PPSMI : Kenapa tak bela Ketuanan Melayu?

PAS dan PKR dalang kepada insiden rusuhan dan demonstrasi tunjuk perasaan mengenai bantahan PPSMI di ibu negara. Kelibat pemimpin pembangkang tidak dinafikan memainkan peranan dalam menyemarakkan kebencian kepada kerajaan.

Kita lupa atau sengaja buat-buat nyanyuk, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Adakah ini belum CUKUP memadai untuk menjadikan ‘warganegara’ Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek sains dan matematik sahaja hanya menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa.

1. Tidak kira dasar apa-baik untuk negara dan rakyatnya, pembangkang hanya tahu ‘anti’ dengan dasar kerajaan. Pembangkang hanya bawa CELAKA sahaja.

Misalnya;

(A) PAS pernah membangkang dan menentang penggunaan internet dan komputer diperkenalkan secara meluas di Malaysia. Alasan, internet banyak memberi keburukan seperti penularan unsur seks tidak terkawal dan komputer akan mewujudkan jurang komunikasi antara desa dengan bandar.

Tetapi PAS tidak ada cara yang lebih baik mengemukakan usul- kalau tidak ada internet dan komputer, kita perlu guna apa?

Realitinya kini, PAS menjadikan internet sebagai dakyah untuk menyebarkan fitnah dan fahaman politik mereka kepada golongan muda bukannya menjadikan sebagai medan dakwah.

(B)Tahun 1980-an, PAS dan DAP (masa itu tidak ada PKR lagi) menentang dan menyindir kerajaan kerana memperkenalkan kereta Malaysia-proton Saga.

Kemudian, PAS menyifatkan kerajaan sebagai tidak tahu membina industri berat yang kini dikenali sebagai PROTON dan menganggapnya sebagai projek pembaziran.

Kemudian, kerajaan menyokong industri PRODUA iaitu melahirkan kereta kancil- yang dianggapnya tidak ada kualiti dan kereta tin biskut. Usaha kerajaan ini ditertawakan oleh pembangkang.

Namun kerajaan cekal -supaya semua orang dapat membeli kereta.

Patutlah pemimpin PAS tidak mahu menaiki kereta nasional, tetapi kena ingat, berlambak pengikut PAS yang semua tidak mampu membeli CAMRY atau BMW macam Tok Guru naik ulang alik dari Kota Darulnaim ke Kedai Lalat (rumahnya).

2. Kalau PPSMI telah menyebabkan bahasa Melayu terabai, kenapa PAS, DAP dan PKR menentang ‘KETUANAN MELAYU’?

Apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa teragung Malaysia kalau penuturnya atau bangsa asalnya setaraf bangsa dari Bangla(desh) atau Nepal!!!

Pakatan anti Ketuanan Melayu sedangkan mereka sokong dasar bahasa Melayu. Hairan.

Ibarat basuh kencing, tapi berak tak basuh. Boleh bersih ke?

Biarlah ketuanan Melayu dan Ketuanan Bahasa Melayu (Malaysia) dijulang, bukannya menjulang Bahasa sedangkan bangsanya dicampak dan dihina.

3. Perarakan haram membantah PPSMI sebenarnya mencemarkan sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada keesokan hari. PAS pentingkan Islam atau bahasa?

Kalau pentingkan bahasa, kenapa PAS mengeluarkan kenyataan ‘bahasa jawi bukan bahasa Islam (seolah-olah Jawi tidak penting)’ dan tidak menentang sebarang usaha dilakukan oleh DAP memartabatkan bahasa Mandarin danTamil dalam papan tanda.

Tanya Ibrahim Ali, PAS-bebas mengenai perjuangan PAS kini. Katanya, PAS sekarang hanya mengikut telunjuk DAP.

Bagi abe MIE, PAS lagi takut kepada keluarga Singh ‘Kings’ dan LIM daripada mewujudkan hukum hudud yang menjadi perjuangan selama ini.

Kalau Zaid Ibrahim membawa hudud ke mahkamah, PAS kata UMNO kafir sebab tolak hudud dan perlu diperangi habis-habisan, tetapi bila Zaid keluar UMNO, PAS ajaknya jadi ahli.

Perjuangan apa nie?

Kalau air kencing, tetap jadi najis, jadi kenapa air kencing boleh diminum kalau dalam ‘cawan’ berlogokan PAS pula!!!

4. Tanya dan buat kajian- adakah pelajar perubatan atau kejuruteraan (medical study or enggineer) menghadapi masalah untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris!!!

Jangan tanya pelajar sastera atau jurusan agama. Mereka sudah tidak berminat dengan sains dan matematik.

Sama juga jangan tanya Samad Said atau tokoh bahasa. Tanyalah dekan perubatan di semua universiti di Malaysia atau seluruh dunia, adakah mereka susah belajar sains dan matematik dalam BI!!!

Apakah bahasa mereka gunapakai sehingga berjaya menyambung pengajian dalam bidang pakar atau PhD?

5. Mengapa perusuh jalanan perlu berarak ke bandar KL sedangkan mereka boleh terus berjumpa dan berarak ke jalan istana, melalui Kg. Attap untuk menyerahkan memo kepada Yang diPertua Agung.

Niat mereka hendak merusuh atau hendak membela bahasa Malaysia?

Adakah bahasa Melayu atau Malaysia-memberikan ciri-ciri- BIADAP DAN KURANG SOPAN kepada penuturnya sebagaimana dilakukan oleh HINDRAF yang menuntut hak sejuta poundsterling dari Britain?

Apa guna bahasa jiwa bangsa jika perjuangan perusuh jalanan ini dijadikan jiwa bangsa.

6. Tidak ada pakar bahasa atau tokoh sasterawan yang mengemukakan idea yang bernas, jitu dan ‘berakal’ bagaimana caranya hendak membela dan memelihara BM, kemudian dijulangnya di Malaysia.

Semua pakar asyik mengkritik bukannya memberi buah idea.

Jangan samakan pakar bahasa Malaysia dengan pakar Bahasa dari Jepun atau Jepun. Inovasi dari negara mereka, dan pakar kita hanya tahu mengulas inovasi berkenaan seolah-olah pakar kita yang ciptanya.

7. Kenapa mengaitkan pengajian sains dan matematik sebagai satu ‘penjajahan’? Bahkan Bahasa Melayu sudah berkembang kerana mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Inggeris, Arab, Yunani, Belanda, Cina, Perancis dan sebaganya untuk berkembang pesat!!!

Kita tidak memanggil komputer (pada asalnya dipanggil computer) sebagai ‘kotak elektrik yang ada bayangan’ atau ‘kotak menulis macam televisyen’. Adakah dengan menyebut komputer;bahasa Melayu atau Malaysia sudah hapus, pupus, tercemar dan dimalukan?

8. Kini, PPSMI ditentang dikala masalah ekonomi melanda dunia. Sepatutnya kita menjadikan PPSMI sebagai cara memajukan sistem pendidikan negara walaupun kini menempa krisis kewangan global.

PPSMI sebenarnya platform untuk mengkayakan populariti pemimpin tertentu sahaja sedangkan mereka yang mahukan bangsa Melayu menjadi pengemis di negara sendiri.

9. Kita tidak akan terhakis Bangsa kalau berbahasa Inggeris atau Mandarin. Melayu tetap Melayu. Cina tetap Cina dan India tetap India walaupun mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Perancis atau Jepun.

Yang berbeza, kalau tidak mahir berbahasa Inggeris, orang Melayu akan jadi penyelia, India menjadi pegawai atau eksekutif dan Cina akan menjadi Pengurus walaupun ketiga-tiga bangsa itu kelulusan dari universiti atau kolej yang sama dan ‘professornya’ juga orang yang sama.

10. PPSMI sebenarnya Puak Pakatan Suka Merusuh Ini, bukannya untuk membela bahasa sedangkan dalam masa yang sama Islam pun diterkam dengan penggunaan Allah oleh semua agama dan disokong pembangkang, bangsa Melayu kini berpecah dan sanggup menjadi penderhaka serta tidak menunaikan janji pilihanraya….bukan berniat untuk membela anak bangsa.

PADA PANDANGAN ABE MIE, KALAU PPSMI DIKUBURKAN, KERAJAAN AKAN HADAPI SATU GELOMBANG KETIDAKADILAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN ANTARA GOLONGAN KAYA DENGAN MISKIN DAN MASYARAKAT DESA DENGAN BANDAR.

Satu boleh cakap Bahasa Melayu sahaja, dan satu kaum lagi (bandar) mahir berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Jepun.


FIKIRLAH SEBAB ANAK-ANAK PAKAR BAHASA MELAYU PUN TAK PERNAH CAKAP MELAYU WALAUPUN DI RUMAH, TETAPI KENAPA PAKAR TIDAK MAHU ANAK NELAYAN MISALNYA BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!

Abe Mie – agendadaily

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “PPSMI : Kenapa tak bela Ketuanan Melayu?

  1. Bakal PM

    itu lah pembangkang… kalau kerajaan sediakan dasar untuk kebaikan semua nak dibangkang… dah dasar penentang… tentangan jela jawabnya… akal yg diberi di ketepikan asal kan nafsu menentang terlaksana… x payah pikir panjang… yg perlu di pikir bangkang.. bangkang… bangkang… bangang…

    dulu masa kerajaan nak buat lebuhraya PLUS pun ditentang pembangkang… bg tekanan kat kerajaan… so kerajaan x jangka ramai rakyat akan guna lebuh raya… cukupla 2 lane sahaja… tp skarang muka2 x malu yg membangkang jgk menyeseksakkan highway… kena tambah lg jd 3 lane… duit lg kena kluar nak besarkan jalan. bila tol naik marah…

    proton pun macam tu… kata kita xde kepakaran… tp bila ada yg x tahu malu tu jugak beli nak guna…

    nak perkenalkan PPSMI, pun bangkang jgk… kata menghapuskan bahasa melayu… tp lebih separuh yang merusuh hari tu hantar anak2 diaorg pg skolah tuisyen BI… 5% jer atau pun x sampai yang hantar anak2 dia pg tuisyen bahasa melayu… zaman skarang kalau x tahu cakap BI keje apa dpt??? Sektor mana yang x gunakan BI..?? bukannya kerajaan zalim sgt terus gunakan 100% BI dalam PPSMI.. ada dwibahasakan… kami org2 melayu yang x merasa pendidikan dalam bahasa inggeris ni rasa betul siksa skarang bila penguasaan bahasa inggeris kami lemah..sukar bg kami mendapat pekerjaan yang terbaik hanya kerana lemahnya penguasaan kami dalam bahasa inggeris… jd pikir2kan la masa depan anak2 anda… merusuh memang senang tp nak memartabatkan anak bangsa anda sebagai bangsa yang berilmu sendiri mau ingat…

  2. SLEE

    Deme semua kene baca sejarah jerman, perancis dan jepun tentang kedaulatan kekuatan bahasa ibunda dalam memartabatkan bangsa dan bahasa. Daripada sejarah menjadi pengajaran kepada kite. Tak usahlah taksub dengan bahasa inggeris sehingga kita lupa kekuatan dalaman dan acuan kite.Sudah terbukti dasar ppsmi hampir sama berlaku di filipina dan india. Adakah kite lupe dengan subjek jawi yang menjadi teras kemelayuan kite dulu.Apa sudah jadi? kite tidak mahu yang dikendong berciciran…jangka panjang generasi kite akan ketawa apabila kite bercakap bahasa melayu kerana kite yang sengaja merendahkan martabatnya.Ikutlah cakap orang cendekiawan yang banyak membuat kajian daripada orang politik yang mempunyai banyak kepentingan. Kalau kita tak ikut kata orang cerdik pandai dan orang alim, kita nak ikut siapa? Bahasa jiwa bangsa.

  3. Bagi pandangan zarul….

    Bahasa Melayu mmg penting sbb itu bahasa kite…mmg kite kene sentiasa memartabatkan Bahasa Melayu…tp kite jgn lupe…dgn Bahasa Melayu sahaja xkan bwk kite ke mane2…x semestinyer kite kene junjung Bahasa English…tp kene ingat hanya dgn English kite dpt bwk Bahasa Melayu ke dunia….nak ajar foreigners Bahasa Melayu pun kene gune English gak…

    Ape yg zarul cuba sampaikan is…zarul sendiri dah raser camner beza blajar Maths in Bahasa Melayu n English….dan bagi saye mmg English senang nak faham…same kes ngan subject IT….learning IT in Bahasa Melayu is ridiculous…sepatutnyer kementerian lebih tumpukan kursus2 English ntuk guru2 Maths n Science.

    Sbb ape Maths n Science nie bukan asal usul dari Melayu….n sume terms yg digunakan dlm English. Jadi lebih mudah ntuk difahami biler dlm English. Plz jgn bagi alasan kate org2 kampung susah nk blajar la…ape la…org x paham la…sbb kebanyakan org2 kampung yg x paham English tu sebenarnyer diorunk terlampau Melayu!…ada paham x? biler terlampau Melayu…xmo dah blajar English…jadi bagi alasan English susah n trus bangkang…padahal if nak dibandingkan, English lg mudah drp Bahasa Melayu sbb Bahasa Melayu nyer literature lagi complex compared to English. Sbb tu Bahasa Melayu nie berseni.

    Kalu katekan blajar dlm Bahasa Melayu..n xnak langsung paham English…kononnyer memartabatkan Bahasa Melayu….then what will happened if they go to University? Most of the U now r learning in English…lain lah kalu masuk IPTA….notes in English tp ngajo dlm BM…..last2 time xm sume bercelaru…sbb student confused biler time study.

    Tp yg sebenarnyer aku nampak sume nie politik semata2….pembangkang sanggup gunakan students n geng2 seniors or veterans yg kuat in Bahasa Melayu ntuk membangkang tindakan government yg dah ternyata ntuk kebajikan rakyat.

    Taulah nak memartabatkan Melayu tp jgn smp memartabatkan perangai lame Melayu yg x suke pandang ke depan! asyik mundur jer….cube skali skala pandang at least 1 step ahead? Ini aku tujukan bukan stakat ntuk para pembangkang lah…ntuk UMNO as well…ader certain pemimpin n penyokong UMNO sendiri yg masih blom dpt pandang ke depan…tlg lah ubah….kalu sume Melayu berjaya pandang ke depan….issue bible dlm Bahasa Melayu n issue name Allah digunakan ntuk Christian pun xkan timbul…

    Ingatlah sume…jgn terlampau fanatik nk naikkan Bahasa Melayu smp lupe yg Basaha Melayu sendiri x dpt ke mane2 tanpa medium pengantara….

    “We need English to bring Bahasa Melayu forward.”

  4. Palohotox

    Owww.. It sounds ‘stupid’ if I speak in Malay…

  5. naj

    kasihan pelajar2 melayu, terutamanya kat luar bandar, dalam bm, mereka kata mat n sains agak sukar nak fham. n skrg bila dalam bi, mereka lg tak berminat. Gru2 juga trpaksa guna dwibahsa. Malah ada guru berpdapt, mrk lebih rela kehilangan 5% @ 10% intensif darpd terpaksa mgajar mat n sc dlm bi. Sbb pelajar skar nak faham n mrk trpaksa bkrja 2x ganda.
    aku amat yakin, pelajar yg myokong PPSMI ialah pelajar yg memang tak pandai brcakap bm dgn baik. PPSMI hanya mmbri keuntungan pd segelintir mansia shj. maka betullah kata org bhw bm akan terus trus trpinggir dan hanya akan trcatat dlm perlembgaan bm sebagai rasmi.
    memang aku pun suka dgr anak aku menghitung dalam bi, tp bila disuruh dalm bm, brterabur susunan angkanya. Kasihan bm, dipinggirkan oleh bangsanya sendiri. 40 thun lg, bm akan jdi sprti tulisan jawi.

  6. Kesian Melayu

    assalamualaikum semua,

    Isu BM dalam pelajaran Sains dan Matematik….

    Bagi saya la idea yang di ketengah oleh Tun Mahathir ne bagus cuma perlaksanaannye saje yang tak bagus…

    Memang betul dan ketahui semua bahawa ilmu sains dan math ini kebanyakannya dalam BI. Persoalannya adakah salah untuk mengajar kedua-dua subjek tersebut dalam BM salah ke? Mana anak-anak kita senang paham dalam BM atau BI?
    Apakah matlamat sebenarnya dalam mengajar untuk bagi mereka paham atau sekadar pra syarat pelajaran sahaja?

    Setahu saya org dahulu pandai BI walaupun mereka bertutur BM kerana persekitaran waktu itu cikgu yg fasih BI dan kebanyakan buku dalam BI. Tetapi sekarang persekitaran sekolah dan kehidupan kita bertutur dalam BM dan kebanyakan cikgu yang kurang paham BI serta ibu bapa yang lansung tidak tahu BI. Yg tahu I, You, YES or No mungkin ada sedikit lagi word yang mereka tahu.

    Persoalannya sekarang adakah persekitaran anak2 kita sesuai untuk belajar dalam BI sedangkan subjek BI pun ramai yang lingkup?

    Bagi saya yang penting adalah memberi anak2 kita minat dalam kedua2 subjek tersebut dahulu setelah mereka paham automatik setelah mereka dewasa akan tahu dalam BI jika mereka meneruskan dalam bidang yang sama.

