Daily Archives: February 27, 2009

Ketuanan Melayu = Raja-Raja Melayu…Ketuanan Rakyat = Republik? – malaysiakini

Isu cabaran terhadap institusi Raja-Raja Melayu ekoran polemik politik yang melanda negeri Perak tidak terhenti setakat itu sahaja. Jika bapanya Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu menyaman Sultan Perak, anaknya Gobind Singh Deo yang merupakan Ahli Parlimen Puchong pula mencadangkan agar Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat.

Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuashati bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat memperolehi sokongan majoriti di dewan itu.

Cadangan itu yang dibuat melalui soalannya di Dewan Rakyat hari Rabu mendapat reaksi keras daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan cadangan Gobind itu mengesahkan bahawa pembangkang memang memperjuangkan ketuanan rakyat.

“Dia kata saya menghasut sebenarnya soalan dia yang menghasut kerana dalam perlembagaan kita yang tidak dipinda lagi ialah perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong maka cadangan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat itu sebenarnya hendak mengalihkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri kepada rakyat.

“Sebab itu saya kata mereka ini memperjuangkan ketunanan rakyat kenapa marah dengan saya. Kita kata ketuanan Melayu bukan kerana Melayu itu lebih besar daripada Cina dan India tetapi kerana ketuanan Raja-Raja Melayu yang telah memerintah di tanah ini lebih daripada lebih 100 tahun yang lalu yang telah membentuk yang bertamadun. Jadi yang dia sakit hati pasal apa kerana soalan dia yang meyakitkan hati sebenarnya,” kata Nazri.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat ekoran soalan Gobind yang membawa kepada beliau menyifatkan pembangkang memperjuangkan ketuanan rakyat.

Beberapa Ahli Dewan Rakyat telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyifatkan Nazri menghasut.

“Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri.

Malah menjawab tuduhan bahawa beliau menghasut, Nazri berkata “dia yang menghasut kerana dia hendak menghapuskan hak Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri . Dia yang mahu alihkan kuasa lantik Perdana Menteri yang ada pada daripada Agong kepada rakyat. Dia yang sebenarnyamenghasut, jadi tak salah saya kata dia perjuangkan ketuanan rakyat”.

Dengan itu jelasnya, Gobind tidak boleh mendakwa beliau membuat hasutan kerana sebenarnya Gobindlah yang menyakitkan hati rakyat. – sumber agendadaily

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda