Soi Lek: “Dunia belum kiamat bagi Elizabeth” – malaysiakini

Wakil rakyat Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah melakukan tindakan yang betul dengan menawarkan diri untuk meletak jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya dalam internet. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau memahami apa yang dilalui oleh Wong dalam tempoh 48 jam lepas dan menyampaikan simpati dan sokongan kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor itu.Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Wong, wakil rakyat berusia 37 tahun dari Parti keadilan Rakyat (PKR) itu perlu tabah dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini. “Dunia belum kiamat lagi dan Elizabeth Wong perlu tabah dan berani mengharungi ribut yang melanda dalam hidupnya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya http://www.drchua9.blogsport.com hari ini. “Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia mendapat simpati dan sokongan daripada saya,” katanya. Dr. Chua sendiri telah mengalami nasib yang hampir sama apabila meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti politik selepas mengaku sebagai orang yang sama dalam rakaman sex cakera padat digital (DVD) yang disebarkan di Johor pada penghujung tahun 2007. Bagaimanapun, beliau kembali ke arena politik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti MCA Oktober lalu. – mstar

nota: Tuah ayam nampak di kaki, tuah YB siapa yang tahu. Cubalah bertanding bagi jawatan tinggi dalam PKR, untung badan menang!!!

Apa2pun belum terlambat utk ucapkan tahniah buat Dr Chua Soi Lek yang menang jawatan Timb Presiden MCA tempohari.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Soi Lek: “Dunia belum kiamat bagi Elizabeth” – malaysiakini

  1. Ya, setuju. PKR masih memerlukan banyak orang orang yang mempunyai pengaruh besar seperti CSL.

  2. Kuntakinte

    Salam, apa pun kalau eli tak letak jawatan gambar tu tersebar meluas… ish..ish… bayang kan kalau eli pergi majlis, kaum lelaki dilarang hadir takut bayang dalm kepala yang bukan2… he..he…

    Kalau dia letak jawatan, dia tak perlu berjumpa orang ramai maka maruah akan dapat di cover tanpa merosak kan otak lelaki2 di bukit lanjan.

  3. tubir

    memang dunia belum kiamat……tapi kiamat politek telah lama berlaku………..ada yang masuk neraka …….dan ada yang dah keluar dari neraka…tapi masih terasa pedih seksaan di neraka………..berlajarlah dari guru yang banyak pengalaman …..

  4. Bakal PM

    memangla dunia belum kiamat… sepatutnya bersyukur… kalau dah kiamat azab kau kena seksa… tp rasanya kalau nak teruskan perbuatan keji tu teruskanlah….bukan aku yang tanggung balasan… mereka dan penyokong mereka yang menggalakkan maksiat la tanggung…. Lu pikirla sendiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s