Blog Yang Biadap Terhadap Sultan Azlan Shah

blog ini menamakan topik posting mereka dengan tajuk “Sultan Perak has become UMNO’s dog” atau di dalam Bahasa Melayu Sultan Perak Jadi Anjing UMNO…

Sungguh biaDAP dan Kurang AJAR!!

http://malaysianindian1.blogspot.com/2009/02/sultan-perak-has-become-umnos.html

Advertisements

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

30 responses to “Blog Yang Biadap Terhadap Sultan Azlan Shah

  1. MALAYSIAN STUDENTS

    Every dog has a value, same goes to sultan Azlan shah, Najib give him millions, then sultan will serve him like a dog man,
    i heard sultan perak is well educated then other sultans in malaysia, now only I know where he get he’s studies in dog school…

  2. pembela

    boleh buat report polis ni. detect owner pakai mimos, diorang ada pakar

  3. pemuda tg.malim

    Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. patik ingin menyatkan pandangan kepada apa yang berlaku ketika ini di Perak dan mohon keduli tuanku mempertimbangkan. Patik menghormati dan menyanjungi ketokohan dan kewibawaan tuanku selama ini. Namun begitu dengan apa yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu amat mengguris hati rakyat jelata di negeri tuanku yang ketika ini telah genap 25 tahun diperintah oleh tuanku. Perkara berikut harap tuanku fikir dan renungkan:

    1) Adakah rakyat akan menjadi semakin taat dn patuh berdasarkan keputusan dan tindakan yang dibuat oleh tuanku? tidak kira rakyat berfahaman BN atau PR?

    2)Adakah tuanku telah mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan rakyat, MB, Pemimpin Parti politik dan sememangnya tidak menyebelahi mana-mana parti politik?

    3)Adakah tuanku mengamati dan menyemak peruntukan yang ada dalam Kaedah Tubuh Negeri Perak tentang bagaimana MB dilantik @ dilucutkn jawatannya? patik percaya tuanku lebih arif dengan undang2 sebagaimana tuanku pernah menjadi hakim negara sebelum ini.

    4)Adakah tuanku pernah terfikir kerajaan yang dibentuk baru-baru ini benar-benar kukuh? Adalah tidak mustahil jika 3 ADUN boleh melompat, adun lain juga boleh berbuat demikian. Jangan-jangan dalam setahun kemungkinan boleh jadi 3 atau empat kali tuanku terpaksa menjadi saksi angkat sumpah menteri besar yang baru.

    5)Adakah pernah tuanku menyiasat kes ADUN dilarikan sehingga isteri ADUN tersebut membuat laporan polis di atas kehilangan tersebut? apakah puncanya?

    6)Adakah tuanku terfikir akan berlakunya kebingungan dikalangan rakyat tentang siapakah MB yang patut diberi kepercayaan? kerana ada yang mengatakan sah dan ada yang mengatakan tidak sah diantara keduanya..jangan ada pula nanti sebuah kapal mempunyai 2 nakhoda. tentunya negeri perak akan menjadi goyah dan sukar untuk membangun kerana tidak dapat membuat keputusan.

    7)Adakah tuanku pernah memikirkan keputusan yang dibuat haruslah Win-Win situation diantara kedua-dua belah pihak sama ada BN atau PR?

    Dengan 7 persolan ini patik dengan rendah diri mohon ke bawah duli untuk diberi perhatian dan dipertimbangkan. Semoga tuanku tidak tergolong di dalam golongan mereka yang pertama diazab diakhirat nanti iaitu disebabkan pemimpin yang tidak berlaku adil(nauzubillah)harapan patik semoga negeri Perak ini dilindungi dan bertambah makmur sejahtera hendaknya amin

    (Pemuda perak yang perihatin)

  4. melancholy

    Apa kata sumbat mereka-mereka yang memberontak dalam tahanan. Kita tengok berapa banyak orang yang boleh dimuatkan dalam tahanan-tahanan tersebut.

    Di Perak sahaja, sudah berapa ramai orang yang memberontak. ini belum masuk lagi di luar negeri Perak.

    Lepas itu, ekonomi Malaysia akan menjadi lumpuh sebab majoriti pemberontak-pemberontak ini merupakan tenaga kerja yang menjana sebahagian besar ekonomi negara.

    Ambillah tindakan terhadap mereka ini. Jangan tidak ambil.

  5. saifuddin jalis

    sultan perak dah kena hasut oleh BN
    bodoh

  6. hidup pas

    aku nk sultan jangan nk buat belagak sngat bgi la orang pas jda sultan

  7. mat tanjung dh maju kan pas lagi maju di kelantan

  8. khalid

    mane hang letak otak hang tu? jgn lah jadi ‘menang sorak tapi kampong tergadai’
    fikir2 kan lah tentang kehidupan anak cucu kita pada masa akan datang…….
    bermuhasabah diri lah wahai sahabat2 ku semua

  9. ikankecil

    salam……
    masyaalah biadap sungguh kalian pada sultan perak…….derhaka pada sultan mmg x bole dimaafkan…..
    aku cabar kalian bersemuka dgn aku…..mungkin aku kecil tp nk menderhaka pada sultan ampun….
    tidak sama sekali…
    keturunan aku x pernah menderhaka…..biadap…..

    ikankecil berenang sugul….
    wasalam….

