Sayap parti dimansuhkan?? – malaysiakini

o disaran supaya memansuhkan semua sayap partinya bagi memastikan gejala rasuah politik dapat dihapuskan dengan lebih berkesan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata langkah penstrukturan semula parti itu penting kerana pengurangan sayap parti akan mengurangkan proses pemilihan bagi membendung gejala politik wang.

“Lagi banyak pemilihan, lagi banyak berlakunya masalah politik wang.

“Saya fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi main (guna) duit.

“Saya juga memikirkan barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbangkan kerana di England rasanya tidak ada pertubuhan wanita baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.

Beliau turut mengakui gejala politik wang turut berlaku dalam pemilihan peringkat Puteri dan Putera Umno namun hingga kini masih belum ada pihak yang tampil membuat aduan secara rasmi.

“Saya dengar-dengar Putera, Puteri pun dah pandai main (guna) duit,” katanya.

Jelas beliau ahli Puteri dan Putera Umno yang terdiri daripada golongan muda seharusnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan bukannya bergiat aktif dalam bidang politik.

Ditanya pandangan beliau mengenai objektif penubuhan kedua-dua sayap parti itu adalah bagi memberi pendedahan awal terhadap politik, beliau berpendapat pendedahan tersebut masih terlalu awal.

“Mereka sepatutnya pentingkan pelajaran dahulu, mereka masih belasan tahun dan awal 20an.

“Kalau nak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal kerana sekarang ini bukan masanya lagi mereka aktif berpolitik,” katanya.

Tambah beliau lagi kepimpinan hari ini memerlukan golongan muda yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

“Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain,” katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen turut mencadangkan agar sistem kuota yang diamalkan untuk tujuan pemilihan dalam parti dimansuhkan kerana ia dilihat menyumbang kepada gejala politik wang.

Mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan rakyat (PKR), beliau kecewa dengan tindakan itu.

“Saya sebenarnya kecil hati dengan tindakan seperti itu terutamanya bila ada masalah.

“Kita boleh selesaikan masalah yang timbul dari dalam parti,” katanya. – mstar

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Sayap parti dimansuhkan?? – malaysiakini

  1. saji

    mencadangkan sayap parti umno dimansuhkan merupakan satu lagi contoh yang menjelaskan orang-orang umno terlalu memfokuskan kepada aspek struktur dalam usahanya memulihkan partinya.

  2. PERJUANGAN WANITA UMNO YANG TELAH DILUPAKAN?
    Apa kah wajar bagi kita dalam membenteras sesuatu kegiatan tidak bermoral perlu cantas sayap UMNO yang selama ini berjuang bersama-sama dengan Parti akan membawa kebaikan?.

    Pisang emas bawa dibelayar,
    Masak sebiji di atas peti,
    Hutang emas boleh dibayar,
    Hutang budi bawa Mati”?.

    Kewujudan Kelompok Wanita dari kalangan Bangsa Melayu dalam kalangan UMNO atau dalam parti Pas bukanlah baru.Penglibatan pergerakan wanita Melayu bermula dari pergerakan perjuangan anti-Malayan Union.Persatuan Kaum Ibu Selangor atau singkatan KI adalah salah sebuah pergerakan wanita Melayu yang bergabung dengan 36 pergerakan Melayu di Tanah Melayu yang telah membawa kepada terbentuknya UMNO.Umno yang pada awalnya banyak bergantung kepada pergerakan wanita ini yang jumlahnya yang lebih ramai dari kalangan ahli lelakinya untuk mengembileng tenaga dalam perjuangan menentang Malaysan Union pada masa itu.KI atau Pergerakan Kaum Ibu inilah diberi nama baru”Wanita UMNO” pada tahun 1971.Kini pemimpin-pemimpin UMNO mula lupakan perjuangan Khatijah Sidek yang ketuai KI yang lantang meminta lebih kuasa untuk wanita dalam UMNO yang menyebabkan kepecatannya dari UMNO pada 1954.Aishah Ghani Beliau menjadi ahli KI dan menjadi Presiden Kelima dengan menjadi Wanita Pertama memegang Jawatan sebagai Menteri Kabinet dalam kerajaan yang di terajui UMNO.Sesiapa juga boleh nafikan Penglibatan Aishah Ghani dalam bidang politik bermula sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada tahun 1945, dan beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM.Aishah Ghani keluar daripada AWAS pada tahun 1946 (AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948) dan menyertai perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada Mac tahun yang sama. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan dilantik sebagai Setiausaha.
    Sakinah Junid pula menjadi ketua Wanita pertama dalam Parti Pas.Peristiwa sejarah yang sukar dilupakan semasa merayakan Ulang tahun pertama AWAS;Wanita-wanita ini yang berjiwa sri kandi ini pernah berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk menunjukkan wanita Melayu bukannya wanita yang duduk di dapur dan hanya pandai memasak dan mereka adalah pejuang bangsa kepada penjajah British dalam memprotes Malayan Union dan menuntut kemerdekaan.
    Pengorbanan Pergerakan wanita UMNO ini tidak setanding semasa setiap kali pilihanraya di adakan di negara ini.Merekalah kumpulan yang bertungkus lumus berkerja untuk parti menentukan wakil UMNO atau BN menang dalam pilihanraya.Pergerakan Wanita Umno bukanlah seperti “Pemuda UMNO”yang lebih bersikap aggeresif dalam parti dan diklasifikasikan sebagai “agitator”. Apakah bahagian wanita UMNO yang telah lama berkorban untuk demi kemerdekaan negara ini dan kemajuan wanita Melayu ini perlu dipinggirkan semata-mata untuk membendung politik wang dalam UMNO kini yang diwujudkan oleh majoritinya kaum lelaki?.Fikirkanlah..apakah ada kebenaran kata-kata Tun Dr.Mahatir Mohammad “Melayu Mudah Lupa”!!!.Wassalam.

  3. tubir

    Salam
    Apa salahnya sayap parti sampainak dibubarkan? kalau pasal politik wang orang tua dalam umno pun main wang…………bukan budak budak yang mulakan .kata pepatah melentur buluh biar dari rebung.Orang orang tua didalam umno tu yang ada masalah……dan sekarang berjangkit ke orang muda.Sepatutnya orang tua yang dibubarkan………Orang tua tak boleh main duit banyak banyak…….nanti lupa kat mana letak…maklumlah dah tua …..fikiran pun dah tak berapa kuat…….kederat apa lagi…….tapi hati masih muda ….dan ada niat nak mengatal lagi dengan puteri dan putra …….Pedas kan siapa makan cili terasalah pedasnya ………Pedas tak pedas kena kunyah dan telan walaupun terpercik air mata .
    Orang orang tua ni degil sikit ,dia perasan dia bagus sangat………konunya (sepatah kata tun )dah banyak makan garam……………..kenapa orang lama susah sangat nak beri laluan kat orang yang lebih muda memimpin ………Jawabnya senang saja nak kumpul duit banyak banyak sebelum mati.Kalau kita tengok ada setengahnya sampai bawak badan pun dah tak larat tapi masih berhasrat nak memegang jawatan .Ada setengah nya pulak tu naik diatas jasa ayah dan bonda kepada tanah air,walaupun pada dasarnya beliau tu tak layak ,merapu …….tak tentu arah ….cacamerba,dan megelabah tupai.kejap angkat keris ……kejap angkat penumbuk…….kejap singsing legan ….kejap singsing kain op….jangan tinggi sangat nanti …….masuk U tube .
    wahai pemimpin melayu ku cukup lah tu ….kita dah banyak membuang masa …….tak cukuplagi kah kekayaan yang kau kumpulkan …..Adakah kau benar benar mejalankan tugas …….kalau benar kenapa ada anak buah kau orang yang makan siput babi …….daa yang makan sekali sehari ……ada yang berbumbungkan plastik……….ada yang mengharungi sungai nak kesekolah……….ada yang meniti jalan balak yang berlumpur,Kemana kamu selama ini…………..Buta kah kamu selama ini …..pekak kah kamu selama ini.Kamu hanya datang sekali dalam 4 tahun ,menabur janji membuat jamuan ,menghulur tangan bersalaman ,walhal mata pun malas nak pandang ….hati lagilah jauh.com.my.
    parti umno adalah parti orang melayu ,satu parti yang ungul satu masa tak lama dahhulu……..gah dengan pemimpin yang ulung ,bapa kemerdekaan,gah dengan bapa pembangunan,gah dengan bapa perpaduan…..Gah dengan jiwa besar kita boleh ,satu kata pencetus semangat ,satu kata keramat ,seperti kata I LOVE YOU.satu ketika dulu begitu bersemangat malaysia boleh,sampai mat salih pun sebut,sampai jepun pun sebut,sampai prancis pun sebut dan sampai kan burung tiung pun pandai sebut BOLEHHH.Kalau burung tu cinaa yang bela dia akan kata MOLEHHH ma!!
    Sekian hari sekian susut ketabahan….sekian hari semakin susut kekebalan,sekian hari semakin menebal kebencian golongan muda ,semakin lama semakin liar tingkah laku pengawal selebar daun.semakin hari semakin ramai berdemostrasi .Apa agaknya yang merika mahu?Apa agaknya yang merika Hendak<apa agaknya yang merika inginkan .Mengapa merika mengasingkan diri dari dkelompok yang begitu kuat dihati merika ………dari moyang ,dari atuk,dari ayah,siapa yang tak kenal umno.
    gerangan siapa kah yang menghasut,gerangan siapakah yang memukau dari bangku menara gading lagi dah dihasut,dari bangkit tidur lagi suara parau dan merapu dah berkumandang….menghentam jiwa yang kosong.mengelitik hati yang benak ,saban masa,saban minggu,saban bulan ,saban sebeban dengan pembrontakan yang akan terlerai…….Puas kah merika ?berjaya kah merika ?Bersorak angkuh kah merika ,OH BANGSA KU.pARTI PUSAK NENEK MOYANG KU ……….PARTI MELAYU KU………BANGSAT KAU,KEPARAT KAU,
    YANG MEROSAKAN UMNO ……PARTI MELAYU
    WALAU APAPUN UMNO KENA BERUBAH
    PERCAYALAH UMNO TIDAK AKAN DITALKINKAN SELAGI MELAYU ITU MELAYU.
    UMNO TIDAK AKAN DIKAFANKAN SELAGI MELAYU ITU KENTAL JIWANY
    INI BUMI KITA KITA MESTI BERKUASA MENCORAKNYA .BANGUNLAH! BANGUNLAH! jANGAN KAU LINA LAGI WAHAI ORANG MUDA .lETAKKAN HATI MU DILUAR JASAT BIAR BISA DILIHAT BANGSA KU BERJIWA BESAR.

  4. Salam tubir,
    Mamak terpegun membaca luahan hati saudara yang begitu semangat dan cintakan UMNO!.Biar gengam bara api sampai jadi belian!!!.Semoga kita bangkit..semoga akar umbi akan bangkit..semoga semangat anak-anak muda bangkit..kita taakan mudah lemas..mudah lari dari medan perang..kita akan berjuang ketitisan darah yang terakhir..bersama UMNO!.Buruk kita jadikan sempadan baik kita jadi tauladan..biaq pii mampui dengan golongan yang bergabung dengan Pakatan pemusnah Rakyat..sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna wahai kaum tak sedar diri!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s