Tarikh Elektrik Turun 1 Mac – malaysiakini

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya akan mengumumkan kadar baru lebih rendah bagi tarif elektrik pada 1 Mac ini.

Katanya, ia dijangka akan memberikan kesan positif di mana kadar penurunannya dijangka akan dikurangkan sebanyak 7 hingga 10 peratus melibatkan beberapa industri yang berdaya maju selain dari rumah kediaman.

“Kita telah pun berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pembentangan mengenainya akan dibuat dan dibincangkan kepada jemaah Kabinet pada Rabu ini.

“Bagaimanapun saya tidak boleh menyatakan jumlah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ‘Olek Sekampung’, program pengurangan kemudaratan di Pejabat Kesihatan Daerah Tampin di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, kata beliau, kementeriannya juga akan memberikan rebat kepada industri yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak bagi sesebuah industri seperti kilang pembuatan besi dan air.

Untuk itu, kata beliau, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengenal pasti beberapa syarikat industri yang dianggap strategik.

Shaziman, Ahli Parlimen Tampin, berkata turut diberi keutamaan ialah beberapa industri kritikal antaranya makanan yang dilihat menggunakan pekerja yang ramai selain mempunyai peralatan industri yang menggunakan sumber elektrik.

“Oleh yang demikian kita telah meminta Petronas untuk mengurangkan harga gas kepada sektor berkenaan yang dilihat dapat membantu mengurangkan kos penggunaan elektrik dan Kabinet juga telah meminta kementerian untuk melihat perkara ini,” katanya.

Katanya, adalah lebih baik menilai tarif berdasarkan perkembangan semasa tanpa menunggu lebih lama untuk menyemaknya. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Tarikh Elektrik Turun 1 Mac – malaysiakini

  1. Salam semua,

    Alhamdulillah, akhirnya kerajaan pimpinan BN sudah menunaikan tanggungjawab seperti apa yang telah dijanjikannya.
    Persoalannya sekarang, apakah Pakatan Rakyat tahu erti bersyukur dengan nikmat yang Allah beri melalui tangan pemimpin Barisan Nasional?

    Berhentilah daripada mencaci saudara sendiri semata-mata kerana kepentingan politik PR. Harus ingat, apabila nafsu mulai menguasai akal, manusia akan jadi kufur nikmat. Orang yang tidak tahu bersyukur cukup dicela oleh islam, sedangkan kita semua tahu ianya adalah benar.

    Kerajaan kita cukup banyak berbakti kepada rakyat, bagaimanapun kita harus sedar tidak ada satu kerajaan pun dalam dunia ini yang boleh memberikan segala yang diminta rakyat. Andainya ia berlaku, pasti negara kita runtuh oleh ketamakan manusia rakus yang sentiasa tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

    Inilah yang berlaku kepada iklim politik kita sekarang. Cuba bayangkan, sekiranya kerajaan menyerahkan pemerintahan kepada Pakatan Rakyat, apakah mereka boleh menguruskan negara pada ketika mereka sendiri pun tiada perancangan atau pendirian tentang bentuk kerajaan yang hendak dibuat. Inilah yang harus dilihat oleh kita.

    Tidak semua pembaharuan dalam politik itu bagus dan mempunyai kebaikan kepada rakyat yang berbilang kaum dan bangsa ini. Lebih selamat jika kita tidak memperjudikan negara kita ke arah kehancuran jika kita sendiripun tidak pasti apakah Pakatan Rakyat mampu menjaga kebajikan rakyat khususnya kaum melayu.

    Jika kita lihat cara Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah, kita akan rasa takut. Tiadakah cara yang lebih rasioanal yang sepatutnya digunakan mereka selain dari merusuh dan mengganas dalam menyelesaikan pertikaian ataupun rasa tidak puas hati terhadap pihak kerajaan? Pernahkah mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat mengutuk perlakuan yang dilakukan oleh penyokong mereka yang melampau? Apabila institusi raja-raja melayu dihina dan diaibkan, apakah tindakan pemimpin mereka?

    Kita sendiri sudah tahu, jadi berfikirlah.. Jangan sampai apabila semua yang kita pertahankan selama ini hilang satu hari nanti, maka kerajaan kita yang ada juga tidak lagi mementingkan kaum yang lemah, seperti kaum melayu… Pada masa itu tiada apa lagi yang perlu untuk disesalkan lagi..

  2. kuntakinte

    Salam, sdr. apai ngelai, cukup besar jasa kerajaan sejak dulu kala lagi walau pun dari satu pemimpin kepada pemimpin berpindah tangan penting tetap satu parti, bersyukurlah rakyat tiada bandingan nya jasa di berikan kepada rakyat..

    Dari minyak ke beras, sekarang ini kepada takrif elektrik pula, semata2 untuk kesejahteraan rakyat dan negara, itulah kerajaan UMNO dan BN. yang mampu dilakukan tetap dilaksanakan demi rakyat.

    Marilah sama2 kita dukung dan sokong UMNO dan BN. walau pun ada yang sakit hati dengan tindakan kerajaan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s