Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan – malaysiakini

Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu. Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak ‘berkata’ apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku. “Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. “Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar. “Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri,” katanya. Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru. Sementara itu, bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, pemimpin yang matang tidak akan kembali ke zaman gasar semata-mata apabila berdepan dengan krisis. Sebaliknya, kata beliau, pemimpin yang bijaksana akan berpegang kepada prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara dan Perlembagaan dengan mengekalkan budaya tinggi dan halus ketika menyelesaikan krisis tersebut. “Apa yang dimaksudkan sebagai budaya tinggi dan halus ini termasuklah taat setia kepada raja dan cinta kepada negara,” katanya. Menyifatkan situasi politik di Perak sebagai ‘krisis kecil’ dan sebahagian daripada proses kematangan politik tanah air, Dr Ibrahim berkata pada akhirnya hanya pemimpin yang sedemikian akan disanjung rakyat. “Jika pemimpin dan pasukan pemimpin ini bijak, maka rakyat juga akan menjadi bijak, dan saya yakin semua pihak yang terlibat akan belajar sesuatu daripada krisis ini dan akhirnya menjadi lebih matang,” katanya. Bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berpandangan, pembuat undang-undang yang tidak menghormati undang-undang tidak layak berada di dalam dewan yang menggubal undang-undang. “Sultan adalah pemerintah tertinggi sesebuah negeri, dan apa yang dilakukan Pakatan Rakyat ini kalau ikut budaya politik Melayu adalah satu penderhakaan yang tidak boleh diampun,” katanya. Beliau juga berpendapat golongan seperti itu wajar dihukum. “Kita mesti menuntut mereka yang mengetepikan perintah diraja, adat-istiadat Dewan Undangan Negeri, yang memperlekeh raja, supaya dihukum. “Barangkali dalam Perlembagaan tidak ada, tetapi daripada segi konvensyen dan istiadat perundangan orang-orang seperti ini mesti dihalang daripada hadir ke (persidangan) Dewan untuk tempoh tertentu,” katanya. – mstar

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan – malaysiakini

  1. Salam,

    Semenjak memerintah Perak selama 11 bulan, kerajaan boneka Pakatan Rakyat di Perak telah melakukan pelbagai kesilapan yang saya kira dapat membuka kembali mata sebahagian besar orang-orang Melayu (yang rasional) di Perak. BN dan Umno harus menggunakan kesempatan ini untuk membuat ‘re-positioning’ supaya dapat semula mengambil hati rakyat Perak.
    Mohon link blog saya redrooster191.blogspot.com di laman tuan.

    Terima kasih.

  2. pemuda pakatan rakyat

    wei sultan ke merentah negeri perak 2….esko pakatan rakyat ke ar…wei p lk baca dulu la mangkok

  3. alamak terlebih sudaaa

    hehe..mase idris jusoh dengan shahidan kasim melawan keputusan sultan..tak pulak dianggap menderhaka..takkan tak ingt 10 bulan lepas..macam mane penyokong BN diterengganu dengan kain rentas “kami mau idris, natang”….

    natang bermaksud: binatang..

    lompat parti sapa yang mulakan dulu pada tahun 1963???..siapa yang begitu lantang mengutuk lompat parti..bukan abdullah dengan najib dan kuncu2 umno ke..sekarang siapa yang merestui dan menghalalkan..???kenapa paklah senyap je??
    lepas tu boleh pulak calitkan taik ke muka pakatan rakyat..

    apa punya pemimpin laa zaman sekarang ni…dah dulu kata itu semua tak elok..tak baik..tapi bila ade kepentingan sendiri..semua ok..semua baik…

    paklah/najib..benda yang tak elok jgn diikut…amik yang baik laa…sekarang secara tak langsung /najib/paklah..mengiayakan apa yang anuar laungkan mase 16sep tu baik..dan ok…sebab apa…sebab depa ni pon duk ikut cara anwar…

    yaperdaaaaa

  4. alamak terlebih sudaaa

    PETIKAN DARI HARAKAH DAILY..

    Umno penderhaka agung
    Mohamed Hanipa Maidin
    Thu | Feb 12, 09 | 4:16:38 pm MYT

    Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.
    Iklan

    Inilah politik kotor yang dimainkan oleh ‘parti kotor’ seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.

    Umno penderhaka agung

    Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia’ (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai “penderhaka par excellence” (penderhaka agung).

    Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala penderhaka” apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

    Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.

    Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.

    krisis perlembagaan 1983

    Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

    Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.

    Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

    Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).

    Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).

    juara menderhaka

    Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.

    Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

    mengaibkan raja-raja

    Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

    Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.

    Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka”.

    “Sembah derhaka” bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil “hamba tua” . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?

    jahil bahasa istana

    Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon “menyembah sembah derhaka� . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

    Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

    Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

    Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?

    Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) “lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri” (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).

    undi tidak percaya

    Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.

    Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

    Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: “Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

    Dun tentukan status Adun

    Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.

    Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya “sembah derhaka” tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka. _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s