Monthly Archives: February 2009

Soi Lek: “Dunia belum kiamat bagi Elizabeth” – malaysiakini

Wakil rakyat Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah melakukan tindakan yang betul dengan menawarkan diri untuk meletak jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya dalam internet. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau memahami apa yang dilalui oleh Wong dalam tempoh 48 jam lepas dan menyampaikan simpati dan sokongan kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor itu.Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Wong, wakil rakyat berusia 37 tahun dari Parti keadilan Rakyat (PKR) itu perlu tabah dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini. “Dunia belum kiamat lagi dan Elizabeth Wong perlu tabah dan berani mengharungi ribut yang melanda dalam hidupnya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya http://www.drchua9.blogsport.com hari ini. “Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia mendapat simpati dan sokongan daripada saya,” katanya. Dr. Chua sendiri telah mengalami nasib yang hampir sama apabila meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti politik selepas mengaku sebagai orang yang sama dalam rakaman sex cakera padat digital (DVD) yang disebarkan di Johor pada penghujung tahun 2007. Bagaimanapun, beliau kembali ke arena politik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti MCA Oktober lalu. – mstar

nota: Tuah ayam nampak di kaki, tuah YB siapa yang tahu. Cubalah bertanding bagi jawatan tinggi dalam PKR, untung badan menang!!!

Apa2pun belum terlambat utk ucapkan tahniah buat Dr Chua Soi Lek yang menang jawatan Timb Presiden MCA tempohari.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Elizabeth tawar letak jawatan – malaysiakini

Exco Kelangor Negeri Selangor, Elizabeth Wong akan menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau ijangka membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibupejabat PKR di Tropicana.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya – kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya – sewaktu beliau sedang tidur.

Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.
Dengan peletakan jawatan Elizabeth, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan pilihanraya kecil di Bukit Lanjan, pada masa yang sama dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang telah ditetapkan serentak pada 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Difahamkan, turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Saya mangsa gambar separuh bogel” – malaysiakini

“Saya mangsa dalam kejadian ini.” Demikian reaksi Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Selangor, yang gambar berkeadaan bogelnya kini disebarkan menerusi internet dan MMS. Dalam kenyataan satu muka, yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjang itu berkata, di sebalik ‘krisis ini’ beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor. Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan “serangan dengki” ke atas personaliti beliau. “Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang sedang mencuba untuk menyebarkan foto atau video yang menunjukkan saya sedang tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam keadaan intim. “Penyebaran dan penerbitan foto-foto atau video sedemikian merupakan serangan bersifat jahat ke atas personaliti saya. “Saya adalah mangsa dalam kejadian ini,” kata wakil rakyat berusia 37 itu, yang masih belum berumah tangga dalam kenyataan berkenaan. Kata Wong, semalam beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. “Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka. “Oleh itu, saya tidak akan membuat spekulasi secara terbuka mereka yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan privasi saya,” katanya. Pada sidang media pukul 3 petang tadi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan satu laporan mengenainya telah dibuat tetapi polis masih menyiasat isu tersebut. Kata beliau, polis belum menerima kewujudan gambar-gambar sedemikian dan mahu mereka yang memilikinya agar menyerahkan kepada pihaknya. Wong, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor menambah, buat masa sekarang beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor. “Saya menerima banyak sokongan datripada penyokong, rakan, sahabat dan penduduk di bahagian saya. “Saya ingin mengucapkan terimas kasih kepada keprihatinan, sokongan dan galakkan mereka. “Anggota keluarga saya di belakang saya. Saya merayu kepada media agar memberikan ruang kepada saya dan anggota keluarga saya dalam menghadapi cabaran besar ini,” kata wakil rakyat penggal pertama itu. Sebelum menyertai politik Wong merupakan aktivis pertubuhan bukan kerajaan khususnya Suaram. – mstar

nota: harap pihak polis dapat menyiasat dengan teliti walaupun pihak polis sering dijadikan ‘mangsa’ oleh pihak pembangkang.

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tuanku Mizan dukacita isu perkauman terus dibangkit – malaysiakini

Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Tuanku Mizan bertitah, baginda dukacita kerana walaupun negara sudah 51 tahun merdeka, isu-isu perkauman sempit masih dibangitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-12 sebentar tadi.
– mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenyataan Akhbar Khas DYMM Sultan Selangor

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob” amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi Raja-Raja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

nota: DAULAT TUANKU!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia – malaysiakini

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

“Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung,” kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

“Kami terkejut dan tindakan susulan akan diputuskan pada mesyuarat selepas upacara pengebumian,” kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mStar Online kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah kini berada di hospital.

Allahyarham Roslan merupakan Ahli Parlimen kedua yang meninggal dunia selepas bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) pada November lalu kerana sakit jantung.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan bulan lalu.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak. – mstar

nota Takziah buat keluarga Allahyarham

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Zambry jamin bela nasib kaum India di Perak – malaysiakini

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi jaminan nasib orang India di negeri ini akan terus dibela walaupun kaum itu tidak mempunyai wakil daripada Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri BN.

