Isu cabaran terhadap institusi Raja-Raja Melayu ekoran polemik politik yang melanda negeri Perak tidak terhenti setakat itu sahaja. Jika bapanya Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu menyaman Sultan Perak, anaknya Gobind Singh Deo yang merupakan Ahli Parlimen Puchong pula mencadangkan agar Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat.
Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuashati bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat memperolehi sokongan majoriti di dewan itu.
Cadangan itu yang dibuat melalui soalannya di Dewan Rakyat hari Rabu mendapat reaksi keras daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan cadangan Gobind itu mengesahkan bahawa pembangkang memang memperjuangkan ketuanan rakyat.
“Dia kata saya menghasut sebenarnya soalan dia yang menghasut kerana dalam perlembagaan kita yang tidak dipinda lagi ialah perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong maka cadangan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat itu sebenarnya hendak mengalihkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri kepada rakyat.
“Sebab itu saya kata mereka ini memperjuangkan ketunanan rakyat kenapa marah dengan saya. Kita kata ketuanan Melayu bukan kerana Melayu itu lebih besar daripada Cina dan India tetapi kerana ketuanan Raja-Raja Melayu yang telah memerintah di tanah ini lebih daripada lebih 100 tahun yang lalu yang telah membentuk yang bertamadun. Jadi yang dia sakit hati pasal apa kerana soalan dia yang meyakitkan hati sebenarnya,” kata Nazri.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat ekoran soalan Gobind yang membawa kepada beliau menyifatkan pembangkang memperjuangkan ketuanan rakyat.
Beberapa Ahli Dewan Rakyat telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyifatkan Nazri menghasut.
“Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri.
Malah menjawab tuduhan bahawa beliau menghasut, Nazri berkata “dia yang menghasut kerana dia hendak menghapuskan hak Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri . Dia yang mahu alihkan kuasa lantik Perdana Menteri yang ada pada daripada Agong kepada rakyat. Dia yang sebenarnyamenghasut, jadi tak salah saya kata dia perjuangkan ketuanan rakyat”.
Dengan itu jelasnya, Gobind tidak boleh mendakwa beliau membuat hasutan kerana sebenarnya Gobindlah yang menyakitkan hati rakyat. – sumber agendadaily
Just passing by.Btw, your website have great content!
_________________________________
Making Money $150 An Hour
assalamualaikum semua!
patik tetap mendaulatkan sultan perak, DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…DAULAT TUANKU!….DAULAT TUANKU!…
Sekupangdua sampai sekarang tak dapat jawapan yg ada dalam kepala hotak PAKATAN RAKYAT … apeler yg nak dilaungkan kepada si bengali ni bila dia perasan jadi KING! tak kan nak di takbirkan pulak… tapi teman bukan tak terkejut pulak… sebab apa teman pernah tengok dema bertakbir dalam tokong suatu ketika dulu.. di perak… tokong budha dijalan boon siew bila perhimpunan yg turut di hadiri tn guru nik aziz dan orang kuat PKR dan DAP,
MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL DI SELURUH NEGARA{ Mac 2, 2009 @ 12:00 pm } · { Majlis Ilmu, Mawlid }
{ Tags: Habib Kazim, habib soleh, maulid } · { Komentar (2) }
Di Masjid Al-Falah USJ9
aturcara @ 7 Mac 2009:
1) KULIAH SUBUH oleh:
AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI
2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
– CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
– bacaan WIRDUL LATHIF
– Solat Maghrib
– bacaan MAULID & QASIDAH
– CERAMAH UTAMA oleh :
HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
(Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)
anda juga turut dijemput
ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
bermula pada :
3.30 pg ISNIN (9 MAC 2009)
ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
————————————————————
JADUAL MAJAALIS HABIB KAZIM AS-SAGGAF
TARIKH
mASa
PROGRAM
TEMPAT MAJLIS
5/3
7 mlm
Maulid
Masjid AlBukhari K.Lumpur
6/3
7 mlm
Maulid
Masjid Nahdatul Islam Sek 18 Shah Alam
7/3
6 mlm
Maulid
Masjid Al-Falah USJ 9
8/3
12 t/hari
Kelas
Madras An-Nur di Pantai Dalam
8/3
7 mlm
Maulid
Baitul Qurra,Sg.Udang Melaka
9/3
7 mlm
Maulid
Masjid Baitul Aman,K.Lumpur
10,11,12/3
Program di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis
13/3
12 t/hari
Khutbah
Di Masjid UIA
14/3
11 pagi
Bahas
Perbahasan di Jenderam
14/3
7 mlm
Maulid
Di Jenderam
15/3
12 t/hari
Kelas
Madras An-Nur
di Pantai Dalam
15/3
7 mlm
Maulid
Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh,
Pahang
16/3
7 mlm
Maulid
Masjid Seremban N.Sembilan,
17/3
7 mlm
Maulid
Melaka
18/3
7 mlm
Mauid
Rumah Ben Alawi di Kemensah Heights
http://pondokhabib.wordpress.com