4 ADUN tak melompat…tapi — malaysiakini

1. tetapi mereka hanya menukar status dari menjadi ADUN sebuah parti politik kepada menjadi ADUN bebas.

2. mereka menyuarakan sokongan terhadap BN dan belum lagi menjadi ahli komponen BN

3. Anwar kata tidak adil macam ini…harus dibubarkan DUN bagi adakan pilihanraya semula. Dia cakap BN bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

4. Persoalannya…siapa yang mulakan angan 16 Sept….?? siapa yang mulakan kerja GILA dengan mengekori lawatan MP BN ke Taiwan pada tahun lepas??

5. Parti mana yang sebenarnya menjadi parti pertama yang menerima ADUN yang melompat selepas PRU tempohari?? rujuk kes ADUN Bota

6. Siapa yang memulakan rundingan dengan MP BN dari Sabah/Sarawak supaya melompat??

7. Siapa yang suka menggunakan ayat ‘we have the numbers’ selepas PRU??

8. Jadi tepuk dada tanya selera…..pepatah bahasa inggeris ‘ what goes around comes around ‘

9. Kini Pakatan Rakyat cuba buat kacau di Perak…..nak adakan perhimpunan rakyat.

10. Sabarlah….Seri Paduka Sultan belum buat keputusan.

11. Kan elok sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan BN utk rakyat Perak.

12. Biarkan Anwar, PKR, DAP dan sekutu mereka menangis sambil berangan-angan.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “4 ADUN tak melompat…tapi — malaysiakini

  1. apalah bodoh dan bahlul kau ini, BN sudah uzur dan cedera parah pun masih mahu sanjung juga.Kalau macam ini masalah rasuah Kroni Najis akan bertambah parah lagi dan hisap darah rakyat. Bubar parlimen dan tukar kerajaan.

  2. mawi

    betul tu ….aku sokong.

  3. abdul

    Sepatutnya umno sekular tu masuk pas, bukan sebaliknya.Mana mungkin si jahil jadi imam kepada si alim.Kami bukannya bahlul macam penyokong sekular ni.

  4. Muslim

    Tukar status tp sokong parti lain = lompat parti la kawan, jangan putar belit.

  5. Saudara silap tentang sejarah siapa yg sebenarnya menerima dahulu pelompat parti…Saudara rupa kah sejarah siapa yg memperkenalkan sistem lompat parti ini kalau tidak pengasas UMNO sendiri???…Jaafar Onn bkn???…dan siapa kah lg yg melompat parti kalau tk Tuanku Abdul Rahman ke Semangat 46???…Dan pd suatu ketika dahulu, UMNO juga ada menerima ADUN PAS yg melompat parti…Harap agar saudara lebih adil dlm memberikan fakta…Terima kasih

  6. bkn pas xnak bekerjasama dgn UMNO/BN tapi dasar UMNO/BN yang diperjuangkan tidak menepati kehendak Islam…
    Memang Dasar Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP bercanggah dengan Islam juga tapi dasar ini berlandaskan kesatuan bangsa tapi mengikut permaufakatan antara Pakatan Rakyat mana-mana parti bebas menyuarakan perjuangan masing-masing sebab tu penah berlaku pertikaian hukum Hudud dlm Pakatan Rakyat tetapi setelah dijelaskan oleh PAS kepada DAP tentang Hukum Hudud ini DAP dapat menerima dengan baik agenda perjuangan PAS berlandaskan Prinsip Islam sejati tetapi bukan berlandaskan Prinsip Islam Hadhari yang jelas menyesatkan.

    Anda boleh mempertikaikan saya tetapi saya bercakap berlandaskan Agama Islam tercinta.Syirik menerima apa-apa undang-undang ciptaan manusia kerana Allah menciptakan dunia ni dgn isinya dan Dia juga menciptakan undang-undang bagi manusia..Jelas dalam hal ini manusia perlu mengikut kehendak agama Islam walaupun perit…

  7. danny

    Ko tu senyaplah..sabar..sultan belum wat keputusan..boleh pg main jauh2 tak..kecoh ar..

  8. Parameswara

    Adun Bota tu bukan di beli oleh PR, lompat sendiri ke kolam PR. PR baik hati terima sebab beliau tiada kes. Tapi Adun2 PR ni di tawarkan dgn harga yg terlalu tinggi sehingga mereka tak bermaya nak lepaskan.

    Memang UMNO ni terkenal membeli Adun yg bermasalah supaya mudah dipujuk. Bayangkan kes mahkamah nanti kena kensel, bukan ka syok, boleh cari pompuan Cina lagi maa… Bagi Hee tu dia terpaksa ikut dua anjing yg suka Cina punya… Mungkin Hee pernah dapat layanan istimewa dari 2 anjing tu. Tu le dia mesti ikut punya…

    Hidup PR.

  9. Salam,

    BN takut lawan 1 to 1 dengan PR. Mereka takut akan dimalukan oleh PR. So mereka ambil perasuah dan anjing( Adun Bebas) untuk menyokong mereka. Tetapi mereka perlu ingat bahawa bila-bila masa sahaja 3 Adun Bebas itu insaf dan ingin kembali semula kepada PR maka selepas itu SULTAN ZALIM itu akan mendapat malu yang besar.

