Inikah saranan terbaik dari rakyat malaysia? – malaysiakini

penulis petik dari laman blog DSAI

Sejarah pernah membuktikan bahawa apabila satu ketika pejuang di Malaya menentang perlantikan Gabenor Malayan Union dengan memulaukan terus Malayan Union punya adat istiadat. Masih ingat bahawa ketika itu Umno(yang ketika itu hero no-1 rakyat Malaya) berjuang keras tentang Malayan Union buat tunjuk perasaan.

Jangan lupa bahawa perjuangan Umno berjaya mematahkan Malayan Union adalah disebabkan tunjuk perasaan. Jadi saya pohon kepada Pakatan Rakyat supaya bertindak dengan tegas menentang pembentukan kerajaan baru Perak yang secara paksaan ini. Percayalah hanya dengan kebangkitan rakyat bakal membuatkan BN dan Sultan Perak akur kehendak rakyat.

Teruskan supaya menuntut agar Sultan Perak membenarkan pilihanraya negeri Perak diadakan supaya membolehkan rakyat berkuasa mutlak memilih.

Sultan adalah manusia biasa dan baginda bukannya Tuhan mutlak di mana semua cakap baginda hendak didengar. Baginda pun manusia jadi mesti ada buat silap. Sepatutnya Pakatan Rakyat pimpinan saudara Anwar Ibrahim wajib membetulkan baginda supaya memilih jalan yang betul dalam merestui kerajaan yang dipilih secara adil dan saksama.

Dulu Umno malahan Najib sendiri pernah kata bahawa lompat parti ni tidak bermoral, sekarang siapa yang lebih tidak bermoral?

Saya pohon bagi rakyat Perak agar Pakatan Rakyat tidak ikhtiraf langsung kerajaan negeri baru Perak ini. Gulingkan dan gunakan kuasa rakyat untuk jatuhkan BN Perak.

Oleh Ahmad Izham

Salam saudara Izham…

1. bole kami tau…adakah tindakan ADUN Bota yang ‘melompat’ sekejap ke dalam PKR itu tindakan yang bermoral???

2. Mengapa sekiranya ADUN atau MP BN melompat keluar dari BN..dikatakan adil dan atas dasar perjuangan tetapi sebaliknya sekiranya ADUN atau MP PR lompat keluar melompat keluar??

3. Adakah Pakatan Rakyat satu pakatan yang maksum dan tiada langsung cacat celanya??

4. Adakah kenyataan saudara “Saya pohon bagi rakyat Perak agar Pakatan Rakyat tidak ikhtiraf langsung kerajaan negeri baru Perak ini. Gulingkan dan gunakan kuasa rakyat untuk jatuhkan BN Perak.” mencerminkan agar menyeru rakyat Perak yang kita tahu taat kepada Raja supaya memberontak dan mengingkari titah baginda.

5. Kenyataan saudara “Sepatutnya Pakatan Rakyat pimpinan saudara Anwar Ibrahim wajib membetulkan baginda supaya memilih jalan yang betul dalam merestui kerajaan yang dipilih secara adil dan saksama.” – mengapa tidak minta DSAI supaya memilih cara yang betul di dalam angannya menuju ke Putrajaya dengna cara PRU dan bukannya melompat?

6. Atas dasar apa saudara katakan bahawa kerajaan BN Perak yang baru ini ditubuh atas dasar paksaan?

7. Adakah anda tidak fikir bahawa pembubaran DUN Perak hanya satu alasan yang konkrit yang perlu dilakukan oleh Sultan di dalam memperkenan kerajaan baru? Tidakkah tindakan ini bakal membazirkan wang rakyat terutama di zaman kemelesetan ekonomi mutakhir ini? Adakah saudara yakin bahawa PR bole menang semula??

8. Adakah keputusan Sultan Azlan Shah dibuat atas desakan dan keputusan itu dianggap ‘bias’?

9. Akhir sekali, adakah anda cuba melawan Takdir Illahi…..yang hanya membenarkan kerajaan PR hanya bertahan selama 11 bulan…..Subhanallah…semua ini adalah ketentuan Allah….

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s