Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno bulan depan.
Dengan keputusan itu, Datuk Kamilian Ibrahim pula memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding.
Utusan Malaysia memetik pejabat Setiausaha Agung melaporkan Shahrizat memilih untuk bertanding jawatan Ketua Wanita.
Katanya, borang penerimaan dan penolakan pencalonan yang dikembalikan oleh Shahrizat baru-baru ini menunjukkan beliau menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan kerusi Majlis Tertinggi.
Hari ini merupakan hari terakhir bagi seseorang ahli Umno untuk menerima pencalonan atau sebaliknya.
Pemilihan tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri diadakan sehari lebih awal sebelum pemilihan pusat.
Shahrizat menerima 73 pencalonan manakala Rafidah pula 118 pencalonan.
Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno petang ini.
Shahrizat sudahpun membayangkan akan mencabar Rafidah akhir tahun lalu. – mstar
This rafidah should just let sharizat take over and lead the wanita umno. Go spend some times with ur grandchildren and enjoy life while you can.
baguslah tu.
sepatutnyalah tu
Demokrasi!!! elok lah bertanding supaya ahli bolih memilih pemimpin yang mereka mahu menerajui UMNO.
Kalah menang biasa lah adat pertandingan, sekira nya mak cik Ezat tumpas maka pandai pandai lah bawa diri dan kalau nenek Fidah menang elok lah tu sekurang kurang nya ada ketua wanita yang berani tak lah asyik angguk dan senyum sahaja.
Semoga salah sorang berjaya dan yakin ketentuan ILLAHI.