Bukan Peluru Pemuda UMNO

Polis tidak menemui apa-apa bukti bagi mengaitkan Pemuda Umno dengan dua peluru yang diterima oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di rumahnya di Jalan Utama di sini pada 20 Februari lepas.

“Kita menyiasat dakwaan oleh beliau itu, tetapi setakat ini, tiada bukti mengaitkan Pemuda Umno dengan kes berkenaan.

“Polis juga menunggu jika Karpal ingin memberi kenyataan kepada polis berhubung tuduhannya dalam Dewan Rakyat itu,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 20 Februari lepas, Karpal membuat laporan polis selepas menerima sampul mengandungi sepucuk surat ugutan dan dua peluru diposkan ke rumahnya di sini.

Lima hari kemudian Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, membuat tuduhan di Dewan Rakyat kononnya Pemuda Umno terlibat dengan kes itu.

Ayub berkata, jika tuduhan berkenaan benar, Karpal perlu mengemukakan bukti dan memberi kenyataan kepada polis bagi melicinkan proses siasatan.

“Terlalu banyak kenyataan berkaitan kes itu dilaporkan media.

“Namun, sehingga kini kita tidak mengetahui kebenarannya.

“Jika benmar, tampil dengan bukti, jika sebaliknya hentikan kenyataan tidak berasas,” katanya.

Dalam pada itu, Karpal dicabar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini supaya mengulangi dakwaannya di luar dewan kononnya Pemuda Umno menghantar dua butir peluru kepadanya baru-baru ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun selepas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha membacakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 buat kali pertama, berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik kekebalan sebagai anggota Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan terhadap Pemuda Umno.

“Kalau benarbenar Bukit Gelugor ikhlas dan berani di atas ungkapan tersebut, ulangi perkataan itu di luar Dewan.

“Jangan guna Dewan ini untuk berlindung dan menyatakan ungkapan yang menuduh sebuah organisasi yang dihormati oleh rakyat dan masyarakat,” katanya.

Bung Moktar bangun untuk mengemukakan satu usul untuk menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan perkara berhubung dengan perkataan yang dikemukakan oleh Karpal berhubung dakwaan terhadap Pemuda Umno itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan mengenai dakwaan Karpal itu hanya akan diketahui selepas jawatankuasa khas selesai menyiasat mengenai perkara itu.

“Jangan bimbang. Apabila siasatan telah dibuat, seseorang ahli parlimen tidak boleh menggunakan kekebalan dalam dewan ini untuk mengatakan perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari lepas, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari.

– mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s