“Walaupun tidak ada wakil kaum India. Namun dijamin semuanya akan dijaga dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigusubramania, Gunung Cheroh, di sini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai pertimbangan yang diambil oleh kerajaan negeri BN yang tidak mempunyai wakil kaum India dalam pembentukan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru, yang dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Selasa ini.

Terdahulu, Zambry yang diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo tiba di kuil itu pukul 8.30 pagi, telah meluangkan masa selama lebih 40 minit beramah mesra dengan penganut Hindu yang menyambut Thaipusam.

Dalam ucapan ringkas, Zambry menegaskan kepentingan semua kaum untuk terus bersatu padu bagi menjaga keamanan negara selain komitmen kerajaan BN untuk menjaga kepentingan semua pihak.

“Mari kita kembali bersatu, buang perkara yang tidak bawa kebaikan,” katanya.

Sebagai bukti segera komitmen BN, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan RM100,000 akan diberikan kepada kuil Hindu itu untuk menjalankan aktivitinya termasuk aktiviti keagamaan seperti meraikan Thaipusam.

Sementara itu, Murugiah yang juga bekas ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) berkata parti itu tidak akan meminta sebarang jawatan daripada kerajaan negeri BN memandangkan hal ehwal kaum India telah diperuntukkan di bawah bidang kuasa seorang timbalan menteri dalam kerajaan persekutuan.

“Kita tak mahu tekan. Apa yang penting bentuk kerajaan dulu,” kata Murugiah yang percaya Zambry akan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan nasib semua kaum dijaga.

Rajoo pula berkata tiga nama telah dihantar kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan selaku speaker Dewan Undangan Negeri bagi mewakili kaum itu.

Beliau yang enggan mendedahkan nama yang disenaraikan berkata kerajaan negeri juga boleh melantik wakil kaum India bagi jawatan yang setaraf dengan Exco kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan kaum itu.

“Kita harap perkara ini akan ditimbang sebaiknya,” katanya.

Perayaan Thaipusam berjalan dengan meriah di sini dengan penganut agama Hindu membawa kavadi dan berarak ke beberapa kuil utama di negeri ini, sekalipun situasi politik dicemarkan dengan insiden tunjuk perasaan sejak beberapa hari lepas.

Demonstrasi itu disertai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan itu telah tumbang apabila empat wakil rakyatnya keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

— BERNAMA

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Karpal gesa Anwar henti ketuai Pakatan – malaysiakini

Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.

Ia merupakan kenyataan seumpama itu sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu.

Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan ‘keharmonian’ dalam Pakatan Rakyat.

“Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

“Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin,” kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda Umno berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.

Karpal menambah, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.

Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.

Tiga daripada mereka kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR, kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.

Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Anwar telah dilantik sebagai Ketua Umum.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kemudian sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sejak pembentukan Pakatan Rakyat, Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September.

Bagaimanapun sasaran itu tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya beliau terus meyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa beliau mempunyai sejumlah wakil rakyat BN yang secukupnya untuk tujuan tersebut.

Karpal turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan… saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya… saya telah banyak bersabar selama ini.

“Janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan Pakatan dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa Pakatan seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional.

“Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat,” katanya. – mstar

nota: Undur Lah ANWAR

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tarikh Elektrik Turun 1 Mac – malaysiakini

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya akan mengumumkan kadar baru lebih rendah bagi tarif elektrik pada 1 Mac ini.

Katanya, ia dijangka akan memberikan kesan positif di mana kadar penurunannya dijangka akan dikurangkan sebanyak 7 hingga 10 peratus melibatkan beberapa industri yang berdaya maju selain dari rumah kediaman.

“Kita telah pun berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pembentangan mengenainya akan dibuat dan dibincangkan kepada jemaah Kabinet pada Rabu ini.

“Bagaimanapun saya tidak boleh menyatakan jumlah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ‘Olek Sekampung’, program pengurangan kemudaratan di Pejabat Kesihatan Daerah Tampin di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, kata beliau, kementeriannya juga akan memberikan rebat kepada industri yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak bagi sesebuah industri seperti kilang pembuatan besi dan air.

Untuk itu, kata beliau, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengenal pasti beberapa syarikat industri yang dianggap strategik.

Shaziman, Ahli Parlimen Tampin, berkata turut diberi keutamaan ialah beberapa industri kritikal antaranya makanan yang dilihat menggunakan pekerja yang ramai selain mempunyai peralatan industri yang menggunakan sumber elektrik.

“Oleh yang demikian kita telah meminta Petronas untuk mengurangkan harga gas kepada sektor berkenaan yang dilihat dapat membantu mengurangkan kos penggunaan elektrik dan Kabinet juga telah meminta kementerian untuk melihat perkara ini,” katanya.

Katanya, adalah lebih baik menilai tarif berdasarkan perkembangan semasa tanpa menunggu lebih lama untuk menyemaknya. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Daulat Tuanku!!!!

daulattuankuperak

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda