Kerajaan Perak cuba nafikan suara rakyaT!!!! malaysiakini

Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar malam tadi berkata, jawatan exco yang dipegang oleh keduadua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya, tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata, keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

“Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa keduadua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata, kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskna tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.

Terdahulu Karpal memberitahu Bernama baahwa adalah sia-sia untuk mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang dan Changkat Jering, di mahkamah.

Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan, berkata ia “akan hanya membazirkan usaha dan masa” untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan semalam kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.

Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

“Keputusan SPR itu boleh dicabar dan tiada siapa boleh menghalang perkara itu dibawa ke mahkamah, tetapi mereka akan berdepan tugas amat sukar berikutan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1982.

“Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Pandangan Karpal Singh itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian veteran parti itu Lim Kit Siang, yang dalam satu kenyataan berkata, SPR telah bertindak mengenepikan perlembagaan dan di luar bidang kuasanya apabila menolak keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhubung kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dan diadakan pilihan raya kecil.

Tugas berperlembagaan SPR, katanya, ialah mengambil tindakan terhadap notis rasmi Speaker DUN Perak mengenai kekosongan di dua kerusi itu dan menetapkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

“SPR tidak berhak untuk bertindak dan merampas bidang kuasa mahkamah untuk mempertikaikan keputusan speaker, kerana cabaran perundangan seumpama itu sepatutnya diambil oleh Jamaluddin dan Mohd Osman jika mereka mahu mencabar kesahihan peletakan jawatan mereka di kerusi DUN masingmasing,” kata Lim.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana Jamaluddin dan Mohd Osman telah menulis surat kepada speaker DUN Perak yang menyatakan peletakan jawatan mereka adalah tidak sah.

Kemelut politik di Perak meletus tiga hari lepas apabila dua ADUN itu dikatakan “hilang”, menimbulkan kebimbangan yang mereka telah berpaling tadah dengan menyertai Barisan Nasional (BN). – mstar

nota: Wah wah wah…kerajaan PR Perak cuba menjadi Hakim dalam kes ini. Dah lah guna surat tak bertarikh kini nk nafikan suara pengundi!!

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Kerajaan Perak cuba nafikan suara rakyaT!!!! malaysiakini

  1. MJ

    Pada pendapat saya yg kerdil ini. PR Perak telah mengambil tindakan berani dengan menjangka akan ada musuh dlm selimut dlm parti politik yg di wakili. Dgn meminta semua ahli politik dlm PR Perak menandatangani surat yg tidak bertarikh selepas pilihanraya umum yg lepas,semua ahli politik @ YB-YB patut faham akan tindakan & kesan selepas mereka berfikir hendak jadi jaguh `lompat katak’.. Tak gitu ke YB?

  2. kulindod

    Bahalul punya enggang, UMNO adalah sebuah Parti yang mengamalkan pemerintahan ala kuku besi. Paluilah engkau ni, Waktu UMNO rampas kuasa di Sabah, bukan sahaja UMNO tidak menghormati kehendak Majoriti rakyat Sabah bahkan sekarang ini kami kaum bumiputera bukan muslim telah menjadi anak tiri.

  3. danny

    tak laku blog ni..UMNO busuk

  4. kuntakinte

    Salam,. ish..ish… kena tang WR UMNO lompat ke PKR, tindakan bijak.., amalan demokrasi, kebebasan, pilihan tepat….

    kena tang batang hidung….. apa macam… berpeluh2 si alim dengan si kafir sama, ngape…SPR rasuah ke… SPR tak telus ke… SPR berat sebelah ke, he..he..

  5. tubir

    Apa yang nak dihairankanitu memang dah menjadi permainan PR dan PKR.Merika kan ada mastermaind dan pakar main silap mata dan pakar didalam lakunan layar gangsa.Kita tunggulah apa ilham dan musilihat yang dia nak buat.
    Dari mula lagi rayaat dah dihidangkan dengan perkara yang mencurigakan.Rayaat perak berketurunan melayu memberi kepercayaan kepada pas, dikawasan kawasan tertentu kerana calun yang dipilih oleh BN tidak sesuai.Bukan baru sekali ….contohnya sri manjung dan dun pasir panjang……..orang melayu protes dengan mengundi calun pas MUhamad nizar.sebenarnya calun pas tersebut bukan pilihan orang disini….tapi dah tak ada pilihan.
    sudah dapat dibaca trend pengundian yang lepas bukan pilihan rayaat sebenar,Tapi hanya undi protes orang melayu agar umno lebih berhati hati dalam membela orang melayu.Disamping jangan abaikan bangsa lain.
    Kita dah dapat melihat siapa kawan kita sebenar dan siapa yang hanya bermuka muka dihadapan kita .Bila orang melayu kurang kuasa politik macam macam ugutan dan tuntutan dikemukakan…….Menghentam instusi melayu,dan bermacam macam lagi yang merika katakan……..Tak apa masa akan menentukan …….Kita tidak berdendam ,tetapi akan lebih pintar dimasa akan datang ……..Kita tak mahu semua tapi kita tidak rela kehilangan kesemunya .Adat bermasyrakat ada ketuanya …….adat bernegara ada tungaknya.Adat berparti ada setianya .Adat berkawan mesti ada keiklasanya.Memijak kawan dimasa kawan susah itu bukan kawan namanya .

  6. tahniah kamu sekalian .. kembalinya perak ke BN sebenarnya hadiah kemenangan utk kamu semua, syabas pejuang UMNO di blog ni!

  7. nikqlate

    Tunggu lah pilihan raya yang seterusnyer….. kita tgk saper pilihan rakyat…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s