Daily Archives: January 24, 2009

Tindakan SPRM tepati hasrat UMNO – PM – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

“Nampaknya pihak suruhanjaya menjalankan peranannya sebagaimana yang diharapkan kerana tugas mereka ialah mencegah rasuah.

“Dan tindakan yang telah mereka ambil baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang dari parti Umno membuktikan bahawa mereka (SPRM) ada kebebasan, dan mereka bertindak dengan bebas,” kata Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini semalam.

Menjawab satu pertanyaan, Abdullah berkata SPRM menyiasat laporan berhubung amalan politik wang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh orang Umno sendiri.

Mengenai sama ada Lembaga Disiplin Umno juga akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berkenaan, Abdullah berkata ia bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

— BERNAMA

nota: Tahniah kepada UMNO ,penulis percaya parti2 politik lain tidak seberani UMNO di dalam menangai gejala politik wang. Tidak semua parti politik lari dari gejala politik wang…dan persoalannya sekarang beranikah ahli2 mereka ‘membersihkan’ parti mereka sendiri??

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda