Sorang cakap lain ..sorang cakap lain… – malaysiakini

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.

“Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

“Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar,” katanya kepada mStar Online.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

Menurut Karpal dalam satu sidang media di sini, hari ini, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

Karpal berkata, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Nizar oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

“Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini,” katanya.

Karpal berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undangundang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undangundang tertinggi di negeri itu.
– mstar

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Sorang cakap lain ..sorang cakap lain… – malaysiakini

  1. tubir

    Tangkap karpal

  2. tubir

    Salam
    Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.Orang melayu ada raja …….orang melayu ada maruah……Tidak kiralah pahaman politik kita raja raja melayu hendaklah kita hormati……itu orang melayu namanya ……Bangsa lain tidak ada raja dinegara kita.Oleh itu mereka kena dan mesti hormat dan taat kepada raja dan negara.Kepada kementerian dalam negeri jangan tunggu kedaan menjadi buruk ,bertindaklah sekarang.ada diantara orang politik yang merasa merika hebat sebab dia seorang peguam ,kalau polis tidak bertindak cepat cepat takut takut ada orang melayu akan bertindak bila raja melayu hendak diperlekihkan oleh yang dah nyata anti melayu dan islam.Tapi mengapa masih ada orang melayu yang masih percayakan si kurang ajar ni.
    kepada Mumamad nizar ini nasihat saya berundurlah ……dan berdiam diri lebih baik untuk saudara.Ingatlah orang melayu masih ada raja ,dan raja itu adalah payung kepada kita .Ingatlah jangan ikut hati nanti binasa diri….

  3. tubir

    Salam
    lepas ni ada satu lagi negeri dibawah PR akan tumbang………….Tunggu!!!!!!!!!!!!123 bebas……..Bebas…..Tak main lah lompat lompat…….dia orang tak main lompat lompat …..penat katanya ……..bebas lebih bermaruah………….Dan meyatakan sokongan kepada umno……..Dan BN .BN ada keberanian ,sebab guna satu lambang dari awal lagi,tak lah macam PAS, DAP,dan PKR …….Tenipu rayaat……..Nampaknya ada yang menghuni pusat tahanan atu penjara sungai buluh dalam masa terdekat ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s