  10. Paipon

    Salam Bro,

    Aku sebenornya bukanlah penyokong mana2 parti a.k.a pengundi muda atas pagar.Disini aku nak berkongsi pendapat bersama bro2 sekalian.

    Antara komen2 aku tentang politik Perak sekarang ada terlalu banyak hikmah yang perlu kita renung dan fikirkan:-

    1. Kuasa Sultan

    Bagi aku Sultan ni adalah manusia biasa saja seperti umat manusia yg lain. Tidak terlepas dr kesilapan.Tetapi…btul juga cakap bro…Sultan2 ini adalah lambang,payung atau simbol Perpaduan khasnya untuk survival Melayu dan pelbagai bangsa amnya di Malaysia ni.

    Persoalannya disini adalah adakah Sultan ni bersikap adil utk rakyatnya dalam membuat keputusan?Bagaimana Tuanku menunjukkan keadilan kepada rakyatnya?Adakah Tuanku meminta padangan rakyatnya utk dia bersikap adil?Apa buktinya anaknya tidak ada sebarang kepentingan perniagaan dengan segolongan dr Parti Pemerintah?

    Dalam situasi di Perak sekarang aku lihat Kuasa Sultan di buat dengan tergesa2 tanpa mendengar,melihat dan memahami hasrat dan harapan rakyat dibwah payungnya.Malah kelihatan seolah2 dia berat sebelah/tidak adil/zalim dlm membuat keputusan yang ternyata dengan tindakan olehnya dapat merosakkan institusi Raja itu sendiri.Aku kecewa dan sedih sekali.

    – Hikmahnya disini, dengan tindakan DS Nizar yg sembah derhaka harap dapat membuka mata sekalian kerabat Raja2 diseluruh negeri bahawa Sultan adil Sultan disembah,Sultan Zalim Sultan Disanggah oleh Rakyatnya sendiri.Kuasa Allah Yang Maha Agung.

    2. Kuasa BN

    parti BN yg ditunjangi oleh UMNO adalah parti pemerintah Pusat.Mereka mempunyai Kuasa,Pangkat,Harta dan Nama.

    Persoalannya disini adakah Kerajaan pemerintah ini betul2 jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat yg melantik mereka?Bagaimana mereka menunjukkan kejujuran mereka?Apa buktinya?Bagaimana dengan pelbagai skandal yg tidak dibersihkan oleh undang2?

    – Hikmahnya disini adalah Kuasa Rakyat mengatasi segalanya.Bagaimana rakyat melantik mereka begitu juga rakyat dapat memijak dan membaling selipar jamban kemuka mereka.Golongan2 ini sentiasa memikirkan kepentingan diri sendiri dr kepentingan rakyat.Percayalah cakap aku bro…

    3. Kuasa PR

    PR adalah pakatan dr pelbagai parti pembangkang yg mempunyai ideologi berbeza tetapi terhasil atas titik persamaan cabang yang boleh diperjuangkan bersama.

    Persoalannya disini, Bagaimana plot krisis ini berlaku?Adakah mereka ini tidak berhak bertahan?Adakah majoriti rakyat yg menghukum mereka?

    Sebagai sebuah kerajaan yg berkuasa di suatu negeri sahaja sudah tentu pelbagai sekatan dibuat,dinafikan oleh Parti pemerintah.Mereka2 ini sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan yg amanah,jujur,ikhlas dlm memperjuangkan rakyat mereka.Haruskah mereka dihukum sedemikian rupa?

    – Hikmahnya adalah utk memberi mesej kepada Sultan dan Parti Pemerintah bahawa mereka ini akan terus bertahan untuk rakyat hingga cahaya kebenaran bersinar melampaui Kuasa Sultan dan Parti Pemerintah.

    – Hikmah dr Kuasa PR ini juga aku dpat lihat bahawa pegangan dan istiqamahnya Adun2 dr PAS dalam mempertahan maruah diri dr mudah disogok atau dibeli.Aku percaya hingga mati pun mereka ini akan pertahankan.Ini adalah kerana pegangan mereka yg kuat dlm agama Islam yg sentiasa menekankan konsep amanah, pahala dan dosa.Contoh jelas diKerajaan kelantan pada 2004 hanya majoriti 1 undi kerusi.Bagaimana dengan PKR dan DAP?…sudah ade rekod.

    4. Kuasa Rakyat

    dengan kembalinya kepada Kuasa Rakyat lah krisis di Perak ini dapat selesai.Sultan mesti bubarkan DUN.Dengan bubarkan DUN, rakyat bebas pilih semula kerajaan yg mereka mahu.Dengan bubarkan DUN, nama baik Istana tidak tercemar.

    – Hikmahnya disini, jangan sesiapapun, malah SUltan sekali pun memperbodohkan rakyatnya.Dalam Islam setiap amanah yang diberikan mesti dipertahankan hingga nyawa bercerai dr badan…Ini kerajaan woii..bukannya kedai yg senang lenang nk tukar.

    Bro, secara peribadi aku amat respect dengan org2 PAS ni dengan kejujuran mereka…hingga UMNO nk beli pun tak makan. Oleh itu…klau nk tengok kerusi Melayu banyak di Perak…sokonglah PAS…

    Nak Harapkan POLIS…UMNO PUNYA, Harapkan SPR…UMNO PUNYA, Harapkan SPRM…UMNO PUNYA, Harapkan HAKIM…UMNO PUNYA, Harapkan SULTAN…MACAM TU PULAK….,Sekarang ni Hanya DUIT yang boleh HARAP…HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA…AMBIK KAT HANGPA SEMUA LAH…HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

  11. kuntakinte

    Salam, kalau dah species penderhaka, memang buat apa pun akan menderhaka, si AN War pukul gendang keling merata kampung akan ada MP BN lompat parti, dia ada formula dan duit untuk sogok MP masuk parti haprak dia, maka terjun lah si SAPP lompat masuk parti dia, seronok species2 penderhaka seronok bukan main, BN diam terkaku atas tindakan SAPP, maka si AN War meletak keyakinan kepada puak2 dia dengan memberi tarikh2 baru, maka gendang2 keling di pukul lagi, makan berlaku satu lg episod seorang ADUN Bota melompat ke Partinya maka digendang merata2 tindakan ADUN tersebuta, bertepatan dengan masa, bijak membuat keputusan, demokrasi yang segar di amalkan, bukti BN sudah tidak mendapat sokongan, maka species2 nya mengucapkan TAHNIAH kepada ADUN Bota, maka hadir lah si AN War ke Bota memalukan gendang keling dan di propagandakan kan seramai 25,000 orang hadir ke perhimpunan di Bota sedangkan yang hadir hanya 3,000 orang, maka BN lagi sekali terkedu, dan pemimpin BN mendoakan ADUN Bota agar sejahtera dengan parti barunya manakala ada sebilangan rakyat merayu ADUN Bota pertimbang semula kembali ke pangkuan UMNO, itu saja yang termampu dibuat oleh BN walaupun ini bukti BN tidak mengamalkan rasuah dan menjaga kroni kerana tindakan ADUN Bota dikatakan kerana kesempitan wang kerana berbini 2, kalau BN bela kroni tentu tak timbul ADUN lompat parti kerana kenyang perutnya, bukti….bukti tiada rasuah dan kroni.

    Kini formula si AN War di takdirkan Allah S.W.T diduga kan pula kepada diri sendiri, formulanya makan tuan, formulanya terkena pada diri sendiri, seperti sama nasihatnya dalam hadis Al Quran, umpama jika kita mengkafirkan orang umpama melepaskan anak panah terbalik terkena pada diri sendiri kerana tuduhan itu fitnah umpamanya. MAKA berlaku lah episod lompat parti malah bukan istilah lompat parti tapi melocat keluar parti kerana mereka2 yang keluar tidak masuk kedalam mana2 Parti BN hanya menjadi WR bebas dan hanya berikrar menyokong BN dengan membuat pengakuan bertulis didepan Sultan Perak, Bukti… bukti…..teman percaya tiada usaha2 specifik dilakukan oleh BN untuk rasuah WR lompat parti malah tiada amalan rasuah dilakukan oleh BN tetapi kebetulan di takdir oleh Allah S.W.T. atas kesedaran dan keinsafan, malah bukan Parti si AN War saja yang loncat keluar partinya tetapi si DAP pun menjadi mangsa formula AN War.

    Maka, tidak terkatalah tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada BN dan UMNO, bertubi2 fitnah dan tuduhan liar disemburkan kepada BN dan UMNO, tidak cukup dengan itu, sanggup bangsa Melayu sendiri, MENDERHAKA kepada Sultan, hanya kelibat Melayu saja tanpa kelibat bangsa lain seperti Cina, India, Punjabi, Kadazan, Iban yang membuat rusuhan jalanan mengutuk Sultan dan sanggup DERHAKA, maka jelaslah Parti PAS, dan PKR parti PENDERHAKA manakala DAP senyum suka.

    Tidak menerima hakikat, contoh yang boleh dibelajar oleh Pelajar sekolah, Pelajar2 IPTA dan IPTS yang boleh dijadikan kajian dan dijadikan assignment kena pada orang lain bukan main lagi terloncat2 seronok, tetapi kena pada muka sendiri semua orang tak betul malah sanggup MENDERHAKA kepada Sultan sendiri yang disanjung dan berdaulat sejak turun termurun lagi yang memberanakkan dan melahirkan kita generasi2 yang hidup sekarang ini, dipecah tradisinya oleh PAS, PKR dan DAP laknatullah yang diideakan oleh orang melayu sendiri si AN War, Hadi dan Karpal.

    Patik jungjung kasih keatas Duli yang Maha Mulia Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, Patik ikhlas keatas doa patik di setiap solat Jumaat terhadap tuanku sejak patik kecil2 dulu hingga umur patik ketika ini dan insyaAllah patik akan terus menerus doakan kesejahteraan tuanku. Tiada makna nya hidup sebagai seorang melayu Islam bersolat pada hari Jumaat untuk ikhlas pada hari penghulu segala hari tetapi rupanya tidak ikhlas puak2 haprak ini, layak teman gelarkan puak2 haprak.

    Dihantar sekeliling kampung risalah mengutuk BN dan Sultan, pagi ini teman bangun tidur didalam peti surat rumah teman di isi dengan risalah yang dipetik dari blog si Alhusseyn si haprak dan penderhaka ditulis oleh Nik Aziz.

    Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!! Daulat Tuanku!!!, seharusnya ditarik balik darjah kebesaran Dato Seri dari Nizar dan AN War dan Dato dari Ngey Ko Ham si kafir harbi ini, seharusnya tuanku menitahkan mengharamkan si Nizar, AnWar, Karpal, Ngey memijak bumi Negeri Perak itu pun kurang berbaloi berbanding hukuman dulu kala PENDERHAKA layak di pancung atau dihukum bunuh, diharamkan segala harta2 yang diperolihi dari bumi Perak kepada mereka2 ini, kerana terbukti tingkah laku mereka adalah sebagai PENDERHAKA.

    Parti yang tak menerima hakikat, Parti Penderhaka, Parti yang perusuh, Parti kurang ajar, Parti ekstrim. Parti bongkak, umpama gila talak, umpama gila kuasa, umpama kera dapat bunga.

    Salah kah BN, salah kah UMNO, salahkah Sultan sedangkan formula AN War sendiri terkena pada diri sendiri… nawaitu jahat, jahat balasnya itu lah kuasa tak terhitung dari Allah S.W.T.

    Daulat Tuanku!!!

  12. Anak Rawa

    Sebagai Anak Rawa Perak yang mengutamakan kedaulatan bangsa dan negara aku sedikit pun tak setuju dengan caro menderhako pada Tuanku Sultan Perak. Apo2 pun keputusan dah dibuat. Yang pasti Kito kono pikir lopeh2 ni kalau naik PR balik nak kono mengadap Tuanku jugo. Jangan ikut kan hati marah.

    Apo yang aku nampak urang melayu yang rugi…bangsa lain bertopok tangan……………

    Honti kan lah….Kito kono banyak bersabar…..insyaalah lopeh ni kalau ado rozoki perintah lah balik. Jangan lupa rakyat bukan bodoh. Kami bolih menilai mana yang baik dan buruk……..

  13. UMNO tidak pernah derhaka kepada Sultan… tapi panggil Sultan Natang (di terengganu)…2 kali pinda perlembagaan utk tarik kuasa Raja Raja Melayu…. Ugut Sultan ikut kemahuan UMNO…… setia sungguh UMNO ni…. ini namanya “setia Derhaka” kepada Sultan….

    Kununnya Orang UMNO tak boleh derhaka kepada Sultan… tapi tiap tiap hari derhaka kepada Alllah…. Apa yg Allah suruh laksanakan (hukum Allah) dikatanya zalim, tak ikut zaman la…. habis batu tepi jalan la… Setia sungguh orang UMNO ni…..

  14. keris silau

    assalamualaikum…
    agak lama juga aku tak menukilkan sebaris dua kata dlm blog ini. ape khabar kah AbangTuah, Mamak Penang, sekupangduas, kunta kinte, dan beberapa fanatik PR serta sorang dua ahli BEBAS?
    merenung kembali akan perihal di negeri Perak ini, bukan salah siapa atau siapa betul ingin aku utarakan di sini. walau apa pun keputusan atau siapa pun yg memutuskan, aku yakin itulah apa yang Allah SWT kehendaki.
    namun, sebagai hambanya yang diberikan akal yang baik, ingin juga aku bangkitkan satu dua perkara akan mengapa ini yg terjadi.

    1-petikan drpd paipon:
    4. Kuasa Rakyat

    dengan kembalinya kepada Kuasa Rakyat lah krisis di Perak ini dapat selesai.Sultan mesti bubarkan DUN.Dengan bubarkan DUN, rakyat bebas pilih semula kerajaan yg mereka mahu.Dengan bubarkan DUN, nama baik Istana tidak tercemar.
    – aku setuju juga akan ape yg dikatakan di atas. bukan maksud nak menderhakai atau menidakkan kuasa sultan, akan tetapi ape gunanya pilihan raya jika sultan sendiri boleh membuat keputusan memilih atau melantik atau memberi kuasa pembentukan kerajaan negeri tanpa proses demokrasi. memang benar sultan ade kuasa2 simpanan seperti yg dinyatakan oleh pakar2 politik/sejarah, namun adekah itu kehendak rakyat? pun begitu, titah sultan haruslah kita junjung, cuma, harapannya, biarlah rakyat juga diberi peluang bg menentukan masa depan mereka. Ampun Tuanku…

    2-petikan drpd kuntakinte
    si AN War pukul gendang keling merata kampung akan ada MP BN lompat parti, dia ada formula dan duit untuk sogok MP masuk parti haprak dia.
    -sedari dulu aku kurang mengerti dan bersetuju dgn istilah lompat parti ini. baik siapa yg lompat, kerajaan masuk pembangkang, atau pembangkang masuk kerajaan. memang itu adalah hak mereka utk melompat, tetapi itu sepatutnya tidak menjadi pengHALAL kepada perubahan yg bukan rakyat ingini. mekanisme nya amat mudah, yang melompat adalah seorang atau dua orang. mengapa natijahnya kerajaan yang berubah? adakah perubahan seseorang itu ke parti lain, membawa maksud akan pengundi yang mengundi nya semasa pilihanraya bersetuju dgn tindakan itu? di manakah demokrasinya tindakan itu? sememangnya tindakan individu2 itu melompat parti adalah tidak adil bagi rakyat yang mengundi, baik kepada kerajaan mahupun pembangkang. hakikatnya, hak rakyat yang diWAJIBkan menunaikan UNDI di tarikh yang telah ditetapkan telah dipermainkan oleh individu yg dipilih. mekanisma inilah yang sepatutnya kita rujuk kembali akan rasionalnya perubahan sesorang MP atau ADUN ke parti lain, mengHALALkan, perubahan yang bukan majoriti pengundi inginkan.
    dan jika kita imbas sejarah pilihanraya, sedari awal dulu yang kita pangkah adalah lambang parti yang bertanding dan bukannya gambar ahli yang diletakkan oleh parti sebagai wakil. retoriknya, pengundi mengundi parti dan bukan wakil, maka sudah tentunya, kekuatan parti yang diutamakan berbanding kekuatan wakil dalam menentukan pemenang dlm sesuatu kerusi itu. percayalah, jika diletakkan nama atau gambar2 org yg bertanding tanpa disertakan info parti yang diwakili dlm kertas undi, hanya 20% (itupun ahli2 kuat parti yg kenal wakil) yang kenal dan tahu siapa wakil yg akan mereka pilih.

    berbalik dalam hal di Perak, situasi sekarang ialah, 3 org ADUN berstatus BEBAS tetapi menyokong dasar BN, keputusannya, Sultan menitahkan BN bentuk kerajaan. bagaimana pula sekiranya angin ketiga-tiga ADUN ini berubah menyokong PR kembali. akan berlakukah perubahan kerajaan sekali lagi di negeri bijih timah ini? wallahualam…

  15. salam,
    Bagi Pakatan rakyat walau pun menang di mahkamah adalah sukar nak mengurus negeri Perak ini dengan kerajaan Minoriti.Pada ahli-ahli Pakatan rakyat tak perlulah beremosi dan ghairah dengan Pangkat dan Jawatan dalam kemelut ini.

    Allah Ta’ala Berfirman:maksudnya,
    “Wahai orang-orang yang beriman,ta’atlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasullulah dan kepada “Uli’-Amri”(Orang-orang yang berkuasa)dari kalangan kamu.(an-Nisa:59).

    Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w sabdanya:
    “Wajib atas seseorang Muslim untuk mendengar patuh serta mentaati pemimpin tertingginya,baik dalam hal yang ia senangi dan yang ia benci,melainkan jikalau ia diperintah untuk sesuatu kemaksiatan.Maka apabila ia di perintah oleh penguasa pemerintahan dengan sesuatu kemaksiatan,tidak boleh ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya.”

    Marilah kita lupakan perkara politik yang lampau tumpukan pada soal bagaimana nak lepaskan diri kita dalam kemelut ekonomi global yang semakin meruncing ini.Tuanku Sultan adalah pelindung ketuanan Melayu dan Payung untuk bukan Melayu.Tuanku yang arif tentang Undang-undang pati ada sebab-sebab yang sukar untuk diterangkan pada rakyat.Tuanku Sultan bukan ahli politik sikit panggil sidang media atau diwawancara di kaca telivisyen nyatakan pendapatnya.Walau apa jua titah perintahnya sebagai anak Melayu yang tak pernah kenal derhaka pada rajanya perlu menjunjung kasih dan akur pada titah baginda Sultan. Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!!!!

  16. alamak terlebih sudaaa

    elehh…sultan tak kate aper2 pon…korang pulak yang lebih…hahah lebih sudu dari kuah….

    tapi benda ni pon ade hikmah..institusi kesultanan mesti sedar bertapa kuasa mereka makin hari makin dicabar,…bila raykat menderita,kemiskinan, sultan dan raja2 buat apa??????????

    bahasa melayu dicabar/ agama islam di persenda…apa tindakan sultan sebagai lambang kepada melayu dan juga islam…apa kenyataan yang “mereka” ni semua keluarkan…yellekk…takda…

    betul kan ape aku ckp…masenye sudah tiba untuk institusi kesultanan kaji balik apa kuasa mereka..
    tapiiiiiiiiiiii…dengan syarat…jgn berat sebelah..sultan mesti berlaku adil…

    jgn duk istana tengok TV je…

  17. Palohotox

    Salam..

    Kalau nak cakap pasal species menderhaka Sultan,
    Hang boleh toleh balik kat Chek ‘Det’ , Anuar Musa,Idris Jusoh,Paklah dsbg..
    Pada aku jangan derhaka kat Allah .. Jangan derhaka kat Mak Bapak..
    Tu lagi Penting!!

  18. Bakal PM

    Salam…

    Daulat Tuanku…

    Patik rakyat yang setia merasa pelik knp hingga skarang PR x dapat menerima hakikat bahawasanya mereka telah pun hilang sokongan majoriti wakil rakyat… Mereka melaung2kn satu ketika dulu slogan melompat parti… bukan sorang dua tapi 30 wakil rakyat dikatan kan bakal melompat… yang hairan knp baru 3 WR yg melompat mereka dah gelabah??? Bukan ker mereka menjanjikan 30 sebelum ini???

    Ada antara Ulama mereka yang seolah2 hilang kewarasan apabila sedap mulut mengatakan lompat ke PR mulia tapi lompat ke BN hina… Umpama taruk najis kat muka pemimpin PR tu mulia tp kalau taruk kat muka BN hina… Bodohnya akal fikiran…

    yang lebih seronok didengar kalau nak kan sokongan majoriti melayu sokongla PAS… mereka lupa PR yang memerintah perak exconya lebih ramai cina… PAS hanya menjadi tunggangan…

    Cuba lihat sendiri barisan kepimpinan yang ada di Perak skarang adalah org2 melayu… jd x usahlah di pertikaikan kepintaran sultan yang menilai…

    yang pelik knp org2 PAS dan Indon yg merusuh tempoh hari…??? jawapannya LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!

  19. amba

    ni dok sibuk sangat kunun derhaka sultan, derhaka sultan.. awat..sultan tu nabi ka?
    hangpa hat laki-laki ni.. dengan Allah hangpa x pernah derhaka ka? dengan nabi tak pernah derhaka ka? dengan mak pak, tak pernah derhaka ka? hat pompuan pulak..suami hangpa, hangpa x pernah derhaka ka?? nk saman, saman diri hangpa dulu la.. kunun taat sangat ngan sultan.. sepatutnya kita jaga jgn kita sampai derhaka ngan Allah dan nabi. ngan sultan, tengok2 la.. klu dia buat betoi, kita taat.. kalau dia derhaka ngan tuhan, pikiaq sendiri la nk ikut ka dak..
    aku heran ngan melayu yang beria2 nk bela bangsa bila orang derhaka sultan. tapi bila nabi dihina, diperli, alquran baginda di tolak, hangpa blh senyap pulak.. bahkan parti yang tolak nabi jugak hangpa sokong…
    cakap bnyk tak guna.. mati esok, hangpa menjawab la..

  20. alamak terlebih sudaaa

    Umno penderhaka agung
    Mohamed Hanipa Maidin
    Thu | Feb 12, 09 | 4:16:38 pm MYT

    Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.
    Iklan

    Inilah politik kotor yang dimainkan oleh ‘parti kotor’ seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.

    Umno penderhaka agung

    Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia’ (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai “penderhaka par excellence” (penderhaka agung).

    Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala penderhaka” apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

    Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.

    Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.

    krisis perlembagaan 1983

    Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

    Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.

    Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

    Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).

    Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).

    juara menderhaka

    Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.

    Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

    mengaibkan raja-raja

    Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

    Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.

    Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka”.

    “Sembah derhaka” bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil “hamba tua” . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?

    jahil bahasa istana

    Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon “menyembah sembah derhaka� . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

    Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

    Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

    Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?

    Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) “lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri” (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).

    undi tidak percaya

    Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.

    Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

    Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: “Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

    Dun tentukan status Adun

    Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.

    Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya “sembah derhaka” tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka. _

  21. bekas pakwe mak engkau

    sokong sangat pendapat palohotox n amba..

    baik jgn derhaka kepada Allah, ibu bapa dan guru.. itu lagi afdal..

    apa kes takleh derhaka kepada sultan lak? dia dilantik Allah ker? mak bapak engkau ker? dia bagi rezeki selama kau hidup ni ke? sultan buat oksigen kat bumi ni ke?

    sudah laa.. orang UMNO pegi la mampos.. last time orang UMNO jugak la yang panggil Agung “natang”.. dah luper ke? memang dasar UMNO babi mudah luper..

  22. Kuntakinte

    Salam, si celaka kepala atok makkau, DERHAKA pada ulil amri satu dosa yeop haprak oi…., agama setakat air ludah je dalam nya nak jadi macam pak haji musang berjanggut phuiiii bangsa DERHAKA uwekkkkk.. nak muntah teman, prangai macam babi hutan…

  23. allahuakhbar

    sapa yg lebih menderhaka sebenarnya, PAS atau UMNO?

    1) sapa yg meminda perlembagaan tahun 1993 yg menghapuskan imuniti raja2 melayu? jawabnya, UMNO.

    2) sapa yg mengepalai perarakan ke istana sultan kelantan untuk mendesak sultan kelantan turun takhta? jawabnya UMNO.

    3) sapa yg melantik Tengku Ibrahim sbg sultan Kelantan di bawah pokok ketereh sedangkan sultan ismail petra masih lagi berada di atas takhta? jawabnya UMNO.

    4) sapa yg menggelar “natang” kepada pihak istana terengganu? jawabnya UMNO.

    5) sapa yg menolak perlantikan mat isa sabu sbg mb negeri perlis yg dilantik oleh istana perlis? jawabnya UMNO.

    6) sapa yg bergaduh dgn sultan perak pada tahun 70an sampaikan sultan perak bernazar simpan janggut dan lari ke pangkor? jawabnya UMNO (tanya tajol rosli, sbb bapak dia la penderhaka waktu tu.

    dgn contoh2 di atas, wajarlah disimpulkan bahawa UMNO ni memang parti penderhaka melayu yg paling agung. apabila si penderhaka menuduh org lain yg menderhaka, ni la jadinya. yg lebih teruk, UMNO bukan setakat derhaka kat sultan, tp yg paling teruk derhaka kat tuhan, wa nauzubillah.

  24. Kuntakinte

    Salam, yeop… propaganda yang mike buat ni mike ceduk je dari haprak lain… nak seleweng otak rakyat..rakyat yang otak rosak macam kau boleh lah di seleweng…yeop

    1. UMNO lakukan demi mengimbangi kedaulatan dan Institusi terus dihormati bagi mengelak kerabat raja menindas rakyat dalam masa yang sama rakyat dapat dibela yeop….tak le raja kebal dalam segala sudut… dalam itu tak le sampai DERHAKA macam beruk dpt sakit gila babi….

    2. Buat perarakan tapi tak sampai beguling2 atas jalan pegang bendera bulan gerhana yeop oi.. tak samapai baling batu dan kasut pada kereta Raja…phuiii tak ngaku xtreme gila.. akhirnya akur akan titah raja dan terus hormati raja.

    3. Ada rakyat dakwa Tengku Ibrahim ke Tengku Iskandar ke dan ada yang kata Tengku Raja Ismail Perta yang jadi raja berdasar salasilahnya Kesultanan Kelantan, masing2 mempunyai pengikur dan dipersembahkan kepada Majlis Raja2 Kelantan akhirnya putus Raja Ismail Petra sah Raja Kelantan TETAPI tak sampai maki hamun Raja macam korang buat di Perak.. tak sampai guna Masjid, guna budak Sekolah Agama Rakyat, maki hamun Polis..uwekkkk nak muntah aku baca kou punya komen tiruan ni…

    4. Ni dikatakan species korang species pemfitnah tambah lagi DERHAKA… Natang tu orang marah pada Idris Jusoh yeop… usah lah nak seleweng fakta nak tipu otak rakyat….tak heran lah species korang ni dah lama buat kerja fitnah ni…

    5. Memang lah masing2 ada penyokong yeop… cadangan diberi pada Raja akhirnya akur apa yang raja titah, tak jadi apa pun,,, kou orang yang pelik… dah titah dik tuanku, baring atas jalan kalau aku driver tuanku aku langar je puak kau tu, tak sampai DERHAKA sampai tak mahu lepas jawatan sebab dah kemaruk sangat, tak sampai muka tak malu duduk juga di rumah resmi MB, tak sampai tak serah CAMRY sebab tak puas pakai lagi, tak sampai guna kediaman MB buat ceramah bantai tuanku, bantai UMNO phuiiii…..tak malu punya muka….

    6. aik…. cerita Raja Idris Shah pun masuk…hai betul kau ni mamat haprak betul…. itu MB je tak mahu dengar titah raja masa tu yeop oi…. tak sampai DERHAKA nak saman raja…kenapa le beruk betul kau ni, mana layak jenis kou ni pakai nick nama Allahuakhbar… tapi tak heran le aku memang species guna Allah, guna Islam… itu memang kerja haprak species korang dari dulu lagi.. gila talak, gila kuasa, gila pangkat, gila rumah, gila kereta, gila pejabat ha..ha..ha…. geli hati aku tengok korang ni…. pergi le lantik Karpal tu jadi Tak Guru korang dia dah lengkap dah janggut ada, serban pun ada. phuiiii

  25. Bakal PM

    Sian … aku ingat eksyen benor Bekas MB perak haritu bila x nak lps jwtn … alih2 bila tinggal sorang2 hilang kelakiannya…. tula kalau ikut cakap sultan ari tu xdela malu sgt mcm skarang ni… tp jgn risau … kalau rasa tertekan sgt BN dah lama sediakan hospital kat tanjung rambutan … bolehla kalau nak register skarang sblm penuh coz dgr citer ramai dari kaum family pakatan pakat nak register bekas exco kat hospital tu ramai2… entahla….

