Monthly Archives: January 2009

DAP letak ramai Melayu tanding pilihan raya umum – malaysiakini

DAP Perak berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu termasuk daripada kalangan mereka yang beragama Islam dan bergelar ustaz bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Katanya suasana politik negara kini sudah berubah dan ia memperlihatkan parti berkenaan mula mendapat tempat di kalangan pengundi pelbagai kaum terutamanya orang Melayu.

“Di sekitar tahun 1990, pengundi terutamanya orang Melayu begitu takutkan DAP sehinggakan poster dan bendera parti menjadi sasaran mereka.

“Tapi kini semuanya berubah, pengundi Melayu mula berlumba-lumba mendekati parti dan mendaftar menjadi ahli termasuk mendirikan cawangan baru yang majoriti ahlinya orang Melayu,” katanya selepas majlis penubuhan cawangan DAP Kampung Ayer Tawar di sini, semalam.

Pada majlis itu, pengerusi penaja cawangan DAP Kampung Ayer Tawar, Ahmad Ikram Abdul Karim, 45, menyerahkan 53 borang keahlian baru terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk wanita yang kesemuanya orang Melayu.

Ngeh berkata dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak tahun lepas, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangan DAP di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan yang DAP tidak bertanding.

“Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon di kalangan ustaz serta peguam,” katanya. BERNAMA

nota: rancangan strategik DAP utk jawat jawatan MB Perak pada PRU akan datang….nasib baik undang2 tubuh negeri ada…kalau takde…tepuk dada tanya selera

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac – malaysiakini

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.

Kata beliau, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.

“Saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri dan meneruskan reformasi yang diperlukan seperti dalam bidang pilihan raya dan beberapa bidang lain,” kata beliau.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.

Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.

Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan sistem pilihan raya di negara ini berikutan kemenangan PAS hari ini, Abdul Hadi berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem tersebut termasuk sistem pengundian secara pos. – mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah PAS -malaysiakini

Tahniah atas kemenangan calon anda pada PRK KT. Moga pihak BN dpt membuat post motem atas kekalahan ni. Ia memberi impak yg besar kerana kerusi bertukar tangan. Bukan faktor calon,tetapi pada hemat penulis faktor menyerang peribadi masa berkempen adalah punca kekalahan. Apa2pun tahniah!

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pantang Dapat Peluang..Isu Palestin Pun Dipolitikan – malaysiakini

Umno Pulau Pinang membidas aktivis politik Hishammudin Rais kerana menyalahgunakan forum mengenai keganasan Israel di Palestin yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini Rabu lepas bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau bersama lima lagi rakannya dari Umno bertindak keluar dewan apabila Hishammudin menyamakan kerajaan BN dengan Israel pada forum anjuran negeri itu.

“Dia tuduh kerajaan BN runtuh kuil Hindu dan macam-macam lagi, menyamakan BN seperti Israel. Mana boleh dia kata macam tu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azhar berkata semua anggota panel forum itu antaranya Ketua Menteri Lim Guan Eng, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P.

Ramasamy dan beliau sendiri, hanya menyentuh soal kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin.

“Saya ada bercakap dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu pada malam itu dan beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Hishammudin itu,” katanya.

Azhar berkata dalam usaha membantu rakyat Palestin, semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik masing-masing.

“Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya.

— BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Babi di Melaka sudah tiba di UM pula… – malaysiakini

Pelajar Universiti Malaya (UM) pagi ini gempar dengan penemuan kepala seekor khinzir terbelah dua di hadapan pintu dalam surau Akademi Pengajian Islam universiti tersebut.

Kepala khinzir berkenaan dijumpai diletakkan di atas bendera PAS yang ditulis ‘PMI, PRO M, PAS’.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi setelah disedari oleh penyokong kumpulan pro-Mahasiswa yang bertugas dalam kempen pilihan raya kampus Um yang akan diadakan 19 Januari depan.

Presiden pro-Mahasiswa UM, Norazali Zainuddin berkata kejadian itu merupakan provokasi terbaru pihak-pihak tertentu terutamanya sewaktu musim kehangatan pilihan raya kampus.

“Ini adalah satu lagi provokasi melampau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tapi kali mereka lebih agresif kerana ‘bermain’ dengan sentimen agama dan perkauman,” katanya kepada mStar Online.

Suaru Akademi Pengajian Bahasa menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dipercayai kerana akademi tersebut merupakan kubu kuat bagi kumpulan pro-Mahasiswa.

Malah calon kumpulan berkenaan bagi kerusi akademi tersebut juga telah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon yang diadakan Rabu lalu.

Menurut Norazali lagi, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Brickfield awal pagi tadi berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan, beliau enggan membuat sebarang spekulasi namun percaya ia adalah perbuatan pihak yang ‘tidak senang’ dengan kumpulan pro-Mahasiswa terutamanya dengan pembongkaran isu rasuah yang didakwa melibatkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti itu, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris.

“Saya tak mahu tuduh siapa-siapa, namun kita berharap pihak polis menyiasat perkara ini.

“Sepanjang saya terlibat dengan pilihan raya kampus, ini adalah kejadian terburuk yang pernah saya alami,” katanya. – mstar

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kempen KT – malaysiakini

Peringatan kepada parti yang nak menang…..jangan lah kempen serang peribadi orang…sebaliknya kempen lah ideologi parti masing2…

politik hari ini dah sinonim dengan serangan peribadi….aduhhh…sampai bila nk kempen macam ni??

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS ‘Kudakan” Anwar atau Anwar ‘Kudakan” PAS…atau DAP ‘kudakan’ dua2 pihak?? – malaysiakini

Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.

Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata “ kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.

Ezam berkata, beliau terkejut kenyataan itu yang keluar daripada Naib Presiden PAS.

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Cabaran itu ekoran kenyataan terbaru pemimpin kanan PAS itu semasa kempen pilihanraya kecil ini mendakwa Ezam masuk UMNO kerana hendak cari makan.

“Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya,” tegasnya.

Menurut Ezam, sebelum ini beliau tidak mahu sentuh perkara itu tetapi beliau cukup terguris dengan tuduhan dibuat oleh Husam yang menjejaskan kredibilitinya.

“ Dia tahu sebab saya keluar Keadilan tetapi mungkin kerana terpengaruh janji Anwar nak bagi jawatan menteri atau apa, dia sanggup buat kenyataan saya masuk UMNO kerana nak cari makan.

“Kerana Husam sudah mencabar maruah saya, dengan lafaz sumpah saya tadi, saya cabar beliau, dua malam lagi supaya turun Kuala Terengganu dan buat sumpah nafikan kenyataan saya ini,” ujarnya.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ‘ pusing keliling’ seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.

“Kalau nak perang, kita perang. Kerana apa, kerana Anwar juga kata saya jadi alat pada UMNO. Saya bukan diperalatkan tetapi dulu Anwar peralat saya untuk bebaskannya,”.

“Tetapi untuk agama dan bangsa saya, saya rela diperalatkan malah seluruh nadi, denyut jantung dan darah saya rela,” tegasnya.

Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Menurut Ezam lagi, selepas membaca kandungan surat Anwar kepada Dr Mahathir, beliau mencabar PAS menyatakan prinsip dengan membuat keputusan segera meninggalkan Anwar kerana daripada surat itu, jelas Anwar pemimpin paling hipokrit pernah dilahirkan dalam negara.

“Dan kalau PAS tak berani buat keputusan prinsip itu, rakyat dan pengundi Kuala Terengganu harus buat keputusan pada Sabtu ini buat keputusan tolak pemimpin hipokrit itu serta parti yang bersekongkol dengannya termasuk PAS,” katanya.

Mengenai surat Anwar yang diserah padanya pada 8 September,1998 itu untuk disampaikan kepada Dr Mahathir sebenar adalah untuk mendedahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu bersikap hipokrit dan munafik yang berbahaya kepada negara.

Menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir.

“Ini surat dibuat selepas dia dipecat dan kritik hebat Dr Mahathir. Daripada surat ini, seluruh rakyat boleh menilai jenis pemimpin apa Anwar Ibrahim ini,” katanya.

Menurut Ezam bekas bosnya itu adalah jenis yang boleh bercakap dengan Lim Kit Siang lain dan kemudiannya cakap lain dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Katanya, surat itu sudah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri selepas terlewat sampai untuk menyerahkan surat berkenaan.

Ezam menegaskan, selepas 17 Januari ini beliau akan ke seluruh negara melakukan perhitungan dengan Anwar bersama kawan-kawannya dengan surat ini dan beberapa kotak-kotak tersebut yang belum selesai.

Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.

Beliau turut menjawab kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar kononnya Anwar akan membongkar surat Ezam kepada Perdana Menteri yang meminta jawatan politik sebelum masuk UMNO.

Ezam menafikan ada membuat surat memohon jawatan atau secara lisan berbuat demikian.

Ezam turut mencabar Anwar meletakkan jawatan daripada politik jika selepas tujuh hari beliau gagal meunjukkan surat berkenaan.

“Saya juga cabar dalam tempoh kempen pilihan raya Kuala Terengganu, Anwar tunjukkan surat itu. Kalau ada, saya akan berhenti politik. Tetapi selepas 7 hari jika dia tak buat juga, saya cabar dia lepaskan jawatan daripada politik,” katanya.

“Kalau dia ada maruah , dia mesti letak jawatan. Kalau dia tak buat, jatuhlah maruah dia kerana berbohong,” tegas Ezam yang percaya Anwar tidak pernah menjawab isu yang dibangkitkan termasuk ketika berkempen di Permatang Pauh. – agendadaily

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kandungan Surat Anwar Kpd Tun – malaysiakini

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.

8 September 1998

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Oh Ezam Oh Anwar – malaysiakini

Bekas ‘orang kuat’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor mendedahkan surat bertarikh 8 September 1998, ditulis bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai percubaan berdamai di sini malam tadi.

Ezam menunjukkan surat itu ketika berceramah di kawasan Kuang Parit manakala pada masa yang sama Anwar pula muncul di Kuang Ikan – kedua-dua lokasi yang masing-masing terletak di bahagian Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam dan Batu Burok, dikuasai PAS.

Beliau membacakan kandungan surat dua halaman, tulisan tangan Anwar, pada penghujung ceramahnya yang berakhir pukul 12 tengah malam tadi.

Antara kandungan surat itu ialah:

“Perkembangan beberapa hari kebelakangan ini sungguh mencemarkan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

“Saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat – khususnya Azizah yang sentiasa di samping mereka.

“Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menyatuhkan saya. Harapan saya ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Seperkara lainya ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka tidak terus ditahan. Memadailah penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

“Betapa getir dan cemar kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan. Meskipun perhubungan di antara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Dato Seri.”

Terdahulu Ezam dan Anwar tiba di lapangan terbang di sini dengan menaiki pesawat yang sama.

Anwar yang ditemui selepas ceramahnya pula berkata, beliau mempunyai isu yang lebih besar dalam usaha beliau berkempen dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini.

“Jadi apa masalahnya? Saya tak berdamai dengan siapa? Apa masalahnya, umpamanya kalau ada usaha damai dengan sesiapa pun, nyatakan apakah masalahnya?” soal beliau.

Anwar menambah, “masalah kita ialah tumpu pada pilihan raya (kecil Kuala Terengganu)… itu yang penting.”

“Saya lihat kita ada isu yang besar dalam pilihan raya ini, soal genda dalam Pakatan Rakyat dan perubahan yang kita harap hendak bawa, jurucakap dalam Parlimen lebih berkesan, dengan isu-isu pokok, membela soal rakyat, royalti itu soal pokok, tengok poster serang peribadi saya banyak, moral dan sebagainya,” kata Anwar.

Ezam berkata, beliau sendiri menghantar dengan tangan surat tersebut ke Pejabat Perdana Menteri pada 8 September 1998 iaitu hari Dr. Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Umno bagi menerangkan isu pemecatan Anwar dari parti dan kerajaan.

“Anwar minta saya menyerahkan sendiri kepada Dr. Mahathir pada hari berkenaan sebelum pertemuan dengan pemimpin-pemimpin.

“Bagaimanapun saya lewat lima minit tiba di Pejabat Perdana Menteri, dan tidak berpeluang menyerahkan sendiri kepada Dr. Mahathir… sebaliknya hanya diserahkan kepada pegawai beliau,” katanya.

Ezam mengulangi bahawa beliau memutuskan untuk menyerahkan kandungan surat itu bagi menunjukkan personaliti kepimpinan Anwar yang tiada pendirian konsisten.

Beliau pertama kali mendedahkan kewujudan usaha Anwar untuk cuba berdamai dengan Dr. Mahathir pada Isnin lalu.

Pada sidang media lewat malam tadi, Anwar turut ditanya tentang kempen Ezam di sini.

Sambil berkata “siapa?, siapa?” merujuk kepada Ezam, Anwar menambah: “Saya ada agenda yang lebih penting, saya tidak mahu memberi respons kepada kenyataan ini.”

nota: naik pesawat yang sama tu?takkan tak tegur bos lama..penulis pun penah satu pesawat ngan anwar…

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Karpal: DAP keluar Pakatan jika hudud dilaksana – malaysiakini

DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

“Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan surat untuk Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Dis lepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.BERNAMA

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda