Zambry jamin bela nasib kaum India di Perak – malaysiakini

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi jaminan nasib orang India di negeri ini akan terus dibela walaupun kaum itu tidak mempunyai wakil daripada Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri BN.

“Walaupun tidak ada wakil kaum India. Namun dijamin semuanya akan dijaga dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigusubramania, Gunung Cheroh, di sini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai pertimbangan yang diambil oleh kerajaan negeri BN yang tidak mempunyai wakil kaum India dalam pembentukan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru, yang dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Selasa ini.

Terdahulu, Zambry yang diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo tiba di kuil itu pukul 8.30 pagi, telah meluangkan masa selama lebih 40 minit beramah mesra dengan penganut Hindu yang menyambut Thaipusam.

Dalam ucapan ringkas, Zambry menegaskan kepentingan semua kaum untuk terus bersatu padu bagi menjaga keamanan negara selain komitmen kerajaan BN untuk menjaga kepentingan semua pihak.

“Mari kita kembali bersatu, buang perkara yang tidak bawa kebaikan,” katanya.

Sebagai bukti segera komitmen BN, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan RM100,000 akan diberikan kepada kuil Hindu itu untuk menjalankan aktivitinya termasuk aktiviti keagamaan seperti meraikan Thaipusam.

Sementara itu, Murugiah yang juga bekas ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) berkata parti itu tidak akan meminta sebarang jawatan daripada kerajaan negeri BN memandangkan hal ehwal kaum India telah diperuntukkan di bawah bidang kuasa seorang timbalan menteri dalam kerajaan persekutuan.

“Kita tak mahu tekan. Apa yang penting bentuk kerajaan dulu,” kata Murugiah yang percaya Zambry akan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan nasib semua kaum dijaga.

Rajoo pula berkata tiga nama telah dihantar kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan selaku speaker Dewan Undangan Negeri bagi mewakili kaum itu.

Beliau yang enggan mendedahkan nama yang disenaraikan berkata kerajaan negeri juga boleh melantik wakil kaum India bagi jawatan yang setaraf dengan Exco kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan kaum itu.

“Kita harap perkara ini akan ditimbang sebaiknya,” katanya.

Perayaan Thaipusam berjalan dengan meriah di sini dengan penganut agama Hindu membawa kavadi dan berarak ke beberapa kuil utama di negeri ini, sekalipun situasi politik dicemarkan dengan insiden tunjuk perasaan sejak beberapa hari lepas.

Demonstrasi itu disertai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan itu telah tumbang apabila empat wakil rakyatnya keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

— BERNAMA

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Zambry jamin bela nasib kaum India di Perak – malaysiakini

  1. Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
    Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
    Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
    Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.

  2. tubir

    Adakah orang india dinafikan hak dan kebajikan selama ini? atau ada golongan yang memanaskan kedaan .Cuba fikirkan ………..Tak perlu membuat janji ,kepada perkara yang telah kita buat selama ini .
    wasalam

  3. tubir

    Apa salahnya melompat…….biarlah lagipun nik aziz kata tak salah kalau melompat ke PR ,tapi berdosa atau salah kalau melompat kedalam BN ….Apa punya tuan guru lah ni ……..Inilah orang yang dah terang terang mengunakan isu agama untuk kepentingan diri dan politek ……itu pun orang orang pas masih nak percayakan dia lagi……terutama orang kelantan ……..mati keringlah kat kelantan tu …….sampai nak cari sesuap nasi pun kena merantau kenegeri orang ……Buat semak kat kl ,Jb.selangor ja .
    Orang kelantan tak payah sokong BN sebab setiap kali pilihraya pasti BN akan beri peruntukan yang banyak untuk kelantan ,dengan harapan kelantan akan dapat dikuasi.Inilah stratigi orang kelantan yang harus BN sedari.
    Lupakan kelantan …………Dari kamus BN …..
    sekian wasalam

  4. keris silau

    assalamualaikum…
    bersetuju juga aku dgn pendapat alias. tidak seharusnya, perubahan pentadbiran kerajaan hanya kerana 2-3 orang yang membuat keputusan atas dasar ape yg kita sendiri kurang faham. baik dari pihak PR mahupan BN, sepakat lah dalam memerangi situasi ini kerana sedarlah kalian akan HAK rakyat telah dicemari dengan tindakan seperti ini. yang melompat tu, biarlah mereka ingin melompat, tetapi ingat, yang memangkah tidak semuanya melompat sama.

  5. Kuntakinte

    Salam, apabila pembangkang menang dengan majoriti mudah, yang menang mengadap DYMM Tuanku untuk mendapat perkenan Tuanku menubuh Kerajaan baru Perak dan persembahkan calon untuk menjadi Menteri Besar, berbagai nama diberi dan memakan masa juga kerana untuk mendapat persetujuan DAP calon MB akhirnya Tuanku perkenan Nizar sebagai MB, maka selesai sudah perlantikan MB atas persetujuan Tuanku.

    Akhir2 ini berlaku episod WR loncat keluar parti dan jadi bebas dan WR tersebut mengaku dideopan Tuanku menyokong BN, manakala Nizar mengadap Tuanku mengaku bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti WR, maka BN pula telah mendapat pengakuan 3 WR bebas dan 1 WR PKR masuk semula UMNO, BN persembahkan kepada TUanku kerana telah mendapat sokongan majoriti mudah untuk menubuh kerajaan.

    Tuanku atas kebijaksanaan nya dan kepakaran nya sebagai mantan Ketua Hakim negara, menjalankan siasatan dan mengambil masa untuk menkaji perundangan dan memanggil mengadap semula Nizar untuk kepastian dan memanggil kesemua WR BN dan Bebas untuk disoal siasat secara terus dgn Tuanku tanpa mewakil kan kepada Raja Muda atau Pegawai Istana.

    Akhirnya diatas kuasa dan pertimbangan Tuanku keatas keyakinannya terhadap Udang2 tubuh Negeri Prak Artikel 16 dan siasatan yang telah dilakukan maka Tuanku mengistiharkan tak berkenan untuk bubar DUN dan secara sendirinya MB dan Exco kena melepaskan jawatan, maka Tuanku perkenan mengistiharkan BN boleh menubuhkan kerajaan Negeri yang baru.

    Mudah dan amat mudah, semasa kita menang Tuanku juga perkenankan kita menubuh kerajaan negeri, apabila kita kalah Tuanku juga akhirnya membuat keputusan, dan mudah jalan nya sekiranya kita semua menerima dengan penuh akur dan daulat diatas titah tuanku….. mudah dan mudah..dan mudah itu yang mampu teman ungkapkan… sebagai rakyat Tanah jajahan Negeri Darul Ridzuan kita akur akan Raja2 Melayu.

    Tak perlu nak tawan jalanraya, tak perlu nak tawan kediaman M, tak perlu nak tawan Masjid Ubuddiah, tak perlu nak tawan Istana, ikut demokrasi mungkin dimasa2 depan tiba semula masa orang lain pula memerintah, kita perintah.. tak perlu racun otak rakyat untuk buat fitnah2 yang dah tak terhitung dik kita dosa yang terkumpul hanya dalam karung fitnah saja, belum dosa2 lain, rakyat yang terpalit.

    Undang2 lompat parti bagus di gubal semula, tetapi setelah kita terkena batang hidung sendiri baru nak gendang keling minta gubal, sedangkan itulah senjata kita menyucuk WR dan MP untuk lompat parti kita, itu lah kerja kita merata2 tak habis berpolitik, gendang sana sini untuk mengisahkan WR dan MP akan lompat ke parti kita, akhirnya secara tunai Allah tunjukkan kena batang hidung kita.

    MUDAH..MUDAH…MUDAH… hormati undang2 dan taati ulil amri… aman dunia dan akhirat.

  6. as

    Betul, saya sokong. BN tak perlu takut kalau kalau mereka rasa mereka dapat memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat. Rakyat sendiri dapat menilai sejauh mana khidmat yg diberi oleh mereka. mungkin rakyat dah nampak yg pakatan rakyat tak boleh memerintah. Apa yg saya nampak sekarang, BN agak gelojoh nak memerintah. Beri kuasa pada rakyat memilih. Ahli yg lompat parti tak boleh mewakili rakyat. mereka dah tipu rakyat sendiri.

  7. Kuntakinte

    Salam, sdr AS dalam Pilihanraya rakyat memilih Wakil Rakyat bukan nya memilih Menteri Besar, 3 pecahan parti bergabung dalam satu persetujuan mencalonkan seorang dan dipersembahkan kepada Tuanku untuk keputusan dan perkenan Tuanku, kalau ikut majoriti sebuah parti UMNO sendiri menang 27 kerusi dan MCA 1 kerusi maka BN parti yang berdaftar majoriti menang kerusi di Perak berbanding 3 parti yang bergabung atas dasar kepercayaan untuk memerintah negeri DAP 18 PKR 6 dan PAS 5.

    Jadi tak timbul gelojoh, bukan rakyat pilih MB tetapi Tuanku memilih MB atas persembah oleh Parti, siapa yang diperkenan Tuanku dia lah MB dan rakyat tak kira idiologi akur dan taat akan titah Tuanku atas dasar mendapat majoriti sokongan dalam Dewan Undangan Negeri. UMNO dan rakyat pula akur dengan titah Tuanku dan seharusnya mereka pun bersikap demikian atas sokongan majoriti dalam Dewan undangan Negeri terhadap BN lebihan 2 kerusi. simple dan mudah.

  8. Salam,
    Kaum India yang selama ini mengharapkan pemimpin kaumnya boleh mnyelesaikan masalah sosial masyarakat India telah ramai yang kecewa denga sikap pemimpin mereka.Kadangkala “kalau tak ada tali rotan pun boleh berguna juga”.MB atau Mama (Uncle) Bendahara anda diyakini akan memainkan peranan yang lebih baik dari pemimpin kaum India dalam menangani isu-isu sosial yang dihadapi di Perak.Yakin dan berilah kerjasama dengan MB baru itu.Wassalam.

  9. as

    Salam, sdr kuntakinte, saya tak persoalkan pemilihan MB oleh sultan. masalahnya, BN menjadi majoriti dgn bantuan 3 yb yg telah mengkhianati pengundinya. Jadi apa salahnya jika sekali lg diberi pilihan kpd rakyat sama ada mereka bersetuju atau tidak dgn pilihan YB mereka. Adakan saja p/raya di tempat 3 YB tersebut. Dan lihat hasilnya. Jika tidak sis. p/raya hanya membuang masa, tenaga dan wang sahaja kalau ahli politik boleh melompat bila2 masa. Lihat saja sekarang, Perak terus dilanda kemelut. Penyelesaian yg terbaik hanya melalui p/raya. Rakyat berhak memilih wakil mereka. Jika p/raya diadakan, sya amat yakin isu MB Perak akan berakhir dengan cara yg baik. Dan cara ini juga akan memberi pengajaran kpd mana2 ahli politik yg ingin menjadi katak.
    Untuk menilai sesuatu peristiwa, tidak perlu menjadi terlalu taksub pada satu2 politik. Nanti pertimbangan kita menjadi tidak adil.
    Utk pengetahuan sdr, saya tidak mewakili mana2 parti. Bg saya semua parti skrg hanya mementingkan kocek sendiri. Saya pernah dengar, kalau nak cepat kaya jadi saja ahli politik. Dan lg saya tetap memandang tinggi pd sistem beraja, yg menjadi payung kpd org melayu.

  10. Kuntakinte

    salam, sdr. as, teman hargai pandangan dan keresahan sedara, sedara resah dari segi pembaziran sekiranya berlaku lompat parti… teman rasa sedara juga harus berfikir seperti mana kemungkinan besar tuanku berfikir, sekiranya diadakan pilihanraya kecil di setiap DUN akan berlaku perbelajaan yang cukup tinggi dan besar, pembaziran akan lebih lagi berlaku dibanding kan hanya lompat parti tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan pun.. bukan teman suka akan cara politik lompat dan meloncat, dan cara politik ini pun di fomulakan dan di gendang sendiri oleh pembangkang terutamanya AN War, bukan BN yang bersikap demikian dan apabila kena di batang hidung mereka baru lah DAP dan PAS terlalak2 untuk diadakan undang2 lompat parti dan teman percaya BN pun akan sokong kalau dibentang undang2 lompat parti disebalik nya AN War membisu kerana malu akan fomula makan diri dia, yang loncat adalah YB PKR itu sendiri dan DAP malah mereka bukan masuk BN pun tetapi mereka menyokong BN dan dilafaskan depan Tuanku, disini nyata BN tak terlibat, jika BN terlibat tentunya 2 YB PKR masuk UMNO manakala DAP masuk MCA atau Gerakan dan PPP.

    Sedara as,isu ini sebenarnya mudah saja jika semua pembangkang menerima keputusan yang dibuat oleh Tuanku dan Tuanku sendiri yang “Lord of the Law” satu ketika dulu telah mengkaji dan menyiasat sendiri dan akhirnya menitahkan tidak perkenan membubarkan DUN tetapi secara tersendirinya seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri hilang jawatan masing2, ini termaktub dalam undang2 tubuh Negeri Perak fasal 16.6, bukan ke mudah… akur dan taat dengan ulil amri adalah seruan dalam Islam.

    Masalah yang timbul apabila pembangkang mempolitikkan institusi Raja, mereka yang diharapkan untuk menegakkan undang2 tubuh negeri selaku MB dan exco mencabar dan memperlekehkan undang2 itu sendiri, adakah pemimpin jenis ini hendak kita pilih, sedangkan anak2 kita pun kita ajar mengikut peraturan dan arahan kita selaku ketua keluarga, baru lah anak2 akan jadi manusia yang berguna disebaliknya pemimpin2 pembangkang sudah menjadi ketua Negeri melanggar undang2 semenang nya Negeri akan hancur, apabila negeri hancur Institusi Raja yang akhirnya diharap yang akan menyelamatnya, ini tidak kita juga menghancurkan Institusi Raja siapa yang akan menyelamatnya?.

