Satu kejohanan futsal bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pemuda BN Ampang telah berlangsung pada 8 Mac 2009 di Sport Planet Ampang. Sebanyak 42 pasukan yang terdiri dari parti-parti komponen BN Ampang telah mengambil bahagian.
YBhg Ketua Bahagian UMNO Ampang, Dato’ Hj Ismail Kijo telah sudi merasmikan kejohanan ini dan berharap agar kejohanan ini dapat memperkukuhkan persahabatan antara parti komponen BN.
Keputusan Penuh Kejohanan
Juara: Pasukan Gerakan A
N. Juara: Pasukan UMNO Caw. Flat PKNS Taman Tasik Tambahan
Ketiga: Pasukan UMNO Caw. Sri Taman Baru
Keempat: Pasukan UMNO Caw. Keramat Jaya
Satu perlawanan persahabatan diadakan juga di antara barisan EXCO Pemuda UMNO Ampang dengan EXCO Pemuda UMNO Pandan di mana pasukan EXCO Pemuda Ampang berjaya mengalahkan pasukan Pemuda Pandan 2-0.
Tahniah diucapkan kepadasemua pemenang dan kepada pasukan-pasukan lain, cuba lagi tahun depan. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada AJK pertandingan yang bertungkus lumus memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan lancar.
Gambar sekitar kejohanan.
Pendaftaran pasukan.
Ucapan aluan dari Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Sdr Nizam B Shith.
Antara barisan kepimpinan UMNO dan BN Ampang yang hadir.
Ucapan Aluan dan Kata Semangat dari Ketua Pemuda BN/UMNO Sdr Safarizul Mustafa.
Ucapan Perasmian dari YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo
Upacara simbolik perasmian dengan YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo menendang bola ke arah gol sebagai tanda perasmian kejohanan
Pasukan Futsal Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang
Ketua Pemuda, Sdr Safarizul menyampaikan cenderahati kepada YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo kerana sudi merasmikan kejohanan.
Pemain dari semua pasukan mendengar taklimat sebelum sepak mula.
Beruk betul B end ni . Sukan pun nak dipolitikkan . Bodoh bodoh . Mcm tak ada baju lain nak pakai . mentang2 lah tak makan rasuah sejak Mar 2008 , sampai t-shirt pun tak mampu beli
ok lah tu… BN pakai baju parti time sukan… PR pakai baju parti dgn bendera parti kat konsert tayang punggung dulu org x complain pun… x sabar nak tengok konsert tayang punggung ke2 PR lg… kalau boleh buat la atas pokok sebab kat bawah pokok org nak bersidang…
Macam tak meriah jerr..
Tak ramai dah pengikut kot!!!
best tau main futsal
ye la macam tak meriah