Ali Rustam digantung?

Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, esok.

Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut.

“Tanyalah Lembaga Disiplin,” katanya sambil menjelaskan pertemuannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Melaka esok tiada kaitan dengan desas-desus tindakan Lembaga Disiplin itu.

Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan persiapan ke Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.

Ditanya pula jika salah seorang calon Timbalan Presiden yang bakal dikenakan tindakan itu adalah dirinya, Mohd. Ali berkata: “Tak ada… tak ada, kerana itu saya datang (ke majlis bertemu perwakilan malam ini).”

Selain Mohd. Ali, turut bertanding merebut jawatan yang sama ialah Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, sumber dalaman mengesahkan bahawa ahli-ahli Lembaga Disiplin telah membuat siasatan dan memanggil beberapa pemimpin kanan UMNO untuk memberi penjelasan terhadap pembabitan mereka dalam politik wang dan pelbagai kesalahan minggu lalu.

‘‘Ahli-ahli Lembaga Disiplin telah membuat cadangan agar beberapa pemimpin kanan parti yang akan bertanding jawatan tertinggi sama ada digantung ataupun dilarang bertanding dalam pemilihan UMNO pada 25 dan 26 Mac ini,’’ katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai beberapa pemimpin kanan UMNO dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti berhubung kesalahan politik wang.

Desas-desus mengaitkan beberapa calon jawatan tertinggi UMNO diarah berbuat demikian mula tersebar luas sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun beberapa pemimpin parti termasuk calon Timbalan Presiden mengambil sikap ‘membisu’ ketika ditanya kesahihan desas-desus tersebut.

Tengku Ahmad Rithauddeen pula ketika diminta mengesahkan tentang adanya calon jawatan tertinggi dipanggil memberi keterangan bertegas, walau apa pun keadaan, beliau tetap tidak akan membuat sebarang ulasan.

Beberapa lagi anggota Lembaga Disiplin yang cuba dihubungi turut mengelak daripada berbuat demikian.

Pada mesyuaratnya esok, Lembaga Disiplin turut dijangka mencadangkan pemimpin yang telah didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan hilang hak bertanding.

Sumber dalaman itu menambah, Lembaga Disiplin juga telah memutuskan untuk menarik hak bertanding pemimpin-pemimpin yang disiasat oleh SPRM kerana terlibat dalam politik wang.

Dalam pada itu, di Shah Alam, calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tidak mengiya atau menidakkan desas-desus beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia, enggan mengulas perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk mengumumkannya.

“Saya tidak cakap pasal ini, kita tunggu pengumuman Lembaga Disiplin esok,” katanya. – utusan

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Ali Rustam digantung?

  1. TokMudim

    Ini komplot antara kem. Ali Rustam bebas rasuah.

    Say No to “Oral Sex”. Respect your Wife.

  2. tubir

    Rasuah ini terlalu subjiktif dan penafsiran nya terpulang kepada siapa ianya dituju dan kepada siapa ia nya ditanya juga siapa yang mejawabnya .Itulah rasuah.Didalam dunia politek rasuah memang ujud sejak manusia ada didunia ini.begitu juga didalam parti umno ianya sudah bertapak dari zaman tunku lagi ,cuma pada masa itu tafsiran dan caranya berbeza.kalau tiada rasuah tiadlah politek itulah hakikatnya .semua pemimpin umno yang ada sekarang dan menjawat jawatan didalam parti ada terlibat dengan rasuah cuma tidak tertangkap jadi kelihatan bersih lah ia .
    mengapa umno sibuk pasal rasuah?adakah rasuah didalam umno terlalu teruk?Dan kenapa pemimpin umno ini memberi rasuah?Adakah kerajaan diangap memberi rasuah jika memberi bantuan kepada rayaat.?jangan kita terperangkap dengan belantik buatan kita sendiri .Didalam umno,jika seseorang itu menang didalam pemilihan parti tak kiralah ketua pemuda ke ,timbalan presiden ke semua akan memdapat kemudahan didalam hidup,dan boleh menjadi kaya sehinga ke anak cucu .Disinilah silapnya .dan itulah sebabnya kenapa ada yang sangup berbelanja besar untuk jawatan tersebut.
    Kawan boleh menjadi musuh untuk merebut jawatan.Bukan nya susah untuk membunuh masa depan seseorang pemimpin,selalunya yang membunuh sesaorang pemimpin itu adalah orang kepercayaanya sendiri…….ini sudah banyak kali berlaku …………Jadi beringat ingatlah wahai orang orang umno yang bercita cita untuk memegang jawatan didalam parti .Nasib kami orang melayu macam ini juga walau siapa pun jadi pemimpin ……wasalam

  3. tubir

    Cuba tanya TAR dia pernah tak belanja kawan didalam umno kawan makan ?Kalau nak hilangkan rasuah didalam umno ni cuba prektikan cara ini ,siapa yang menang apa apa jawatan didalam pemilihan umno nanti jangan diberi sebarang jawatan didalam kerajaan ataupun yang berkaitan dengan kerajaan.Jadilah pemimpin umno yang berjuang untuk orang orang melayu .Kita tengok adalagi tak yang berebut nak jadi atau nak menang sesatu jawatan tinggi didalam parti .Tidak mestinya presden umno menjadi perdana menteri.Kita lantiklah sesiapa yang berkelayakan didalam umno untuk menjadi PM .Dan kita lantiklah sesiapa juga didalam umno yang berkelayakan menjadi menteri ………Janji orang umno ……….Kalau umno amalkan cara ini kita akan lihat perubahan besar akan berlaku didalam parti……………UMNO akan kuat dan disukaai ramai sepanjang zaman ………Kalau berani buatlah……..Tunjukan anda berjuang untuk bangsa dan negara tercinta ………Jangan cakap ja…..

  4. penyapoo

    apsal hak lagi 1 tu tak kena gantung ya??? walaupun kesalahan yang sama… mmmm

  5. radensabri

    masalah salah atau tidak dalam hal ini hanya Allah maha mengetahui. begitu juga dengan si pelaku hanya dia sendiri yang tahu apa sebenar berlaku dan dilakukan .Jadi jangan bila kena pada orang lain buka main kita senyum sampai ke telinga sebaliknya bila tekena hidung sendiri mulalah mengata orang itu tak betul, orang ini tak adil . apa ni ?. kita orang islam. kalau sungguh islam ‘luar dan dalam’ insya allah akan terbukti kemudian. yakinlah.
    sebab itu wak kata jangan nak tunjuk kita beragama hanya dengan memakai jubah dan sarban atau kupiyah atau songkok. sesiapa pun bila sudah ‘terkena’, ‘mengena’ atau dikenakan’ cepat bertaubat dan berserah pada tuhan.
    Mahkamah dunia bolehlah kita tipu dan kelentong. Lupa ke ada mahkamah tuhan. Wak nak kata begini, moyang wak pernah pesan, diam bukan bererti kita kalah dan bising bukan bermakna kita juara.
    sebagai pemimpin kita pesan dan saran pada orang lain macam-macam. suruh bersabarlah, suruh insaflah, suruh muhasabah dirilah dan banyak lagi. Pernahkah kita terfikir sebaliknya pula. Mungkin inilah tandanya Allah sayangkan kita. Dia keluarkan segera diri kita dari pelbagai kemungkaran dan keangkuhan yang sedang kita lakukan sama sedar atau tidak sedar. Justeru dengan rasa kesal amat sangat dan taubat nasuha kita akan di tempatkan disudut tertinggi dalam jannah.
    Wak faham itulah putaran hidup. namun kalaulah sungguh kita hendak berkhidmat memartabatkan anak bangsa, jadi rakyat biasa duduk kat rumah pun boleh. apa nak takut !. buktikan sesungguhnya diri kita tidak bersalah. biar rakyat nilai bukan peguam kata.
    wak pun dak lama fed up dengan perangai begini. pilihlah nanti orang yang sebenarnya layak. macam arwah tun ghafar baba. berhentilah berlakon dengan membawa watak mengarut yang memudaratkan bangsa.
    bertaubatlah bersungguh-sungguh. toleh ke belakang jadikan iktibar dan renung ke hadapan jadikan perangsang.
    sori ye. wak ni sekadar orang kampungan yang ingin melihat kaum kerabat bangsa melayu benar-benar tidak hilang didunia kerana kebaikan, kejujuran serta keikhlasan bukan kerana petualang.
    wak doakan semoga semua orang berjaya.

