Dr. Juanda mufti baru Perlis – malaysiakini

Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya bakal menjadi Mufti Perlis yang baru berkuat-kuasa Februari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu yang mengesahkan perkara itu di sini hari ini berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu surat pelepasan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk meminjam Dr. Juanda selama dua tahun.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana sudi meminjamkan pengawainya untuk berkhidmat di Perlis,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik dekat sini hari ini.

Beliau berkata Dr. Juanda merupakan antara enam calon yang nama mereka dikemukakan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai bakal Mufti Perlis bagi mengisi kekosongan kerusi yang tinggalkan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 30 November tahun lalu.

“Dr Juanda merupakan seorang yang mempunyai pegangan akademik yang baik, selain dari kalangan pengamal fahaman Sunnah Waljamaah selari dengan perlembagaan kerajaan negeri Perlis,” katanya kepada pemberita.

Dr. Mohd. Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan kontraknya setelah berkhidmat selama dua tahun di Perlis, lebih awal dari tempoh yang dipinjamkan oleh USM iaitu sehingga pertengahan tahun ini.

Beliau kini berada di United Kingdom melakukan kajian selama enam bulan mengenai Islam dan hadis sebelum kembali berkhidmat dengan USM sebagai pensyarah pengajian Islam.

Sementara itu, Dr. Juanda yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan telah menerima tawaran kerajaan negeri Perlis sejak akhir Disember lalu.

“InsyaAllah saya akan mula bertugas pada Februari ini,” kata bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 38 tahun itu. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Dr. Juanda mufti baru Perlis – malaysiakini

  1. gagak hitam

    tahniah dr juanda..mmm…jauh nye menyeberang…takkan la dr johor sampai ke kedah takde yg layak utk jwtn mufti perlis..org perlis sendiri takde ke? Dr cicakman jugak di pilih..malu nya org perlis

  2. amamfuadi

    assalamualaikum wm wb

    maaf saya mengambil tindakan terburu-buru menulis disini. saya amat menghormati mufti cuma diharapkan mufti janganlah terlibat dengan politik apa lagi menyokong parti kerajaan yang ada sekarang. saya tidak membaca kesemua tulisan dato’. tetapi jelas datok sama hebatnya dengan Datok Asri bekas Mufti Perlis tu. Elok ulamak tak usah lah bercakap tentang politik kalau ulamak tak pun menjadi ahli mana-mana parti politik. Atau bercakaplah untuk berdakwah kepada jalan Allah dan mencegah kemungkjaran.
    Masa sekarang kedudukan UMNO BN sedang menghadapi masalah besar dan imej yang meragukan. Lain lah masa UMNO BN kuat itupun Mufti tak perlu memihak dalam politik. Ulamak yang menyokong UMNO BN waktu sekarang tak akan kemana. Masa UMNO BN hebat pun ulamak UMNO hanya membaca doa sahaja. Elok lah mufti berunding dengan ulamak-ulamak Malaysia supaya bersatu menegakkan Islam, mengatasi masalah orang Islam yang sedang dilanda berbagai bagai isu yang tak pernah selesai.
    Imej ulamak sekarang pun masih teruk, berpecah belah, tidak dapat memberi teguran dan nasehat kepada kerajaan. tidak bersatu menentang kemungkaran. Mufti dilihat sebagai alat kerajaan sahaja. Takut bercakap benar.
    Saya tidak menghalang atau bukannya tak yakin sekiranya Datuk benar benar berjuang kerana Allah tapi masanya tak kena dan selagi Datuk masih memegang jawatan mufti eloklah buat pilihan samada terus menjadi mufti atau berundur dan masuklah UMNO untuk menjadi PM dimasa akan datang.
    Orang ramai tak pun mengenali Datuk . Apakah datuk seorang yang hebat yang mampu memberi nasehat kepada MB Perlis atau PM. Kalau tidak suara Datuk tak akan kemana dan saya bimbang kedudukan datuk sebagai Mufti pun akan dipertikaikan masyarakat. Fatwa yang dikeluarkan pun tak diindahkan.
    Apakah masalah orang Islam diPerlis dah selesai Jika tidak eloklah mufti berbincang dengan para ulamak diPerlis dan Malaysia untuk menyelesai kan masalah umat Islam yang sedang kritikal sekarang ini. Tindakan Mufti menyebelahi kerajaan atau parti UMNO jelas akan memecah belahkan masyarakat dan orang UMNO BN akan terus sesat kerana ada ulamak seperti mufti yang menyokong segala kesesatan mereka. Orang Pas dan pembangkang pun bukanlah bodoh sangat. Rasulallah pun bukan lah menentang semua yang berlaku didalam masyarakat Arab. ada adat zaman jahiliah yang baik tidak pun dipertikaikan oleh baginda.
    Islam agama yang rasional. Yang baik tetap dianggap baik tetapi yang buruk, maksiat, mungkar, kufur, munafik, jahil, bidaah, sesat dan degil , taghut, zalim, fasik, kroni, taasub, rasyuah, khurafat dan takhaiyyul sahaja yang perlu ditentang Elok datok Mufti nasihatkan UMNO BN atau datok sendiri belajar tentang kelemahan politik UMNO BN terlebih dulu sebelum mencecer dalam surat khabar dan TV bercakap mengenai Islam dan politik diMalaysia ni. Kalaulah UMNO BN tu benar parti dan kerajaan Islam memang Allah akan laknati mereka yang menentang UMNO BN. Kalau tidak eloklah Datok dan Mufti sekalian memung-menungkan dan insaf dan kembali kepangkal jalan, bercakap benar dan memperjuangkan Islam yang sebenar benarnya. (Bukan Islam ala Malaysia.
    Semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan Mufti-mufti sebelum kita semua menghadapi Rabbul jalil dan mungkar nakir entah esok entah lusa.
    Wallahu aalam
    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s