    UMNO menjanjikan bahawa 2 perasuah terbabit akan terlepas daripada hukuman macam Abdul Razak Baginda dapat lepas daripada kes bunuh !!!\

    UMNO / BN takkan kekal lama jika mereka bermain cara kotor macam ini. PR bukannya nak melawan SULTAN tetapi mereka cuma mahu RAKYAT yang pilih pimpinan mana yang mereka mahukan. Itu Sahaja !!! Kalau kalah sekalipun mereka kalah sebagai PEJUANG bukannya BACUL macam UMNO/ BN…

    LAWAN TETAP LAWAN.. !!!

  10. Mudah

    Lagipun…dulu bila 16 eh 24 September bila Anwar berusaha mendapatkan sokongan calon BN dengan melompat kepada PR (tetapi dipatahkan dengan liciknya oleh BN di mana mereka mengadakan lawatan sambil belajar yang sangat bijak iaitu di bulan Ramadhan dan menggunakan duit peserta sendiri demi untuk tugas rasmi iaitu belajar pertanian yang membawa hasil yang “membanggakan” sekarang), Pak Lah kerap menyatakan bahawa ahli Parlimen yang mahu melompat itu sebagai mengkhianati pengundi dan rakyat.

    Katakanlah, lompat parti tu salah. Maka, Pak Lah ketika itu betul. Tetapi mengapa mengamalkan perkara yang salah itu setelah memberi kenyataan bahawa perkara itu salah. Samalah macam kalau ada orang rogol adik kita, kita kata salah. Pastu kita rogol balik adik perempuan si perogol itu. Tak ke barbarian itu. Sepatutnya, si perogol itu direjam sampai mati.

    Katakanlah, lompat parti tu justifiable. Mengapa dulu kata salah?

    So, pendekata, jangan salahkan sesiapa. Dua-dua salah. Kalau dah tau dua2 salah, so senyap2 sahaja ye. Jangan nak menuding jari “Oh, dia yang mulakan dulu”

    Suka untuk saya menyampaikan hasrat di hati, harap2 kalau betul United Malay Nation Organization betul2 nak jaga orang Melayu, mengapa tidak mansuhkan PPSMI?? Tidakkah jelas itu satu pengkhianatan terhadap bangsa? Apa Jepun x maju ke bila x pakai bahasa inggeris sbg bahasa ilmu? Apa India maju ke bila pakai bahasa inggeris sbg bahasa ilmu?

    Renung2kanlah. Yang mana kaca yang mana permata.

  11. nak tau

    AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular dalam masyarakat Melayu. Hukum Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati seperti Allah dan rasul-Nya.

    Kekalutan ini lahir daripada input yang mengelirukan mengenai tugas rasul Allah yang sebenar. Para ulama tidak menjelaskan seperti yang dijelaskan Allah iaitu tugas rasul hanyalah untuk menyampaikan al-Quran kepada umat. Firman Allah 5:92 yang berbunyi “Ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas (al-Quran)” tidak disampaikan kepada orang Melayu.

    Mereka terus membisu dengannya walaupun Allah menyebut mesej itu sekali lagi dalam ayat al-Quran 24:54. Lantas, Islam ajaran ulama bukanlah Islam yang disampaikan oleh rasul.

    Rasul mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah – “Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) – dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian. Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun.

    Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan. Hukum Hudud adalah satu daripadanya.

    Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.

    Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,

    “Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

    Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,

    “Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa” (2:179).

    Tidak pula dengan Hukum Hudud Pas. Padanya bau zalim begitu ketara. Beberapa contoh akan dikemukakan di sini, dipetik daripada “Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil karya ulama Pas yang disucikan oleh ramai orang Melayu.

    Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:

    “Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

    (a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;

    (b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan

    (c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)

    Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,

    “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).

    Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,

    “Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

    Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak:

    “Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

    (a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;

    (b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;

    (c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki …..” (Bahagian I, perenggan 9).

    Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,

    “Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan – mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).

    Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).

    Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41).

    Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,

    “Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178).

    Contoh ketiga ialah hukuman bagi penzina:

    “(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

    (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.” (Bahagian I, perenggan 11)

    Hukuman ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi “Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.

    Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun.

    Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,

    “Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).

    Contoh keempat ialah hukuman bagi kesalahan liwat:

    “Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.” (Bahagian I, perenggan 17)

    Penggubal hukuman ini jelas tidak menyedari mengenai kewujudan hudud Allah bagi perempuan dan lelaki yang sedemikian rupa nafsu seksnya. Diturunkan di bawah ini dua ayat al-Quran yang berkaitan:

    1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).

    2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih” (4:16).

    Contoh kelima ialah kesalahan meminum arak:

    “(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22)

    Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu” (4:105).

    Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.

    Contoh keenam dan terakhir ialah hukuman bagi kesalahan murtad:

    “(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah.

    (4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:” (Bahagian I, perenggan 23)

    Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada ulama jahiliah bernama Uzair yang Allah gelar “anak Tuhan” (9:30) kerana memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud,

    “Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui” (5:54).

    Seperti itu juga akan terjadi kepada orang Melayu jikalau mereka tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran. “Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114).

    Yang hina lagi keji adalah dari kita yakni manusia…Dan yang terbaik dan termulia adalah datangnya dari ALLAH…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s