Monthly Archives: February 2009

Ketuanan Melayu = Raja-Raja Melayu…Ketuanan Rakyat = Republik? – malaysiakini

Isu cabaran terhadap institusi Raja-Raja Melayu ekoran polemik politik yang melanda negeri Perak tidak terhenti setakat itu sahaja. Jika bapanya Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu menyaman Sultan Perak, anaknya Gobind Singh Deo yang merupakan Ahli Parlimen Puchong pula mencadangkan agar Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat.

Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuashati bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat memperolehi sokongan majoriti di dewan itu.

Cadangan itu yang dibuat melalui soalannya di Dewan Rakyat hari Rabu mendapat reaksi keras daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan cadangan Gobind itu mengesahkan bahawa pembangkang memang memperjuangkan ketuanan rakyat.

“Dia kata saya menghasut sebenarnya soalan dia yang menghasut kerana dalam perlembagaan kita yang tidak dipinda lagi ialah perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong maka cadangan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat itu sebenarnya hendak mengalihkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri kepada rakyat.

“Sebab itu saya kata mereka ini memperjuangkan ketunanan rakyat kenapa marah dengan saya. Kita kata ketuanan Melayu bukan kerana Melayu itu lebih besar daripada Cina dan India tetapi kerana ketuanan Raja-Raja Melayu yang telah memerintah di tanah ini lebih daripada lebih 100 tahun yang lalu yang telah membentuk yang bertamadun. Jadi yang dia sakit hati pasal apa kerana soalan dia yang meyakitkan hati sebenarnya,” kata Nazri.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat ekoran soalan Gobind yang membawa kepada beliau menyifatkan pembangkang memperjuangkan ketuanan rakyat.

Beberapa Ahli Dewan Rakyat telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyifatkan Nazri menghasut.

“Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri.

Malah menjawab tuduhan bahawa beliau menghasut, Nazri berkata “dia yang menghasut kerana dia hendak menghapuskan hak Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri . Dia yang mahu alihkan kuasa lantik Perdana Menteri yang ada pada daripada Agong kepada rakyat. Dia yang sebenarnyamenghasut, jadi tak salah saya kata dia perjuangkan ketuanan rakyat”.

Dengan itu jelasnya, Gobind tidak boleh mendakwa beliau membuat hasutan kerana sebenarnya Gobindlah yang menyakitkan hati rakyat. – sumber agendadaily

Advertisement

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lantik wakil pembangkang bukti terbuka – malaysiakini

Pelantikan dua Ahli Parlimen pembangkang sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan sebagai bukti keterbukaan serta kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi kegiatan rasuah di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, sekurang-kurangnya dengan pelantikan dua ahli Parlimen itu, Abdullah mengiktiraf peranan pembangkang untuk membantu kerajaan memerangi gejala rasuah yang sehingga kini masih berlaku.

”Saya yakin dan percaya dua ahli Parlimen tersebut iaitu Dr. Tan Seng Giaw (DAP) dan Salahuddin Ayub (Pas) mempunyai idea-idea serta cara yang berkesan untuk menghapuskan gejala rasuah.

”Yang penting penglibatan mereka di dalam jawatankuasa itu dapat mengatasi masalah ‘pendakwaan terpilih’ kerana mereka mempunyai platform untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pelantikan Seng Giaw dan Salahuddin sebagai anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah seperti mana yang diumumkan semalam.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Singh Is King?? – malaysiakini

Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik perkataan “celaka” yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

“Barang kali ini jadi satu rekod dalam dunia,” katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini,” katanya menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

“Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya,” katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

“Bukit Gelugor boleh terus ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai Yb,” kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

“Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King,” kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang.

Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh (Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak ada taring. BERNAMA

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai nama calon pemilihan Umno berdasarkan cabutan nombor – malaysiakini

JAWATAN: PENGERUSI TETAP

1.TAN SRI DATUK ONN ISMAIL (KAPAR)

2.DATUK PADUKA BADRUDDIN AMIRULDIN (JERAI)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1.DATUK MOHAMAD AZIZ (SRI GADING)

2.DATUK AHMAD BHARI ABD RAHMAN (SELAYANG)

JAWATAN: PRESIDEN

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK (CALON TUNGGAL) (PEKAN)

JAWATAN: TIMBALAN PRESIDEN

1.TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN (PAGOH)

2.DATUK SERI MOHD ALI MOHD RUSTAM (BUKIT KATIL)

3.SENATOR TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIB (KELANA JAYA)

JAWATAN: NAIB PRESIDEN

1.DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI (BAGAN DATOK)

2.DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL (SEMPORNA)

3.DATUK SERI UTAMA DR RAIS YATIM (JELEBU)

4.TAN SRI MOHD ISA ABDUL SAMAD (TELOK KEMANG)

5.DATUK SERI SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR (KOTA TINGGI)

6.DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN (PASIR GUDANG)

7.TAN SRI ABDUL RAHIM TAMBY CHIK (MASJID TANAH)

8.DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN (SEMBRONG)

JAWATAN: AHLI MAJLIS TERTINGGI

1.DATUK RAJA ROPIAAH RAJA ABDULLAH (PETALING JAYA UTARA)

2.DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH (TAMBUN)

3.DATUK DR ABD LATIFF AHMAD (MERSING)

4.DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN (BACHOK)

5.DATUK SERI IDRIS JUSOH (BESUT)

6.DATUK SAZMI MIAH (MACHANG)

7.DATUK SRI ADNAN YAAKOB (BENTONG)

8.DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM (BALING)

9.DATUK AZIMI DAIM (KULIMBANDAR BAHARU)

10.DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (PASIR SALAK)

11.DATUK SP LAJIM UKIN (BEUFORT)

12.DATUK SERI DR MD ISA SABU (KANGAR)

13.DATUK IDRIS HARON (TANGGA BATU)

14.DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN (PADANG BESAR)

15.SENATOR DATUK WIRA SYED ALI ABBAS ALHABSHEE (CHERAS)

16.SENATOR TAN SRI MOHAMED JIN SAMSUDIN (BUKIT GANTANG)

17.SENATOR DATUK ABDUL RAHMAN BAKAR (MARANG)

18.DATUK ISHAK ISMAIL (SEREMBAN)

19.DATUK AZHAR IBRAHIM (KEPALA BATAs)

20.DR MOHD PUAD ZARKASHI (BATU PAHAT)

21.DATUK SRI AZALINA OTHMAN SAID (PENGERANG)

22.DATUK ZULHASNAN RAFIQUE (SETIAWANGSA)

23.DATUK DR ABDULLAH MD ZIN (BESUT)

24.DATUK SHAHRIR ABDUL SAMAD (JOHOR BHARU)

25.DATUK WIRA MOHD JOHARI BAHARUM (KUBANG PASU)

26.DATUK AHMAD SHABERY CHEEK (KEMAMAN)

27.DATUK SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN RAJA OMAR (LARUT)

28.DATUK NOH OMAR (TANJUNG KARANG)

29.DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE (TENGGARA)

30.DATUK MUSTAPA MOHAMED (JELI)

31.DATUK BUNG MOKHTAR RADIN (KINABATANGAN)

32.DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN (LIBARAN)

33.DATUK SERI UTAMA MOHAMAD HASAN (REMBAU)

34.DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH (TEMERLOH)

35.DATUK HAMZAH ZAINUDDIN (LARUT)

36.DATUK IR MOHD ZIN MOHAMED (SEPANG)

37.SENATOR DATUK AZIAN OSMAN (IPOH TIMUR)

38.DATUK MOHAMAD NORZA ZAKARIA (WANGSA MAJU)

39.DATUK ASTAMAN ABDUL AZIZ (WANGSA MAJU)

40.DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR (TAMPIN)

41.DATUK NORAINI AHMAD (PARIT SULONG)

42.DATUK SERI DR JAMALUDDIN JARJIS (ROMPIN)

43.DATUK SERI DR HILMI YAHYA (BALIK PULAU)

44.SENATOR DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD (BALIK PULAU)

45.DATUK HASAN MALEK (KUALA PILAH)

46.DATUK SERI SITI ZAHARAH SULAIMAN (PAYA BESAR)

47.DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN (NIBONG TEBAL)

48.DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB (BERA)

49.DATUK ABDUL GHANI OTHMAN (LEDANG)

50.DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM (ARAU)

51.DATUK SERI MAHDZIR KHALID (PADANG TERAP)

Senarai nama-nama calon Exco Pergerakan Wanita

JAWATAN: PENGERUSI TETAP WANITA

1.TAN SRI NAPSIAH OMAR (CALON TUNGGAL) (KUALA PILAH)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP WANITA

1.ROSDIANAH MD NOR @ NUNONG (TAWAU)

2.ROHANI ABU HASSAN (TANAH MERAH)

3.DATUK SHARIFAH AMINAH SYED AHMAD (LEMBAH PANTAI)

4.SENATOR DATUK SARIPAH AMINAHBI SYED MOHD (JELUTONG)

JAWATAN: KETUA WANITA

1.TAN SRI RAFIDAH AZIZ (KUALA KANGSAR)

2.DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL (KEPONG)

JAWATAN: NAIB KETUA WANITA

1.DATUK KAMILIA IBRAHIM (CALON TUNGGAL) (KUALA KANGSAR)

JAWATAN: AHLI JAWATANKUASA WANITA

1.DATUK JAHARA HAMID (TASEK GELUGOR)

2.ROS SURYATI ALANG (BAYAN BARU)

3.DATUK DAYANG MAHANI TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAEE (SIPITANG)

4.PUAN SRI SA’ADAH ABD SAMAD (BANDAR TUN RAZAK)

5.MADIHAH AB AZIZ (KOTA BHARU)

6.SENATOR DATUK ARMANI MAHIRUDDIN (LIBARAN)

7.DR ROBIAH KOSAI (MUAR)

8.DATUK SITI JELIHA @ZALEHA HUSSIN (KUBANG KERIAN)

9.DATUK MAS NORMAH MAS JUNID (BUKIT BINTANG)

10.DATUK AINON KHARIYAH MOHD ABAS (PASIR SALAK)

11.DR ROZAIDAH TALIB (AMPANG)

12.SENATOR DATUK MAZNAH MAZLAN (ROMPIN)

13.ROSNI SOHAR (HULU SELANGOR)

14.SURAYA YAACOB (PENDANG)

15.DATUK MELATI ALI (PEKAN)

16.SENATOR DATIN PADUKA NORHAYATI ONN (KLANG)

17.DATUK AZIZAH MOHD DUN (BEUFORT)

18.DATUK NORHAYATI OMAR (KUALA PILAH)

19.CHE ARPAH ARIFFIN (PADANG TERAP)

20.NORLIZA ABDUL RAHIM (BUKIT GELUGOR)

21.NORLIZA AHMAD (KAPAR)

22.SENATOR WAN HAZANI WAN MOHD NOR (GUA MUSANG)

23.ZAINAB NASIR (TAMPIN)

24.DATUK MASTIKA JUNAIDAH HUSIN (ARAU)

25.DATUK JAMELAH A.BAKAR (BATU KAWAN)

26.HASNAH SALAM (ALOR GAJAH)

27.DATUK ROSNI ZAHARI (MARAN)

28.SENATOR SHARIFAH AZIZAH SYED ZAIN (KLUANG)

29.MARIANY MOHAMMAD YIT (BUKIT BINTANG)

30.HAMIDAH OSMAN (GOPENG)

31.MARLIA ABD LATIFF (PADANG SERAI)

32.SENATOR DATUK DR MASHITAH IBRAHIM (BALING)

33.DATUK KHAMSIYAH YEOP (LENGGONG)

34.HALIZA ABDULLAH (BATU PAHAT)

35.SALMAH PIN (BANDAR TUN RAZAK)

36.DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE (TENGGARA)

37.DATIN DR NIK AZIZAH NIK YAHYA (KOTA BHARU)

38.NORA’SHEKIN YUSOF (BATU)

39.JUMABI MOHAMAD (BAGAN)

40.DATUK SITI SALMAH MAT JUSAK (PADANG RENGAS)

41.NORIAH MAHAT (PAGOH)

42.LATIPAH OMAR (MASJID TANAH)

43.DATUK RUSNAH KASSIM (TANJONG MALIM)

44.DATIN PADUKA MESRAH SELAMAT (KUALA SELANGOR)

45.DATUK MAZNAH ABD HAMID (JERLUN)

46.DATIN PADUKA SERIPAH NOLI SYED HUSSIN (KELANA JAYA)

47.AZIHANI ALI (KANGAR)

48.MUNALIZA HAMZAH (PETALING JAYA SELATAN)

49.DATUK AMISAH YASSIN (RANAU)

50.FATIMAH HAMAT (HULU TERENGGANU)

Senarai nama-nama calon Exco Pergerakan Pemuda

JAWATAN: PENGERUSI TETAP PEMUDA

1.RAMI SIMBOK (PUCHONG)

2.DATUK ABDUL FATTAH ABDULLAH (CAMERON HIGHLANDS)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP PEMUDA

1.MUHAMMAD YADZAN MOHAMMAD (TANJONG MALIM)

2.MOHAMAD RADHI ABDULLAH (KELANA JAYA)

3.SYED AZMI AHMAD SYED NAZIR AHMAD (TANJONG)

4.JAIGANI JAAFAR (SEMBRONG)

5.OSMAN AHMED (SIPITANG)

6.KAMARUDIN HASSAN (SEGAMBUT)

JAWATAN: KETUA PEMUDA

1.DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR (KUBANG PASU)

2.DATUK SERI DR MOHAMAD KHIR TOYO (SUNGAI BESAR)

3.KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR (REMBAU)

JAWATAN: NAIB KETUA PEMUDA

1.DATUK RAZALI IBRAHIM (MUAR)

2.DATUK REEZAL MERICAN NAINA MERICAN (KEPALA BATAs)

JAWATAN: AHLI JAWATANKUASA PEMUDA

1.AHMAD IZANY MOHD NOR (SEREMBAN)

2.ZUBIR ZABIDI (ALOR STAR)

3.MOHD JOHARI ABU BAKAR (HULU TERENGGANU)

4.NADZIRUDDIN MOHAMED BANDI (TELOK INTAN)

5.NORMAN ZAHALAN (BAYAN BARU)

6.TENGKU AZMAN TENGKU ZAINOL ABIDIN (BUKIT BINTANG)

7.DATUK SERI SHAMSUDIN MD SAAD (JERLUN)

8.DR NOVANDRI HASAN BASRI (BUKIT GELUGOR)

9.SHAFIQURRAHMAN SHAMSUDDIN (KUALA KEDAH)

10.ALI MAZAT SALLEH (KULAI)

11.MEGAT ZULKARNAIN DATUK OMARDIN (GOMBAK)

12.TUN FAISAL ISMAIL AZIZ (PUTRAJAYA)

13.ANUAR SAFIAN (KUBANG KERIAN)

14.MOHD ZAIDI ILAMDIN (KELANA JAYA)

15.LOB MAHADIR ABDUL SHUKUR (SHAH ALAM)

16.MOHD FAIZ MOHD RAIH (SETIAWANGSA)

17.DATUK AHMAD DARUS (KEPALA BATAs)

18.AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH SANUSI (LANGKAWI)

19.MOHD HUSAIMI HUSSIN (BESUT)

20.LOKMAN NOOR ADAM (SHAH ALAM)

21.DATUK MOHD AZMI HAMZAH (KOTA RAJA)

22.ZAMRI ZAINOL ABIDIN (POKOK SENA)

23.MOHD AMIN HAMIDON @ HAMPON (PENGERANG)

24.MOHD ZAMRI MOHD IDRUS (PASIR GUDANG)

25.MOHD GASING SALING (KALABAKAN)

26.AZIZUL NIZAM BIDIN (MERBOK)

27.MOHD AFANDI YUSOFF (RANTAU PANJANG)

28.JAWAWI JAAFAR (TENOM)

29.MOHD NAJIB MOHD ISA (TELOK KEMANG)

30.MOHAMED SUFFIAN AWANG (KUANTAN)

31.AZIAN ARIFFIN (BALIK PULAU)

32.SAIFUL ISMAIL SAAYA (KUALA KANGSAR)

33.JASNI SHAFIE (PADANG TERAP)

34.NORIZAN ALI (KEPONG)

