Tindakan SPRM tepati hasrat UMNO – PM – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

“Nampaknya pihak suruhanjaya menjalankan peranannya sebagaimana yang diharapkan kerana tugas mereka ialah mencegah rasuah.

“Dan tindakan yang telah mereka ambil baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang dari parti Umno membuktikan bahawa mereka (SPRM) ada kebebasan, dan mereka bertindak dengan bebas,” kata Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini semalam.

Menjawab satu pertanyaan, Abdullah berkata SPRM menyiasat laporan berhubung amalan politik wang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh orang Umno sendiri.

Mengenai sama ada Lembaga Disiplin Umno juga akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berkenaan, Abdullah berkata ia bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

— BERNAMA

nota: Tahniah kepada UMNO ,penulis percaya parti2 politik lain tidak seberani UMNO di dalam menangai gejala politik wang. Tidak semua parti politik lari dari gejala politik wang…dan persoalannya sekarang beranikah ahli2 mereka ‘membersihkan’ parti mereka sendiri??

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Tindakan SPRM tepati hasrat UMNO – PM – malaysiakini

  1. tubir

    Salam
    Laman blog pemuda enggang ni dah macam sampah .Membicarakan topik yang tak memberi feadah untuk membangunkan didalam semua segi .Kalau dilihat dari dulu sehinga sekarang ianya tidak akan berubah macam umno juga ……sebab masalah dan saka diturunkan kejenerasi baru.Ianya tak akan berubah ,kalau nak berubah kena buang hinga keakar……buat betuj betul jangan cakap tak serupa bikin rayaat bosan……ok

  2. Salam Blogger dan perjuangan,

    Teruskanlah semangat perjuangan ini sehingga ke akhir hayat.

    Insyaallah, saya dan rakan2 seangkatan akan cuba menyambung perjuangan pusaka nenek moyang ini kelak.

    Hidup UMNO!!!

    Ikhlas,

    Sarfarizmal Bin Saad
    MPP 08/09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s