  6. WongJowo

    memang macam nie la salah laku yang jelas dan tak perlu bersuluh, rasuah tu dah macam lauk pauk diaorang je, memang tak lama lagi la umno memerintah. Kebanyakkan pemimpin yang memimpin sekarang ni, memang majoritinya rakyat malaysia tak suka, macam mana sekalipon kerajaan buat mengenai bentuk kemajuan dalam malaysia akan datang, tersungkur jua la akhirnya….jangan ingat kita berkuasa, tapi orang sekeliling tak nampak, jangan kerana sorakkan kemenangan, sume harta benda tergadai…
    Malu aku jadi orang umno sekarang nie….malu

  7. radensabri

    wak rasa pelik dan hairan dengan perangai orang kita. serba tak kena semua tak betul.
    dulu kata nak segera tukar kepimpinan supaya nampak kewibawaan. kini bila sudah bertukar tak betul lagi.
    apa sebenarnya yang tidak kena. you all sayangkan negara atau sayangkan kantong sendiri. apabila orang you tak dipilih mulalah mengkeritik. kata semangat setia kawanlah, berkhidmat untuk rakyatlah atau untuk apa sebenar-benarnya. wak ni jahil sikit hal-hal politik ni.
    bukankah dalam agama, kita disuruh menyokong kepimpinan dengan tidak berbelah bahagi selagi mereka tidak menyeleweng. atau you all memang nak suruh orang melayu hancur ?. fikirlah……. banyak cara kita boleh tegur dan bantu kepimpinan. itu wak rasa you all sudah terlebih tahu.
    heran sungguh. you nak tengok rusuhan macam negara jiran kita ke atau apa ?. nawaitul berpolitik tu kerana apa.. projek ke, ladang balak ke, lesen bas ke atau apa ?
    wak mohon maaf kalau terkasar. pada wak adalah elok jika berpakat dan bersama-sama membangunkan negara malaysia ini sehingga disegani dan dihormati oleh kawan serta lawan. beri peluang pada barisan pemimpin baru buat kerja dulu kalau ada yang tak kena pegi tegur elok-elok menggunakan saluran yang betul dengan mengamalkan prinsip rukun negara ke 5 iaitu kesopanan dan kesusialaan.
    kita menuduh satu puak sebagai hendak merosakkan perpaduan, abis tu yang you all tengah buat tu apa ? boleh wak panggil sebagai merosakan secara halal atau apa.
    jangan nanti bilamana apa yang dihajati tidak dapat langsung menjadi pembangkang.
    ini hari jumaat. jadi elok kita duduk seketika dan bermunajat minta Allah berikan kekuatan kepada barisan kepimpinan baru.
    tiada seorang pun yang perfect. tapi jangan asyik lihat part tidak perfect saja. sedangkan banyak part perfect yang dilakukan. nilailah secara rasional.
    atau alat ukur you all ialah kemaslahatan diri sendiri semata-mata.
    fikir lah weh. renung nasib anak bangsa yang akan datang. tinggikan pengorbanan membuang kepentingan peribadi dan tingkatkan tolerasi.
    amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s