Rasuah Dalam UMNO , Naib Ketua Bahagian Bakal Kena Dakwa – malaysiakini

Tiga orang termasuk seorang Naib Ketua Umno akan didakwa di mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian baru-baru ini.

Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa pada hari yang sama.

Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian.

Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang.

Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200.

Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.

Ia merupakan kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu. – mstar

nota: apa nk jadi lah dengan mereka2 ni…memalukan UMNO!!!!

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Rasuah Dalam UMNO , Naib Ketua Bahagian Bakal Kena Dakwa – malaysiakini

  1. zackdanial

    Kalau nak negara bersih , seluruh org2 UMno kena masuk penjara . Mana ada org UMNO yang tak pernah Makan duit Haram ?

  2. kuntakinte

    Salam, Tahniah SPRM jalan kan tangungjawab, tangkap mereka2 yang memberi rasuah dalam mana2 pemilihan tak kira parti mana pun, lebih2 lagi UMNO, mereka yang nak naik di atas menggunakan wang patut di hukum termasuk lah balachi2 calon, biar UMNO bersih, biar UMNO memperolihi pemimpin2 yang bersih, biar calon yang bersih benar2 di beri tempat agar UMNO pulih kembali di hati rakyat yang sayang kan UMNO dan kasih kan BN, peduli kan kata2 pembangkang yang tak perlu kita ambil peduli dengan kata2 mereka, terus kan…. doa agar pemilihan Mac ini memampirkan calon yang berkaliber dan bersih.

    SPRM juga harus menyiasat semua parti dalam setiap pemilihan mereka masing2, unsur rasuah terdapat di semua parti dalam BN mahu pun pembangkang, jangan di tumpu kan kepada satu2 parti semata dengan hasrat untuk membersih kan rasuah hingga kita lupa unsur rasuah semua parti amalkan.

    Kepada J/kuasa Disiplin jangan asyik bercakap di media saja rasuah sana rasuah sini, kerja kosong…rakyat mahu melihat UMNO selepas ini UMNO yang berani dan bersih dan tanggungjawab yang besar J/Kuasa Disiplin disamping orang lain… buat kerja kurang kan bercakap, kuatkuasa kan peraturan dan perhebatkan tangkapan.

    Tahniah!!! kerja keras lagi untuk menangkap pemimpin2 yang rasuah.

  3. chris chong

    Najis beri rasuah terang-terang dengan memain lucky draw semasa buy-election KT, SPRM mampu buat apa??? senyak seperti ubi bodoh.

  4. tangkap

    bagus.. cepat2 lah berubah UMNO tu.. jgn buat bende2 pelik semasa pilihanraya.. dan org2 yg masuk UMNO tu fikir2 lah skrang masa dah berubah..

    duit tiada maknanya kalau bangsa tersayang dihina, dipersenda dan dilupakan.

  5. Inilah akibatnya gilakan kuasa,orang melayu dah hilang percaya pada UMNO,orang melayu pecah kerana UMNO..Orang melayu UMNO yang tamak kuasa jual bangsa,jual maruah sebab nak kaya bila ada pangkat dalam UMNO….
    Itu yang kita tahu sebab kena tangkap,yang masih bebas banyak lagi…Sudah sudahla UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s