemuda Pas negeri Perak bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Ir. Mohamad Nizar, tetapi oleh EXCO, jadi Menteri Besar harus dipertahankan dan tidak perlu meletak jawatan walaupun desakan datang secara bertalu-talu kerana gagal memertahankan hak orang Melayu, sebaliknya memberi keistimewaan kepada pemastautin di kampung-kampung baru.

Barangkali, Pemuda Pas Perak serta sesiapa sahaja yang mempertahankan Nizar Jamaluddin tidak faham apa yang didesak. Nizar selaku ketua kepada kerajaann negeri Perak didesak kerana harus bertanggungjawab terhadap keputusan Exco itu,

Orang ramai juga setuju bahawa langkah memberi pajakan 999 tahun itu bukanlah keputusan Nizar, tetapi apa yang amat mendukacitakan ialah kegagalan beliau ‘mengawal’ atau memimpin para ahli EXCOnya hingga mengakibatkan ada orang yang berputih mata sedang yang lain pula bertepuk tangan.

Gejala yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (kerana perlembagaan negeri menyatakan sedemikian), EXCOnya bercampur-campur dan mempunyai ‘kuasa untuk tawar-menawar’. Jika tawar-menawar tidak menjadi kenyataan, kaedah lain boleh digunakan.

Salah satu daripadanya untuk menarik diri dan keluar dari pakatan berkenaan. Taktik inilah yang agak digeruni dan mereka, iaitu para Menteri besar tiada mempunyai pilihan kecuali akur kepada desakan atau kata dua.

Nampaknya, kini orang bukan Melayu bukan sahaja telah ‘menguasai; orang Melayu, tetapi mereka sudah semakin berani dengan mengeluarkan kenyataan yang turut melibatkan raja-raja Melayu dengan memberi ingatan jangan mengungkit sejarah lama – agendadaily

Advertisements

27 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Rasuah Dalam UMNO , Naib Ketua Bahagian Bakal Kena Dakwa – malaysiakini

Tiga orang termasuk seorang Naib Ketua Umno akan didakwa di mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian baru-baru ini.

Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa pada hari yang sama.

Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian.

Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang.

Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200.

Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.

Ia merupakan kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu. – mstar

nota: apa nk jadi lah dengan mereka2 ni…memalukan UMNO!!!!

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda