Karpal gesa Anwar henti ketuai Pakatan – malaysiakini

Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.

Ia merupakan kenyataan seumpama itu sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu.

Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan ‘keharmonian’ dalam Pakatan Rakyat.

“Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

“Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin,” kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda Umno berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.

Karpal menambah, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.

Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.

Tiga daripada mereka kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR, kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.

Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Anwar telah dilantik sebagai Ketua Umum.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kemudian sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sejak pembentukan Pakatan Rakyat, Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September.

Bagaimanapun sasaran itu tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya beliau terus meyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa beliau mempunyai sejumlah wakil rakyat BN yang secukupnya untuk tujuan tersebut.

Karpal turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan… saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya… saya telah banyak bersabar selama ini.

“Janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan Pakatan dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa Pakatan seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional.

“Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat,” katanya. – mstar

nota: Undur Lah ANWAR

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Karpal gesa Anwar henti ketuai Pakatan – malaysiakini

  1. bangsa Cina Malaysia

    Mr Karpal Singh without Anwar do you think PR can win 5 states ?.

    Anwar is not perfect so are you.

    please ..our aim now is to support MB nizar.( PR need to be united to be strong)

    If you are tired please ask your son Gobind to assist you.

    his Political skill is much better…

  2. Katharina Sri (former Noor Aza Othman)

    The real enemy is the double face PAS and UMNO! Karpal is making one big mistake to topple Anwar, since Anwar is getting a lot of educated Malay support, and has contributed a lot and suffered a lot, and such Malay support includes from hidden ones, especially from the civil service. Yes, Anwar make a lot of mistakes but who doesn’t, including what used to be very ethnocentric DAP before. As long as we realized and correct our mistakes, then we move on towards progressive history-making that will ensure real secular constitutional democracy rules in Malaysia, that ensures justice, equality and peace for ALL Malaysians! But by Karpal pursuing this, will however ensure Islamists from PAS and UMNO will get their big day!

    Katharina Sri (former Noor Aza Othman)
    Germany.

  3. ikankecil

    salam….
    hah ape lagi???
    si capal sink 2 da soh ltak jwtan……
    padan mke…
    bodo sgt………

    ikankecil berenang bebas…
    wasalam….

  4. tubir

    karpal ni pandai bercakap.tapi anuar lebih pandai menambat hati ,siapa yang mendengar anuar berceramah sudah pasti akan mengangap beliau adalah pejuang bangsa dan negara yang adil lagi saksama.Ini hanya retorik kedua dua Manusia yang bernama anuar dan karpal.
    memang mudah untuk mendapat sokongan rayat teruama dari golongan yang tak sebulu dengan apa yang dibuat oleh kerajaan .Golongan yang tiada hala tuju yang jelas seperti golongan muda .Dan sesetengah orang cina dan india dinegara kita ni.Orang orang melayu pun tidak terkecuali dari mengikut dan terrikut apa yang dicakapkan .
    pada peringkat asasnya hubungan antara kaum dinegara kita ini berada didalam kedaan baik dan saling menghoirmati diantara satu sama lain.tetapi sayang bila ada go;ongan yang membuat cerita dan menghasut dengan cerita cerita yang sedap didengar dan logik pada fikiran umum.kita harus ingat negara kita ada perlembagaan dan terbebtuk diatas rasa kesefahaman yang utuh disatu masa dulu.golongan golongan muda ada yang tak tau apa asas penubuhan negara disatu masa dahulu.Merika dilahirkan didalam kedaan negara senang dan segalanya cukup.Ini boleh dilihat dengan nyata dari golongan muda atau genarasi cina yang hidup dibandar.Merika bukan saja tidak fasih berbahasa Melayu tetapi tidak kenal akan pemimpin yang banyak berjasa kepada negara sehinga negara sampai ketahap ini.Kedaan bertambahburuk bila ada diantara pemimpin yang meletakan kepentingan diri melebihi dari perpaduan negara .
    Golongan muda memang mewakili perastusan yang terbanyak didalam pilihan raya .mengapa golongan muda lebih ramai ?.Ini mudah dijawab kerana kedaan keselamatan negara yang aman dan baik.Maka rayaat yakin dan boleh beranak ramai .kalau satu ketika dulu tidak ramai golongan bangsa cina yang mempunyaai bilangan anak yang melebihi 2 orang .Tapi cuba lihat sekarang ini .jika selama ini BN yang ditunjangkan oleh UMNO sebagai ketua memerintah segala kebajikan kaum kaum lain dilayan sama rata .Orang melayu tidak dapat semua apa yang diminta ,begitu juga dengan bangsa lain.Kita hidup sebagai satu pakatan yang telah lama hidup aman damai dan saling menghormati diantara satu sama lain .Memang didalam hidup bersama ini terdapat juga saat kita bercangah fikiran dan terlanjur kata ,tapi kita jangan mudah lupa akan ikatan yang kukuh satu masa dulu.
    Orang melayu tidak dapat semua ,kontrektor melayu yang mendapat lontrek kerajaan akan membeli barangan dari peniaga cina untuk membuat pembekalan atau melaksanakan projek .jadi orang cina pun dapat juga dan akhirnya semua akan dapat .cubalah kita halusi dasar kerajaan ini .Bila proses ini berjalan semua rayaat akan bahgia dan dapat berkerja dengan harmoni.Ramai orang orang melayu yang berkerja dengan taukeh taukeh cina untuk meyara kehidupan keluarga .begitu juga peniaga cina yang telah banyak mendapat pertolongan dari kerajaan secara langsung dan tidak langsung .
    kita terlupa apa yang telah kerajaan BN lakukan selama ini ………..Pembangkang pun dapat menafaat dari pentadbiran kerjaan BN,Jangan kita nafikan semua ini .Kita sering melihat rumput diseberang sana hidup subur dan hijau.Tapi pada hakikatnya apabila kita berpindah keseberang sana barulah kita nampak kedaan yang sebenarnya ………..
    Mengenaai karpal beliau ni seorang peguam.yang agak ternama dimalaysia .dan beliau dah mula angkuh dan lupa diri .ADA DIANTARA PERSOALAN YANG TIDAK BOLEH DISELSAIKAN OLEH UNDANG UNDANG ATAU MAHKAMAH .BELIAU DAH LUPA DIMANA LANGIT DIJUNJUNG DAN DIMANA BUMI DIPIJAK .BELIAU BEGITU BERANI MENCABAR RAJA RAJA MELAYU DAN UGAMA ISLAM .SUDAH BANYAK KALI BELIAU MEMBUAT PROVOKASI SEPERTI INI .SEKARANG INI LEBIH BERANI LAGI SEBAB ADANYA ANUAR DIDALAM KELOMPOK BELIAU .
    TETAPI ANUAR LEBIH BIJAK DENGAN TINDAKAN NYA MENAFIKAN AKAN MENDAWA SULTAN PERAK DIDALAM SOAL POLITEK YANG BERLAKU DIPERAK SEKARANG INI .DENGAN SIKAP BERDIAM DIRI AHLI AHLI LAIN DIDALAM DAP DAN PR MEMBUAT KARPAL BERSENDIRIAN .INI MEMBUAT BELIAU TERJERAT DAN MULA BERASA TERGUGAT .APAKAH AJINDA ANUAR DAN DAP KEATAS KARPAL?SAUDARA KARPAL TELAH BERGELUMANG DENGAN TAHI YANG DISIMPAN NYA SEKIAN LAMA .ORANG ORANG DIDALAM DAP DAN PKR TAK MAHU BERKONGSI KEBUSUKAN TAHI TERSEBUT……JADI TINGALAH PAS DAN KARPAL DIDALAM SOAL INI …………..
    TG NIK AZIZ NI DAH NANYOK JADI TAK PAYAHLAH KITA PEDULIKAN NYA …….KESIAN PULAK NAK BUAT ULASAN TENTANG BELIAU…..TAPI TENTANG PAS ,PAS TELAH RUGI BESAR DIDALAM PERKONGSIAN INI .WALAUPUN CUBA DINAFIKAN OLEH PAS .ORANG ORANG MELAYU YANG BEBCIKAN UMNO TELAH MENYOKONG PAS DIDALAM PRU YANG LALU , TEPAI MERASA KECIWA DENGAN TINDAKAN PAS .SEKARANG INI TINGALAH PENYOKONG DAN AHLI PAS SENDIRIAN .ITU YANG DIKATAKAN PAS MENGALAMI KERUGIAN BESAR.
    JIKA PAS BERSENDIRIAN WALAUPUN TIDAK MENYERATAAI UMNO ATAU BN PAS AKAN MENDAPAT SOKONGAN GOLONGAN MELAYU DIATAS PAGAR .SEKARANG GOLONGAN ATAS PAGAR LEBIH CENDRUNG MEMYOKONG BN DIMASA PRU AKAN DATANG ………SEKIRANYA PAS BERKERJA SAMA DENGAN UMNO ATAU BN PAS AKAN DAPAT BANYAK KEUNTUNGAN MORAL YANG MANA AKAN MEJURUS KEPADA SOKONGAN DIDALAM PRU YANG AKAN DATANG ……TAPI SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT…..KEDAH DIAMBANG BAHAYA POLITEK ……..MAMPUKAH PAS MELEPASI INI SEMUA ?DENGAN MB YANG BLANK (KOSONG )SAMA SAMALAH KITA TENGOK ……..
    WASALAM

  5. Kuntakinte

    Salam, tebaru AN War main politik sentiasa, dia bantai karpal kerana di katakan bahawa Karpal marah dia kerana dia tak setuju sama Tuanku Raja Perak. pada masa yang sama seminit dua sebelum pemberita intiview dia selepas saja dia habis ceramah di rumah resmi MB Perak, “kita akan bawa kes ini ke mahkamah!!!, kita tunggu keputusan mahkamah!!! PR tetap perakui bahawa Nizar MB Perak hingga Mahkamah memutuskan kelak….. betul2 punya Raja kencing betul lah si mangkuk penderhaka ini, dalam masa yang sama nak lari dari kena bantai dik rakyat Karpal jadi mangsa kononnya tak setuju Karpal saman Tuanku, Phui…..phui….

    Teman tak heran esok2 selepas episod hari ini akan ada kenyataan si haprak AN War akan melakunkan ayat2 seperti ” saya telah mengadap tuanku, bahawa tuanku tidak setuju perkenan kan BN memerintah Perak tetapi atas tekanan UMNO tuanku terpaksa akur, ini lah dia kerja ganster UMNO yang harus kita lawan mati matian!!!” atau “saya telah dimaklumkan oleh Seluruh Raja2 Melayu termasuk Yang Di Pertuan Agong bahawa Kerajaan negeri Perak MB nya Nizar, maka kerajaan BN Perak tidak layak menjadi kerajaan Negeri Perak, rakyat harus menentang UMNO habis2an” sama juga helahnya seperti dia lakonkan sebelum ini kepada rakyat dengan mengatakan Tuanku Yang Di Pertuan Agung perkenan untuk tubuh kerajaan persekutuan baru kerana ramai MP BN lompat parti, tertipu cukup banyak rakyat terutama nya orang melayu dibuat dik si AN War.

    Nescaya Karpal akan mati dibunuh sendiri oleh sahabat karib nya si AN War seperti 2 WR PKR yang telah dianiaya tanpa pembelaan dari AN War semata2 demi untuk melepaskan tengkok nya diatas krisis di Perak. siapa selepas ini? kita tunggu dan lihat.

  6. Palohotox

    Salam..
    Saudara tubir..
    Bagi kawan pendapat hang ni lebih kepada ‘syiok sendiri’ dan tipikal hardcore ‘UMNO’ ..
    Yang kawan perasan kat blog no sendiri pun nama2 yang harcore UMNO tu kalau tak hang kunta kinte pastu Mamak Penang..
    Nama2 yg tak biasa masuk aku tgk sume nyo dah takdak minat kat UMNO..
    Sedarlah UMNO ni dah jadi endangered species..
    Janganlah hang dok berangan PRU akan datang ni UMNO akan berkuasa lagi..
    Wassalam..

  7. Salam,
    Ha!ha!..ini cerita rumah tangga orang Mamak tak campur hal rumah tangga ini.Gimik politik!..kenal sangat dengan YB Karpal..Jelutong ini…Orang sikh ini memang pendendam..maka itulah kirti dan rambut tak pernah dibuang sejak zaman dulu…dendam dengan anwar tak habis lagi…dulu kamu (anwar dlm umno) buat saya (karpal) mcm mana..macam mana saya siksa (Operasi Lalang)..ini masa saya……Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s