35.NIXON ABDUL HABI (SEMPORNA)

36.MOHAMAD SAZALI KAMELAN (LEMBAH PANTAI)

37.ROSLI HASAN (BUKIT KATIL)

38.AHMAD ZAKI ZAHID (PUTRAJAYA)

39.ASRI ABDUL RAHMAN (SELAYANG)

40.DR MOHASDJONE @MOHD JOHARI MOHAMAD (BESUT)

41.NOR HAZAIMI HAMZAH (BUKIT BENDERA)

42.MOHD HISAMUDIN YAHAYA (PUTRAJAYA)

43.ZAINURI ZAINAL (KLANG)

44.KAMAROL SALLEH (POKOK SENA)

45.MOHD RAZLAN MUHAMMAD RAFII (SEPUTEH)

46.NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN (TITIWANGSA)

47.DATUK WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK (JERANTUT)

48.MOHD ANIS HISHAM ABD AZIZ (KUALA SELANGOR)

49.BAHRUL RAZHA CHUPRAT (KOTA KINABALU)

50.MUHAMMAD KHAIRUN ASEH (PUTRAJAYA)

51.MOHAMAD NAZIM A.SAMAD (KOTA MELAKA)

52.DR FAIZAL TAJUDDIN (PASIR SALAK)

53.DATUK MOHAMED HAZALI ABU HASSAN (KUALA SELANGOR)

54.KHALID MOHAMED (JOHOR BAHARU)

55.SOHAIMI SHAHADAN (SELAYANG)

56.ZAKARIA DULLAH (SIMPANG RENGGAM)

57.UNGKU MD SALLEH UNGKU ABD JAMAL (SERDANG)

58.MOHAMAD IRUAN ZULKEFLI (LENGGONG)

59.HAMUNIR HAMZAH (KANGAR)

60.FAKHRUL ZAFRAN ABANG KAMARUL ZAMAN (GELANG PATAH)
61.AHMAD SUHAIRI

nota: selamat berjaya kepada semua yang bertanding….moga UMNO diterima kembali oleh para pengundi. Selamat juga kepada rakan sekelas penulis En Faiz Raih yang akan bertanding bagi jawatan EXCO Pemuda.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai anggota lembaga dan panel pencegahan rasuah – malaysiakini

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)

2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)

3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)

4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)

5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)

6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)

7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas Peguam Cara, Pejabat Peguam Negara)

8. Datuk Rashpal Singh

9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)

10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)

11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)

12. R Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka)

Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

1. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi Institut Akhbar Malaysia)

2. Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia)

3. Prof Datuk Dr Abdul Rahman Embong (IKMAS)

4. Dr Zainal Abidin Abdul Majid (Business Ethics Institute of Malaysia)

5. Datuk David Chua (Pengarah Urusan DC&A Group Sdn Bhd)

6. Datuk Seri Wong Chun Wai (Ketua Pengarang Star Publication)

7. Datuk Kamaruddin Zakaria

8. Tan Sri Nordin Kardi (Naib Canselor UUM)

9. Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik (Bekas Naib Canselor USM)

10. Anis Yusal Yusoff (Fellow Utama KITA,UKM)

11. Tan Sri Robert Phang Miow Sin (Exco, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

Panel Penilaian Operasi

1. Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (Pengerusi Takaful M”sia Berhad)

2. Datuk Cecil Abraham (Konsultan di Zul Rafique & Partners)

3. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Presiden Malaysian Institute of Accountants)

4. Walter Sandosam (Presiden The Institute of Internal Auditors Malaysia)

5. Datin Aminah Pit Abdul Raman (Amanah Raya Berhad)

6. Datuk Md Hamzah Md Kassim (CEO IA Group)

7. Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad (UiTM)

Jawatankuasa Aduan

1. Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)

2. Datuk Muhammad Mohd Noor (Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri)

3. Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah (Bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam)

4. Chooi Mun Sau (Peguam bela & Peguam cara)

5. Ravindran V.Muthu (Peguam bela & Peguam cara)

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

1. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Anggota Parlimen Kangar)

2. Datuk Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar)

3. Datuk Abdul Rahman Dahlan (Anggota Parlimen Kota Belud)

4. Dr Tan Seng Giaw (Anggota Parlimen Kepong)

5. Salahuddin Ayub (Anggota Parlimen Kubang Kerian)

6. Senator Zamri Yusuf (Kedah)

7. Senator Datuk Armani Mahirudin (Sabah)

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sah Shahrizat cabar Rafidah – malaysiakini

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno bulan depan.

Dengan keputusan itu, Datuk Kamilian Ibrahim pula memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding.

Utusan Malaysia memetik pejabat Setiausaha Agung melaporkan Shahrizat memilih untuk bertanding jawatan Ketua Wanita.

Katanya, borang penerimaan dan penolakan pencalonan yang dikembalikan oleh Shahrizat baru-baru ini menunjukkan beliau menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan kerusi Majlis Tertinggi.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi seseorang ahli Umno untuk menerima pencalonan atau sebaliknya.

Pemilihan tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri diadakan sehari lebih awal sebelum pemilihan pusat.

Shahrizat menerima 73 pencalonan manakala Rafidah pula 118 pencalonan.

Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno petang ini.

Shahrizat sudahpun membayangkan akan mencabar Rafidah akhir tahun lalu. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan – Malaysiakini

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa Umno cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin Umno juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mereka mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukti-ibukti yang menyokong dakwaannya.

Beliau memberitahu pemberita di luar dewan kemudian bahawa beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen Umno menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

Menyentuh mengenai perkembangan politik di Perak, Anwar (PKR-Permatang Pauh) mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, sebaliknya bersetuju jika kerajaan negeri yang disifatkannya tidak sah, disaman.

Kerajaan Perak kini dikuasai BN selepas tiga Adun bebas di negeri itu menyatakan sokongan kepada BN yang mempunyai 28 kerusi, menumbangkan pakatan DAP, PAS dan PKR yang juga mempunyai 28 kerusi. BERNAMA

nota:

1. Anwar Ibrahim sudah goyang…

2. Bapak borek anak rintik….kepala tidak bermoral…anak2 buah pun takda moral…

3. Bila ADUN Bota sertai PKR…atas perjuangan tapi sebaliknya kata rasuah, tak beretika

4. Senjata makan tuan. Takbur dan angkuh.

5. Ingat, Allah lebih berkuasa dan bukannya manusia.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Satu lagi PRK bakal diadakan – malaysiakini

Elizabeth Wong menyatakan pendirian tidak berganjak daripada keputusannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Kenyataan terbaru ini, yang ketiga dalam tempoh empat hari, dikeluarkan selepas semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa isu itu akan diselesaikan selepas Wong bercuti selama sebulan dan akan menghadap Sultan Selangor Rabu depan.

Semalam juga polis mengunjungi rumah Wong untuk siasatan susulan.

Dalam kenyataan hari ini, Wong, 37, memberitahu: “Saya telah memaklumkan pemimpin-pemimpin parti saya bahawa saya bertekad untuk melepaskan kesemua jawatan saya.”

Pada sidang media kelmarin, Wong mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk melepaskan kedua-dua jawatan itu ekoran pendedahan bahawa gambar atau video yang beliau dalam keadaan separuh bogel kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti atas keprihatinan dan galakkan mereka… saya meminta pemahaman mereka tentang nasib saya,” kata beliau dalam kenyataan satu yang diakhiri dengan nama “Elizabeth Wong”.

Dua kenyataan terdahulu diakhiri dengan nama dan jawatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulan – malaysiakini

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

“Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

“Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Sementara itu, Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.

Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu.

“Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan pelantikan berkenaan. Menteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

“Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker,” katanya.BERNAMA

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar salahkan BN – malaysiakini

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi terbaru Barisan Nasional (BN) terhadap pembangkang.

Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.

“Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini. – utusan

nota: bila kena batang hidung sendiri, salahkan orang lain….kenapa tak salah elizabeth wong yang tidur separa bogel dengan bekas teman lelaki beliau. Mengapa tidak dinasihatkan agar berkahwin sahaja dari bersekedudukan dengan bukan suami.
Ya soal hak asasi akan dipersoalkan. Tetapi sebagai pemimpin, akhlak mulia amat disanjung.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda