Parlimen gantung Gobind satu tahun

Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini kerana mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri berkata usul berkenaan dicadangkan kerana pada 12 Mac lalu, Gobind telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan, semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009.

“Bahawa Ahli Yang Berhormat Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini,” katanya di sini hari ini.

Pembentangan itu mengikut Perkara 27 (3) peraturan mesyuarat.

“Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas daripada jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama 12 bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan,” katanya.

Nazri berkata anggota Parlimen itu tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Anggota Parlimen pada masa penggantungan.

Beberapa anggota Parlimen pembangkang kemudian bangun dan membangkitkan pelbagai peraturan mesyuarat mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu dibentangkan dan alasan kewajarannya.

Lim Kit Siang (DAPI-poh Timur) meminta penjelasan mengenai kepentingan umum sehingga usul itu dikecualikan daripada notis tujuh hari walaupun perkara sama pernah berlaku kepada Anggota Parlimen Batu Gajah pada 2001 dan beliau tidak mahu ia menjadi keutamaan yang tidak wajar dalam Dewan.

Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) yang mahukan perkara itu dibawa ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen sebelum dibahaskan manakala Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempersoalkan kenapa Dewan tidak memberi ruang supaya anggota Parlimen Puchong diberi masa membela diri dan persediaan berbahas.

Antara anggota Parlimen pembangkang lain yang bangun ialah M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan R. Sivarasa (PKR-Subang).

nota: mungkin beliau ghairah berbicara dalam parlimen sampai lupa tatacara parlimen

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Parlimen gantung Gobind satu tahun

  1. Salam,

    Mungkin pakatan rakyat telah lupa, bahawa isu pergantungan itu tidaklah seberapa sangat jika dibandingkan dengan keceluparan seorang yang bergelar ahli parlimen menuduh Timbalan Perdana Menteri sebagai seorang pembunuh.

    Apakah Gobind Singh juga merupakan seorang yang suka mengeluarkan kenyataannya tanpa bukti dan fakta yang kukuh? Jika itulah beliau, maka apakah yang kita dapat katakan tentang perkara yang lain, apakah beliau selama ini cuma bercakap ikut sedap mulut?

    Jika dijadikan sebaliknya, apakah tindakan beliau terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan yang sama terhadapnya? Kita juga telah tahu siapa pakatan rakyat ini sebenarnya, mereka inilah yang banyak membuat persepsi tidak baik terhadap kepimpinan negara. Mereka inilah perosak minda masyarakat masa kini.

  2. Anak Gerik

    Hidup UMNO…Hidup UMNO….Undang-Undang kita punya..ikut suka hatilah nak buat apapun…jangan lawan UMNO…Kami ada keris…ingat jangan lawan UMNO….ini negara demokrasi…tapi UMNO tuan punya…ikut sukalah nak gantung siapa pun..yg penting jawatan kami kekal…kami bela najib bukan kerana apa…kerana najib bakal jadi PM…jadi kami kenalah bodek dia..kaya oooo..kaya ooo….

  3. Bro_ChickeN

    Pakan muka ko… takder bukti main hentam jer.. setahun ko tak dapat ko digantung.. duduk diamm2 hooo…. bapak dier biler nak kenerr.. tak sabor rasernyerr…. kih kih…

  4. Bakal PM

    kalau kat perak Speaker gantung wakil rakyat di luar dewan… tanpa alasan yang munasabah… keji perbuatan tu…
    kat parlimen speaker gantung wakil rakyat kat dalam dewan… ketika persidangan… dengan alasan yang munasabah… mengikut peraturan mesyuarat… beretika dan baik tindakan tersebut..

    aku nak jd nik ajiz suka bg fatwa sendiri… so boleh terima x???kalau x boleh harap penyokong PR renung2 kan lah… jgn ikut sedap jer nak dgr pendapat org… berbogel xpe tp kalau dah bersekedudukan dgn bukan muhrimnya sambil berbogel adakah dibolehkan??? Penyokong yang menyokong kemaksiatan sama seperti mereka yang melakukan maksiat… renung2kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s