Satu lagi PRK bakal diadakan – malaysiakini

Elizabeth Wong menyatakan pendirian tidak berganjak daripada keputusannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Kenyataan terbaru ini, yang ketiga dalam tempoh empat hari, dikeluarkan selepas semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa isu itu akan diselesaikan selepas Wong bercuti selama sebulan dan akan menghadap Sultan Selangor Rabu depan.

Semalam juga polis mengunjungi rumah Wong untuk siasatan susulan.

Dalam kenyataan hari ini, Wong, 37, memberitahu: “Saya telah memaklumkan pemimpin-pemimpin parti saya bahawa saya bertekad untuk melepaskan kesemua jawatan saya.”

Pada sidang media kelmarin, Wong mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk melepaskan kedua-dua jawatan itu ekoran pendedahan bahawa gambar atau video yang beliau dalam keadaan separuh bogel kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti atas keprihatinan dan galakkan mereka… saya meminta pemahaman mereka tentang nasib saya,” kata beliau dalam kenyataan satu yang diakhiri dengan nama “Elizabeth Wong”.

Dua kenyataan terdahulu diakhiri dengan nama dan jawatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Satu lagi PRK bakal diadakan – malaysiakini

  1. Kenyataan pembangkang bukan boleh dipercaya sangat, mungkin untuk buat orang pujuk sahaja.

  2. Bakal PM

    aku dah terbayangkan perkara2 yang memualkan kalau nampak eli ni berucap kat mana2 majlis nanti… baik la letak jwtn takut anak2 muda kat malaysia ni nanti ikut teladan pemimpin mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas yang terlampau…

  3. Salam,

    Perbedzaan hak kebebasan Induvidu dalam Sistem Demokrasi (Induvidual Freedom) perlu difahami.Sebagimana kita ketahui Semua warga dan juga pemimpin politik tertakluk pada Peraturan Undang-Undang (Rules of Law).Kuasa pemimpin kerajaan dikawal selia oleh perlembagaan Negara di mana dengan jelas memberi Hak dan kebebasan untuk setiap rakyatnya TETAPI MENGAWAL HAD KEBEBASAN INI DENGAN BERKEPENTINGAN GOLONGAN HAK MAJORITY.Seperti pihak pembangkang menyoal kerajaan berkenaan kegiatan Demonterasi Jalanan itu adalah hak Induvidu tetapi jika ia membawa keburukan untuk golongan rakyat majoritinya maka mengadakan demontrasi Jalanan dianjurkan oleh golongan yang minoriti adalah bukan Hak induvidu.Dalam sistem Demokrasi selalunya di utamakan untuk golongan Majoriti dan bukan untuk Induvidu.Kalau kita kaitkan perkara ini kepada kes YB Eli , adakah kes YB Eli telah memberi impak moral pada majoriti rakyat kalau “ya ” jawapanya maka ini bukan Hak kebebasan Induvidu tetapi kepentingan majoriti yang mengundi dan melantik beliau sebagai wakil untuk majoriti rakyat di kawasan undinya itu…mana boleh dikatakan ia adalah Hak kebebasan Induvidu?.Maka seharusnya YB Eli perlu letak jawatan yang diberi oleh Majoriti penduduk yang diwakilinya.

    Tetapi …..kalau kita mengikut negara Amerika yang berIdeologi Politik Libralisma lain lah pula ceritanya. Apa yang kita fahami parti PKR berideologikan Liberalisma; maka dalam Libralisma peraturan Undang-undang “Rules Of Law” amat diberi penekanan.Bagi pemikir ahli politik Libralisma ini “Induvidu” adalah asas kepada undang-undang dan sosial sesuatu negara.Politik Libralisma menekankan warga negara itu membuat undang-undang dan berjanji mematuhi undang-undang tersebut, ia juga digelar “Kontrak Sosial” diantara Undang-Undang dan Warganya.Ini diberdasarkan kepada Induvidu yang menentukan apa yang terbaik untuk mereka. Dalam kaedah ini Libralisma menekankan “Hak induvidu” dan “Hak Persamaan dalam peluang berkongsi ekonomi negara”.Sebab itulah kita mendengar banyak rungutan dan pembelaan dalan isu YB Eli ini yang mengatakan ” itu hak induvidu Eli” dia berhak dalam hak Induvidunya.Dalam perkara ini ahli – ahli PKR sebagai ahli politik fahaman Politik Libralisma betul.kerana bagi mereka hak Induvidu adalah perkara pokok dalam fahaman politik Demokratik berliberalsima.

    Harus difahami bahawa fahaman liberasima cara PKR ini ada dua tanggung jawab yang besar terhadap rakyat dan negara; ia itu mengawal kebebasan ekonomi (economical Freedom) negara yang kemungkinan akan memcicirkan bangsa Melayu dalam perjuangan ahli politik jenis liberal dalam perjuangan hak persamaan berkongsi ekonomi negara.Dan juga mereka berjuang untuk “Ucapan Bebas” (Free Speech)yang akan membawa padah dengan perkataan – perkataan Lucah,pencacian,ucapan yang mengapikan persengketaan kaum ,atau fitnah terhadap pemimpin tinggi kerajaan.Kerajaan sebagai pemacu dalam kebebasan dan menjaga keharmonian rakyat mempunyai tanggung jawab yang berat.Bukan hanya menang dalam pilihanraya.Dengan ini PKR atau pun Ideologinya tidak boleh pakai di senorio politik negara ini.

    Maka YB Eli perlu undur diri bukan kerana hal peribadinya tapi kehendak sistem demokrasi itu sendiri yang majoriti masyarakat yang memilehnya memandang YB Eli tidak lagi dapat menjaga dengan baik peribadinya sehingga gambar itu diambil oleh pihak lain yang mengaibkan dirinya.Sekiranya peribadi sendiri tidak boleh jaga apakah rahsia-rahsia kerajaan yang sulit boleh dijaganya?Inilah persoalan yang perlu dijawab.Walau bagaimana secara peribadi mamak ucapkan syabas padanya kerana mengambil suatu tindakan yang baik sebagai wanita asia yang mempunyai moral yang tinggi.Islam melarang mengaibkan diri orang lain maka jangalah kita terus aibkan diri wanita yang malang yang terjebak dengan kekasih yang tidak berperikemanusiaan.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s