  26. Kuntakinte

    salam, bakal pm ingat lah ini lah dia pengajaran yang perlu anak2 muda belajar, kawan semasa senang bersepah2, kawan semasa susah memang susah dicari. WR cina je kerumung keliling Nizar cina celup melayu bila dia susah, hak melayu tempias lari yeop, lagi2 PAS play save phuiiiii

  27. Bakal PM

    wslm… bro kuntakinte…
    teman sian tgk nizar dalam TV berseorangan nak pg failkan kat mahkamah membantah perlantikan MB perak… Risau jgk takut tekanan yang melampau menjejaskan reputasinya sbg Ir.. So nasihat teman udah2 le tu… isi borang masuk BN untung2 boleh dipertimbangkan untuk mana2 jwtn yang kosong….

  28. mike

    Teman ni memang orang Perak jati. Teman tak sokong mane mane pihak tapi jangan lah sampai menghina sultan teman yang kami kasihi. Mesti lah ada sebab mengapa Tuanku bertindak demikian rupa. Tuanku lebih arif daripada kita berkenaan hal undang undang. Teman kesal hal hal yang terjadi tempoh hari.

    Teman bukan ahli politik tapi teman ni politik kedai kopi. Yang teman bincang dengan kawan kawan di kedai kopi ialah hal tanah yang dema tulis di surat kabar dulu. YB Nizar bersetuju untuk pegang 999 tahun.

    Ape ke halnya nak bagi pegang tanah sampai 999 tahun. Yang teman tau, tanah tu diterokai semasa
    komunis dulu. Kalau nak dikira…huiiih..luasnye tanah. Di tempat teman ni, tanah penempatan komunis… mak oiiii…luas sungguh. Kalau perkara ini betui …..maknanye separuh Perak dema punya.

    Ini cuma cakap kedai kopi aje..teman tak tau perlembagaan…lembaga hantu tau le…..

    Dengor nye, YB Nizar setuju juge tuko tanah untuk milik bebas. Makne nye rizab melayu pun bolih le di tuko ke hak milik bebas. Kalau betui le…habis le tanah melayu di Perak. Banyak le broker broker tanah berkeliaran dikampung kampung. Dema ni pujuk orang kampung tuko tanah jadi milik bebas. Lepas tu broker tu suruh jual dan yang pembelinya …orang asing le…sebab mereka banyak duit. Lame lame..orang melayu tak ade tanah nak tinggal .

    Setau teman le…YB Nizar pun tak bolih buat ape ape. Yang belakang dia siapa??? Jawab le dema wehhh.

    Yang teman tak suka ialah tuko ketua kampung. Buat ape tuko ketua kampung.? Ketua kampung yang dulu dipilih orang kampung sendiri. Bukan pasal politik. Ketua kampung dulu buat kerja baik baik belaka. Ketua kampung sekarang dari politik PAS. Bukan nak mengate…tapi itu lah hakikat nye. Serban melilit tinggi di kepala tapi perangai banyak buruk sangke. Asyik nak hentam orang aje.
    ishhhhh…tak kuasa le teman nak cerita.

    Tak tau le sekarang ni… ape nak jadi negeri teman ni…tapi ade hikmah nye yang di turunkan ALLAH.
    Buat sementara ni..tak jadi le…tuko tanah

    Tak ape le yeop…..teman nak balik…nak torih getah…. petang nanti teman kumpul dengan kawan kawan dikedai kopi lagi.

    Kayuh pak itam kayuh,
    Kayuh di balik “BUKIT”
    Ape pak itam gaduh,.
    Buah pelir dah tesepit,

  29. kamparian

    Assalamualaikum…..
    gua adalah ahli DAP(Di Atas Pagar) mana2 pehak pun gua tak sokong.Gua lebih suka memerhatikan segala perlakuan mereka2 yang sebenarnya lupa bahawa meraka itu sebenarnya manusia biasa yang tamakkan harta,kuasa dan sebagainya….sebelum berkuasa meraka itu berjanji menjadi pemimpin yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat,tulus dalam pemerintahan dan tidak mengamal kan koruption…..tapi manusia tetap manusia. sampai masanya kita akan lupa.gua tak percaya masih ade lagi pemimpin yang benar2 jujur dalam kepimpinannya….meraka masih ade keluarga,saudara mara,rakan2 yang sentiasa mengharapkan sesuatu dari mereka. Jangan lah direbutkan tampuk kuasa yang takkan kekal lama….. jangan lah buang masa dengan perihal dan agenda politik masing2 sedangkan amanah meraka kepada rakyat terus dilupa…. gua sedih bila kita orang melayu ni terus jadi mangsa….. sampai sultan pun jadi mangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s