Daily Archives: February 20, 2009

Sah Shahrizat cabar Rafidah – malaysiakini

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno bulan depan.

Dengan keputusan itu, Datuk Kamilian Ibrahim pula memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding.

Utusan Malaysia memetik pejabat Setiausaha Agung melaporkan Shahrizat memilih untuk bertanding jawatan Ketua Wanita.

Katanya, borang penerimaan dan penolakan pencalonan yang dikembalikan oleh Shahrizat baru-baru ini menunjukkan beliau menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan kerusi Majlis Tertinggi.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi seseorang ahli Umno untuk menerima pencalonan atau sebaliknya.

Pemilihan tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri diadakan sehari lebih awal sebelum pemilihan pusat.

Shahrizat menerima 73 pencalonan manakala Rafidah pula 118 pencalonan.

Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno petang ini.

Shahrizat sudahpun membayangkan akan mencabar Rafidah akhir tahun lalu. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan – Malaysiakini

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa Umno cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin Umno juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mereka mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukti-ibukti yang menyokong dakwaannya.

Beliau memberitahu pemberita di luar dewan kemudian bahawa beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen Umno menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

Menyentuh mengenai perkembangan politik di Perak, Anwar (PKR-Permatang Pauh) mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, sebaliknya bersetuju jika kerajaan negeri yang disifatkannya tidak sah, disaman.

Kerajaan Perak kini dikuasai BN selepas tiga Adun bebas di negeri itu menyatakan sokongan kepada BN yang mempunyai 28 kerusi, menumbangkan pakatan DAP, PAS dan PKR yang juga mempunyai 28 kerusi. BERNAMA

nota:

1. Anwar Ibrahim sudah goyang…

2. Bapak borek anak rintik….kepala tidak bermoral…anak2 buah pun takda moral…

3. Bila ADUN Bota sertai PKR…atas perjuangan tapi sebaliknya kata rasuah, tak beretika

4. Senjata makan tuan. Takbur dan angkuh.

5. Ingat, Allah lebih berkuasa dan bukannya manusia.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda