Daily Archives: February 18, 2009

Anwar salahkan BN – malaysiakini

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi terbaru Barisan Nasional (BN) terhadap pembangkang.

Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.

“Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini. – utusan

nota: bila kena batang hidung sendiri, salahkan orang lain….kenapa tak salah elizabeth wong yang tidur separa bogel dengan bekas teman lelaki beliau. Mengapa tidak dinasihatkan agar berkahwin sahaja dari bersekedudukan dengan bukan suami.
Ya soal hak asasi akan dipersoalkan. Tetapi sebagai pemimpin, akhlak mulia amat disanjung.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Soi Lek: “Dunia belum kiamat bagi Elizabeth” – malaysiakini

Wakil rakyat Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah melakukan tindakan yang betul dengan menawarkan diri untuk meletak jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya dalam internet. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau memahami apa yang dilalui oleh Wong dalam tempoh 48 jam lepas dan menyampaikan simpati dan sokongan kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor itu.Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Wong, wakil rakyat berusia 37 tahun dari Parti keadilan Rakyat (PKR) itu perlu tabah dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini. “Dunia belum kiamat lagi dan Elizabeth Wong perlu tabah dan berani mengharungi ribut yang melanda dalam hidupnya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya http://www.drchua9.blogsport.com hari ini. “Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia mendapat simpati dan sokongan daripada saya,” katanya. Dr. Chua sendiri telah mengalami nasib yang hampir sama apabila meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti politik selepas mengaku sebagai orang yang sama dalam rakaman sex cakera padat digital (DVD) yang disebarkan di Johor pada penghujung tahun 2007. Bagaimanapun, beliau kembali ke arena politik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti MCA Oktober lalu. – mstar

nota: Tuah ayam nampak di kaki, tuah YB siapa yang tahu. Cubalah bertanding bagi jawatan tinggi dalam PKR, untung badan menang!!!

Apa2pun belum terlambat utk ucapkan tahniah buat Dr Chua Soi Lek yang menang jawatan Timb Presiden MCA tempohari.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda