MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia – malaysiakini

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

“Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung,” kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

“Kami terkejut dan tindakan susulan akan diputuskan pada mesyuarat selepas upacara pengebumian,” kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mStar Online kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah kini berada di hospital.

Allahyarham Roslan merupakan Ahli Parlimen kedua yang meninggal dunia selepas bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) pada November lalu kerana sakit jantung.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan bulan lalu.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak. – mstar

nota Takziah buat keluarga Allahyarham

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia – malaysiakini

  1. Marilah kita bacakan al-Fatihah buat roh beliau

  2. umno celaka

    Pengundi Bukit Gantang bakal melepaskan geram pada UMNO celaka nanti… bersiap sedialah UMNO celaka menerima kekalahan besar nanti…..

  3. tubir

    Kematian adalah satu rahmat ,kepada yang masih hidup.Ini bertepatan untuk PR perak bersesuaian dengan kedaan masa sekarang ini.Mulakan lah stratigi untuk menghentam BN ,Dan mulakanlah cerita cerita yang akan memukau rayaat.Buatlah pembohongan yang akan nampak logik…..sebab rayaat kat bukit gantang tu bukanya cerdik sangat……kalau pembohongan itu dibuat dengan teliti dan ditambah pula dengan lakun layar oleh anuar maka ia akan membawa kejayaan .pangilah tuan guru nik aziz untuk bermunajad pada sepanjang malam sehinga tarikh pilihan raya kecil ini .dan jangan lupa jemput tuan haji LKS serta Tuan haji KS dan tetamu istemewa LGE dari pening tu ………akan bertambah berkat majlis itu nanti .

  4. Salam,
    Al- Fatihah…..Takziah buat keluarga Allahyarham.

    Dari Abu Hurairah r.a.,katnya Rasullulah s.a.w.Sabda:
    “Dunia ini adalah penjara bagi orang Mukmin – kalau dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga tetapi dunia ini syurga bagi orang kafir kalau dibandingkan dengan pedihnya siksa di neraka”.(Riwayat Muslim)

  5. pendi

    terima kasih tubir kerana tolong berkempen untuk PR

  6. alamak terlebih sudaaa

    BUAT TUBIR..DAN UMNO CELAKA…

    ingt kan kematian lagi bagus dari mulakan pertengkaran..

    alfatihah buat allahyarham..

    satu hari nnti..tanpa mengira parti mana..adiologi mana..sokong siapa..distinasinya satu…KUBUR…

  7. Battleship

    Semoga arwah dicucuri rahmat. Dengan harapan jasa baik & usaha murni arwah kepada penduduk dapat diteruskan oleh BN.

  8. Kuntakinte

    salam, warga BN mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s