Gerak dakwa MB Selangor beli 46 lembu guna dana kerajaan – malaysiakini

Gerak Malaysia hari ini membuat aduan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dengan diiringi setiausaha badan itu, Siti Faridah Abdul Samad dan dua anggota jawatankuasanya membuat aduan di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Aduan itu dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10.45 pagi tadi.

Mohd. Nazree mendakwa beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menunjukkan Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Beliau mendakwa Menteri Besar telah membeli 46 ekor lembu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidiladha yang lalu bagi bahagian Parlimennya.

Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dijelaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

“Kami mempunyai invois dan resit rasmi bagi membuktikan pembelian lembu,” katanya.

“Kami tidak boleh menerima tindakan sedemikian yang dilakukan oleh seorang ketua kerajaan negeri dan kami menggesa SPRM menyiasat perkara ini,” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan memorandum kepada Pengarah SPRM, Moh Samsudin Yusof di pejabatnya di sini.

Menurut Mohd. Nazree, Gerak Malaysia telah menerima beberapa dokumen dan bukti minggu lalu daripada seorang individu, yang memperolehnya daripada syarikat milik kerajaan negeri itu.

Katanya, anak syarikat itu tidak seharusnya berbelanja sedemikian khususnya bagi bahagian yang tidak berada dalam Selangor.

Justeru, Mohd. Nazree menggesa Khalid meletakkan jawatan atau mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

Malah katanya, Gerak Malaysia juga mahu mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor berhubung isu itu.

Moh Samsudin yang menerima memorandum daripada Mohd. Nazree berkata, beliau akan meneliti perkara tersebut. – mstar

Advertisements

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 responses to “Gerak dakwa MB Selangor beli 46 lembu guna dana kerajaan – malaysiakini

  1. eagle

    Woi!!! duit rakyat bagi kat rakyat apa salah nya? Yang salah duit rakyat masuk poket sendiri, pergi lah cari dan siasat’
    Syarikat nak bersedekah kat mana negeri pun salah ke nak bantu mereka yang tak mampu beli daging. Woi tuuuuuuuuur punya orang.

  2. Salam,
    Ha!ha! nak korban untuk pahala ke atau nak dapatkan nama ?.Kalau nak pahala sumber duit itu adalah salah!.Kalau nak nama minta kat DAP je..babi pun mereka boleh sembelih bersama dengan lembu..boleh makan bersama-sama semeja..yang PKR Melayu dijamu lembu dan kawan-kawan dari Dap dijamu babi yang disembelih oleh Melayu PKR….semoga persahabatan diantara DAP dan PKR akan berkekalan selama-lamanya.Yang kesian parti Paih….mengganga..nak makan lembu tak boleh kerana kerana sumber beli lembu itu adalah salah..babi ..hmmm ..seliseh 44 malaikat…alahai kerajaan pakatan rakyat…bagi naik sikitlah gaji MB…Selanggor lebih sikit dari gaji kat guthrie dulu!!!.Sudah biasa pakai duit banyak ..sekalang nak beli lembu pun manyak susahlah..teresa…….

  3. zackdanial

    Wahai org2 UMNO yang bebal ,
    Apasalahnya ? Akhirnya daging2 lembu ni dapat kat rakyat . Rakyat Bandar Tun Razak bukan rakyat M’sia ke ? Ni lah masalah BN tak ada issue lain , lembu , babi yang dijadikan issue . Patutlah 50 tahun M’sia jauh ketinggalan dibandingkan S’pore . Kalau saya jadi PM , saya akan hantar ahli2 UMNO utk dibunuh oleh tentera isreal , Barulah M’sia boleh maju .

  4. kuntakinte

    Salam, kah..kah… mamat eagle oi… itu sebab pecah cerita, kalu tidak mamat MB le mengaku dia yg bagi lembu tu.. silap2 lembu nya kurus kering… nak sumbang pakai duit agensi kerajaan orang dalam hospital bahagia pun mampu buat..

    Itu pidah ke kawasan sendiri pulak tu, patut bagi kawasan lain.. kah..kah malu2, kawasan cina MB nak bagi species apa ye?

  5. ooo..aaala

    Konon guna duit rakyat beli lembu utk raya korban org umno melenting gila… guna duit rakyat buat tahun baru cina kat penang org umno pas kat MCA suruh depa bising apsal kerajaan negeri tak bagi duit nak wat tahun baru cina..bodoh punya org…

  6. guaneMUng

    UMNO bengap berapa banyak pakai kemudahan agensi kerajaaan dalam prk KT oleh UMNO..aku kerja kat jabatan kerajaan negerini..lihat berpuluh surat macam KHIR TOYOL tunjuk tu… arahan pejabat menteri besar GAnu utk kegunaan jentera BN..

  7. kuntakinte

    Salam, kah!! kah!! yeop zack oi… peruntukan negeri untuk dalam negeri selangor je, untuk rakyat selangor yeop oi… ni apasal koner baring kan peruntukan lembu hantar bandar Tun razak luar dari negeri Selangor semata2 nak sogok daging lembu itu je ke standard pengundi Tun Razak supaya terus sokong awak pakai modal agensi kerajaan pulak tu… he..he…

    kalau hantar orang UMNO pergi Israel orang Israel respect habih yeop sebab dia tahu muka baik2, tapi kalau puak2 mike harus dia sumbat bom dalam mulut sebab pakai serban dan jubah janggut sejemput. he..he.. jangan mare no…

    Mike memang layak jadi PM (perosak melayu)

  8. guaneMUng

    Bagi lembu buat raya korban pun kira sogok ke…bengap betul…duit kerajaan kelantan derma kat palestin satu juta….apsal tak kata duit kelantan untuk kelantan saja…bengap nye lah UMNO ni

  9. kuntakinte

    salam, ish..ish… tengging betul lah puak2 Paih ni… nak sedekah korban ada hukum hakamnya yeop…tok guru tak ajor ke… gedebe mu ni..

    Hah… guna duit kerajaan kelantan bagi kat Palestin itu pun satu menyalah guna kuasa, usah jadi Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan yeop oi, bersepah2 orang Miskin Tegar, anak kecik telanjang bogel di kampung2 macam kampung kandis Pasir Puteh tu dan banyak lagi…

    Ikut cara Kerajaan Persekutuan, terima sumbangan dari rakyat sumbang pada Palestin baru betul… itu lah guna otak kalau nak buat pahala pun, jangan jadi tolol.

  10. Salam,
    Duit Rakyat..kepala hotak hang..Kaau macam itu tak payah bayar Zakat lah tongongnya hampa..habis, duit kerajaan kita kena bagi kat rakyat untuk makan daging lembu..Apa rakyat kat KL itu kebuluq sangat ke daging lembu hampa?.Duit rakyat konon.. ni bayak Income tax tak pernah….kerajaan dapat duit dari mana?..Hang pii tanya kat Ustaz pas hang ..mana pergi duit yang buat collection setiap kali buat ceramah kutuk UMNO itu di surau dan Mesjid.entah-entah beli penceramah yang berapi itu membeli pampers untuk anak nya tak?.Jangan jadi bahlol untuk menegakan benang basah..kan kuntakinte beritahu…orang yang pakai duit itu untuk tujuan peribadi..korban hal peribadi kita dengan Allah tak ada kena mengena buat collection duit rakayat buat korban..kalau tak mampu tak ada paksaan.Ada kah orang pernah dipaksa berkorban..kenapa mentaliti hampa jadi begini..kita taksub ke Hampa yang cuba tegakan fakta yang tak betul itu nak jadikan betul itu yang terlalu taksub dengan pemimpin hampa!.Wassalam.

  11. guaneMUng

    Bengap mu, bila pulak kerajaan persekutuan minta derma kat rakyat bagi kat palestin..bengong tegar mu..pak lah baru umum kerajaan luluskan 1 juta segera untuk rakyat palestin..mu ni gok wak pe loh ingat org lain dok tahu tentang pengumuman pak lah tu…teruk betul mu ni dah tahap cipan dah…pemimpin umno wat wat buta je mu ni…nampak nya kerajaan persekutuan tengah susukan kera lah…kalau nak ikut fatwa mu tu….kalu anak kecil telanjang tu kira okey lah..mak bapak dia ada,tapi kalu anak kecil cedera parah kena bom..mak bapak mati kena bom..itu lebih memerlukan…bengong mu ni…kalu hati dah benak…apa buat pun nampak tak betul..syaitan dah duduk dalam darah…nak buat cam mana…

  12. Wirawaja

    Kita boleh nilai sendiri apa yang dibuat oleh MB Selangor. Lembu tu kenapa dibagi pada kawasan parlimennya, tidak pulak dibagi ke kawasan lain?.

    Yang ini dia kena jawab.

  13. ooo..aaala

    benak dan bebal betul binawe ni…kan aku tulis “konon” tu…..ungke

  14. apa-apa tah

    teruknya penyokong fanatik bergaduh. benda mcm tu pun nak diperbesarkan. kan lebih baik kita renungkan anak-anak org islam kita yg makin hanyut dalam gejala sosial. negara kita semakin tak selamat, dalam rumah sendiri pun takut nak duk sorang2. tolong cari penyelesaian. kalau asyik gaduh macam ni, apa yg kita dpt. ( org atas senang lenang, kita yg duk guna perkataan kesat, dpt dosa free)

  15. Bukhari

    Kau orang ni asyik gadohhh je! macam mana melayu nak jadi kuat. Asyik ikut perangai orang Arab tak mahu sepakat yang menang Israel juga. Golongan kita ni mulut je yang kuat tapi tenaga ta de …tolong lah sahabat se agama kita ketika mereka berada dalam kesusahan apalah salahnya hari ini hari mereka mungkin besok hari kita pula ha…masa tu tau lah langit tinggi rendah.. barulah cari tempayan budu masuk bersembunyi. Kita di sini busuk busuk dapat makan juga mereka di sana dah lah makan tak menentu, parah kena Bom lagi, Mak bapak adik beradik terkorban di depan mata lagi, hidup bagaikan dalam neraka. Tidak kah terdetik di hati kecil kita rasa belas kasihan dan simpati dengan keazaban mereka itu……?

  16. kuntakinte

    Salam, rasional pandangan saudara, yang sedih nya sedara meletup sana sini deritanya sana sini bangsa seagama kita, TETAPI umat kita Melayu tak ambil sebagai pedoman dan muhasabah diri, masih tak bersyukur tas nikmat yang diperolihi selama ini masih tak puas2 dan haloba untuk dapat lebih baik akhirnya terlingkop. botol cuka dan kicap tunggu je melayu bertelanggah supaya mereka mendapat kekuatan, akhirnya kita jadi pengemis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s