Singh Is King?? – malaysiakini

Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik perkataan “celaka” yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

“Barang kali ini jadi satu rekod dalam dunia,” katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini,” katanya menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

“Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya,” katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

“Bukit Gelugor boleh terus ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai Yb,” kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

“Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King,” kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang.

Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh (Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak ada taring. BERNAMA

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Singh Is King?? – malaysiakini

  1. tubir

    Singh is king,singh is king,singh is king kong,singking

  2. Dier ni patut kene tembak jer…menyemak jer….kurang hajar lebih…carik mampos nk melawan Daulat Sultan??

  3. Bakal PM

    singh is king?? mungkin kot kalau kat india.. tp sini malay la macha… kalau nak jd king boleh tp untuk PM x kesampaian.. ala mat jenin 16 september…

  4. ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

    temana tak heran sgt sebab semua dah maklum dema gila kuasa termasuk jugak anwar…, nizar…., ngeh….. kan semua nak jadi vvip atau menteri beso

    jadi bila benggali ni terpinggir ..pastu dah semua jawatan di Negeri (MB) dah abih di bolot pas dengan PKR ..itu yang di konar lak alang2 menyelok pekasam bior ..lantak ler muntah makan nya. dema pedulik apa.. orang lain yg dema sumbatkan…sebab dema banyak mulut bang & gang… menitik ayor lior.. apa bikin kecik punya barang.. baik hantam busar punya…. boleh jadi KING… tarak peduli kelingKING ke, KINGKONG ker … jadi boleh jadi king… butul … tak da main-main woi!

    sekupang dua terpikior..lagi banyak mengkomer menipu..lagi banyak abang ali UNTUNG BUSAT… banyak job buleh abang ali dapat. he he he.. kesian, jom masuk UMNO seligi si bengali tamak dan kaki temberang !

  5. reezz

    sing is king gle, rambut hampir xde, ckp mcm org gle, nk brgerak pon srh org gle tolakkan……. betullah king, king of OKU
    pegi mampos

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s