    Tak benar sedara masuk politik jadi kaya… politik itu luas maknanya dan dia bukan nya kotor tetapi manusia yang mendokong nya perangai kotor… didalam parti mana sekali pun umpama dalam keluarga setiap anak2 kita mempunyai perangai masing2 bergitu lah dengan manusia.. apabila ada saja individu yang kaya dan senang dituduh kroni UMNO sedangkan dia belajar tinggi2 dan berusaha bersungguh maka dia akan berjaya, itu lah UMNO menyediakan berbagai prasarana untuk direbut oleh rakyat, Tetapi ada yang dengki akan mengatakan kroni UMNO.. manakala pembangkang akan tuduh rasuah, penyelewengan dan sebagainya semata2 untuk seleweng optak rakyat akhirnya rakyat percaya dan sokong parti dia dan itu lah salah satu politik, bercakap agar orang percaya cakap dia dan ini berjaya di lakukan oleh pembangkang.

    panjang kalau hendah di tuliskan, apa pun tahniah diatas pandangan sedara yang dituju khas pada kuntakinte dan kuntakinte hormat pandangan sedara as begitu juga harapan kuntakinte agar as menghormati pandangan teman.

    wasalam.

  11. Bakal PM

    Tahniah saudara kuntakinte…

    baik ulasan tu… Sy rasa kalau Pakatan Rakyat ikhlas nak berjuanguntuk rakyat daftarkanlah gabungan ketiga2 parti itu (DAP, PAS, PKR)… sebagai Parti Pakatan Rakyat… Apa yang saya nampak mereka sengaja xnak daftarkan parti dan nak memperbodohkan rakyat dengan cara mempergunakan satu sama lain untuk meraih sokongan.. Contoh dikawasan cina DAP akan menggunakan simbol roket untuk meraih undian pengundi cina dan mengarahkan PAS dgn lambang bulannya menarik minat org melayu di kawasan itu untuk mengundi DAP.. Tidakkah lebih baik mereka bersatu untuk meraih sokongan rakyat bukannya mempergunakan satu sama lain untuk memperoleh kemenangan.. saya fikir kalau DAP sendiri yang berkempen kpd org melayu nescaya ramai yang akan menolak… oleh itu daftarla pakatan rakyat dan kita lihat sama ada rakyat menerima atau tidak Pakatan Rakyat… itu pun kalau ikhlas…

  12. keris silau

    salam semua…

    baik kepada yg pro-BN atau pro-PR, sama2 la kita renung akan hal yg telah berlaku ini. baik siapa pun, pasti akan mengatakan akan pendapat mereka yg betul. tinjau balik penyebab masalah ini.
    1- tiada bukti
    setakat ni, tiada lagi bukti yg menunjukkan ke-3 YB tersebut diSOGOK oleh BN seperti didakwa oleh PR. dan yg pastinya kini tiada juga bukti kukuh dalam mensabitkan 2 drpd 3 YB tersebut yg dutuduh rasuah….(sebab ape? fikirlah sendiri…)
    2- kedaulatan sultan
    sebagai org melayu yg mana kekuatan kami berteraskan kedaulatan sultan2 kami, aku cukup sokong dgn kenyataan yg dikeluarkan oleh tuanku sultan selangor dan pemangku raja perlis. tetapi melayu juga (sedari dulu) bukan mahu menderhaka, hanya mahukan keadilan dari pihak tuanku. masakan ada pepatah “Raja adil Raja disembah, Raja zalim, Raja disanggah” dan pastinya institusi beRaja juga adalah manusia yg pasti buat silap. Ampun Tuanku, sembah patik harap di Ampun. tiada juga patik mendengar apa2 khabar atau titah dari tuanku Sultan Azlan Shah sejak dari titah perlantikan BN tempohari, walhal isu ini adalah isu negeri pemerintahan baginda Sultan Azlan Shah.
    3- hak rakyat
    adakan semula peliharaya DUN Perak? pastinya lebih byk kos akan digunakan. masakan mahu buat PRK pun dah telan belanja juta2, inikan pula pilihanraya DUN negeri. dalam kegawatan sekarang ni, itu adalah langkah yg kurang bijak. namun, sekiranya yg dibelanjakan adalah duit rakyat, dan semua yg dibelanjakan adalah untuk rakyat. rasanya biarlah rakyat PERAK bersuara untuk diri mereka. jgn biarkan 3-4 org yg mengkhianati undi rakyat yg diwakili mempermainkan hak rakyat. kelak dikutuk hingga ke tua, apa yg jadi.? wallahualam.

    walau ape pun, biarlah seperti menarik rambut dlm tepung… wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s