    BI bahasa antarabangsa mengapa kerana mereka telah menaikkan bangsa mereka begitu juga dengan Jepun menggunakan bahasa Jepun sehinggakan jika kita jumpa orang jepun diorang cakap BI pun berterabur tapi mereka peduli hapa yang penting seluruh dunia tahu mereka bagus dan berjaya. Cina sekarang telah jadi bahasa antarabangsa mengapa kerana bangsa mereka juga.So disini untuk menaik sesuatu bahasa itu adalah bangsa. Jika bangsa itu kuat dari pelbagai aspek sudah tentu bahasa apa yg kita gunakan org tak kesah malah akan cuba untuk mempelajarinya.
    Saya rasa biarlah anak2 kita diajar subjek tersebut dalam BM kerana anak2 akan senang paham so akan mendatangkan minat.
    Lagi satu yang saya hairan sistem pelajaran kita dah tahu nak ajar sains bayakkan la aktiviti bercorak sains agar anak2 lebih terdedah lihat sekolah di luar negara menganjurkan pertandingan roket,sains angkasa dsb. Ya ada saya tahu tapi kebanyakannya di bandar dan penyertaan hanya pada mereka yang tahu aktiviti berkenaan. Cuba dilakukan di desa tentu mereka lebih minat lagi walaupun dalam BI. Kena ingat anak2 kita sekarang banyak lagi yang buta huruf tak percaya pegi semak di sekolah2. Itu dalam BM macam mana dalam BI hancur saudara/ri.

    Cuba semua renungkan Malaysia dah berjaya kini tapi bagaiman kita sering ketinggalan dalam banyak aspek contoh terdekat negara jiran kita Singapore, Thailand sedangkan kita mempunyai banyak sumber yang mereka tidak ada…setahu saya mereka menggunakan bahasa ibunda mereka untuk mentakbir. cuma bagaimana singapore mampu menjadikan bangsa mereka fasih BI kerana sistem pembelajaran mereka yang bagus.

    Bukan niat saya nak membangkang, tapi tak kesian ke pada anak2 bangsa kita kerana untuk mengejarkankan kejayaan demi pandang kehadapan takkan kita sanggup biarkan anak2 sekarang mangsanya.

    Pergi sekolah dan lihat apa hasil yang sebenarnya jgn mengambil keputusan peperiksaan sebagai ukuran kerana gred peperiksaan berubah2.

    Saya bagi tahu masalah anak muda dalam mencari perkerjaan bukan salah bahasa tetapi diri mereka sendiri.Isu bahasa hanya sedikit sahaja. Kalau mereka bagus dan ada potensi saya rasa bahasa bukan jadi ukuran. Percayalah orang yang tak tahu cakap BI kalau kita campakkan mereka kat negara luar tak sampai setahun akan fasih bahasa sesuatu negara itu. Tak caya pegi try…..

    “We need English to bring Bahasa Melayu forward”……. pada saya we dont need English to bring BM forward…..yg penting kita tingkatkan bangsa kita dimata dunia dlm segenap aspek biar BM menjadi bahasa antarabangsa. Biar mereka tahu negara kita terkenal kerana bahasa kita bukan bahasa lain….sejarah telah membuktikan…

    Hal plus ke DSAI biar dulu itu masing2 pendapat pada saya Melayu sedang memusnahkan bangsanya, sendiri yang untung ….. sapa ada kepentingan la….soalan saya buat ape tol sedangkan kita bayar cukai tol sape yg untung sebenarnya….dalam KL ada berapa tol, Thailand yg besar ada berapa tol, indone yg besar ada berapa tol……ape fungsi tol….

    Ketuanan Melayu kelakar sangat….50 thn pemerintahan setakat mana ketuanan melayu itu pergi. Dadah, keruntuhan moral, jenayah, sapa jumlah bilangannya….mana pemerintah takkan 50thn kawasan hitam tak boleh diputihkan…saban tahu index semakin meningkat..yang rugi MELAYU….siapa yang membatalkan projek Tun yg pandang kehadapan MELAYU…dan sape yang menjatuhkan Melayu MELAYU kerana dengki dan kuasa yang hak dan batil di ketepikan……ini hakikat jangan siapa nafikan…. tak caya pegi try mohon pinjaman kerajaan kalau tak rasuah atau guna ‘cable’ jgn harap dapat…dalam kerajaan sape mejoriti MELAYU….apa yang nak dibanggakan Melayu yang kaya sape MELAYU ke? adalah lebih baik kita julangkan ISLAM sebagai wadah perjuangan kerana itu adalah lebih sesuai kerana MELAYU skopnya kecil tapi ISLAM world wide. CINA, INDIA,ARAB, INGERIS pun ISLAM setuju…fikir2kan….

    Akhir kata mohon maaf kalau pendapat saya tak diterima..yang buruk dari saya dan yang baik itu semua dari ALLAH….salam semua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: